Korang okey ke dengan penangguhan bayaran loan kereta/rumah/personal loan masa PKP ni????

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa PKP ni, kerajaan ada keluarkan arahan yang rakyat diberi penangguhan bayaran pinjaman bank. Tak kira la personal loan, loan kereta & loan rumah.
Aku dah settle loan kereta. Tinggal loan rumah jer seketui ni tak habis2 lagi sampai umur 60 agaknya..
Loan rumah aku guna BSN, memang direct dia tak ambil duit ansuran setiap bulan selama 6 bulan ni kan.. TAPIIIII.. Aku tetap bank in duit dalam BSN walaupun bank tak amik duit ansuran loan rumah ni.
Bayaran 700 sebulan aku bank in ke BSN.
Simpan situ selama mana bank tak amik duit ansuran loan rumah ni.
In case kalau company aku tak mampu nak bayar gaji musim PKP/musim ekonomi nak up semula, boleh la aku guna duit loan rumah yang aku simpan ni untuk keperluan makan minum.
Incase ekonomi ok, company tak tolak gaji, duit ni aku akan bayar rumah lepas bulan 10/11 ni..

Aku tak keluarkan KWSP, sebab ingat lepas ni tak keluarkan semua untuk kurangkan hutang rumah. Try hard nak kasi settlekan hutang rumah before umur 50tahun. Rumah tak mahal mana pun, tapi azab jugak ye nak membayorrrr nya..

Rumah level berlanggar punggung kalau nak ke dapur takpe. Janji lepas ni settle bayar loan.

Suami je keluarkan KWSP 500 sebulan untuk dia settlekan kad kredit dia.. Dan rumah sewa suami yang suami sewakan kat orang tu, suami aku memang cut almost 50-70% sewa agar tak membebankan penyewa especially masa month Ramadan dan Raya ni.
Lepas Raya, sewa kembali ke bayaran asal/bayaran penuh. Sebab suami masih ada hutang bank rumah tu. Personal loan & PTPTN suami tak kena bayar sepanjang 6 bulan ni.

Oleh kerana kami berdua kerja swasta, so kena beringat sikit la pasal duit/saving. Sebab takde jaminan kami boleh kerja sampai bila. Company mampu lagi ke nak bayar gaji. Company mampu bertahan ke.

Semoga murah rezeki kita semua.
Semoga dipermudahkan urusan dan kehidupan kita..
Tak semua ada gaji.. Tapi semua ada rezeki masing-masing..



Ok. Bye

17 comments:

ShirVen said...

bagus juga moratorium ni kan. at least boleh menabung bahagian yg seharus tuk byr hutang2 tu. 6 bulan tuk saya loan rmh, kereta agak banyak juga tuk ditabung

Nor Arinee Mat Saaud said...

saya doakan murah rezeki sis. insyallah , semuga allah lindungi segalanya

faizzahamir said...

Semoga dimurahkan rezeki kita semua.. Aaminn2

Hans Hanis said...

amin
semoga dimurahkan rezeki kita semua

atiehilmi.com said...

subahanallah.. semoga Han kuat semangat dan kuat menempuhi ujian ni.. tak de siapa terkecuali ujian.. hugs dari jauh ya..

nohas said...

Semoga Allah melapangkan rezeki kita semua...amiin..betul, kerja swasta ni kena byk beringat, save for the rainy days..

ezy.fia said...

kerajaan buat penangguhan mcm tu mmg bagos untuk mereka yg memerlukan..
mcm aku ade loan kete je.. tp aku byr kete mcm bse sbb xlama lg dh nk abs loan..

arap dimurahkan rezeki buat mereka2 diluar sana yg tgh bergelut dgn ekonomi skrg.. rmai yg kene buang keje.. kene cuti tnpa gaji.. sedih sgt.. ='(

norhidana said...

harapnya masalah covid ini cepat selesai, supaya semua pekerja dapat masuk kerja semula seperti sebelum ni... akak takde loan kereta , yang ada loan masa beli rumah aritu... merasa lah ada duit lebih dalam 1k selama 6 bulan ni... gunalah untuk benda berfaedah atau jadikan simpanan lah, kalau ikutkan napsu bahaya hehehe

Nieyla Nadia said...

Nampak mcm mewah kan skrg ni kete x bayar, loan x yah bayar...tapi sebenarnya duit2 tu kita kena beringat, simpan utk masa akan dtg juga..saving kena ada, nieyl pn sama juga..kena saving..:)

Kamsiah yusoff said...

Org kata kalau tak berhutang,takda harta,..
Akak ni alhamdulillah dh setel byr rumah,keta...anak yg sekolah pun sorg ja lg..

Warisan Petani said...

Semoga dipermudahkan urusan kewangan semasa PKP ini.
Juga dimurahkan rezekinya.

Cik Matahariku said...

betul tu, kena beringat dan berjimat, pendapatan atau gaji kecil dan besar bukan persoalan, yg penting how kita urus kewangan kita, ada sesetengah orang gaji kecil pun kalau dia pandai urus, inshaAllah, banyak benda boleh setel.Semoga dipermudahkan rezeki kita semua..aamin.Great blog sis, done follow u:)

Azhafizah MN said...

Sejak PKP ni, tak tahu nak fikir macamana ntah bab kewangan. Harap semuanya dipermudahkan.

Sunah Sakura said...

moga dipermudahkan semuanya buat kita semua...ameen...

Ana Jingga said...

singgah sini dah follow han 502 , semoga kita semua akan terus dipermudahkanNya segala urusan dalam menempuhi ujian ini, aamiin

Aisya Ismail said...

Pada ai ok juga penangguhan ni. Boleh buat savings kalau terdesak. Jangan berjoli je dah ah.

mummy_ayu said...

semoga semuanya dipermudahkan.. in sya Allah.