nuffnang

JANA DUIT

Rumah Kesayangan : DIY frame deco from sample chip

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah lama tersadai sample catalogue fabric dan sample laminate/formica kat rumah ni..
Buat penuh stor je.
Setahun lepas tu baru merealisasikan impian ni.


Aku guna frame dari IKEA dan ada juga dari KAISON.
Mana frame yang besar gedabak semua aku beli dari IKEA.
Dah lama dapat idea nak diy guna sample kain/formica chip mahupun paint chip yang biasa kita dapat dari kedai tu kalau cari kod kaler.

Ni antara yang aku DIY :

Ni dari sample laminate chip.
Tanggalkan satu-satu dari katalog pastu susun atas kertas putih frame,
Lekatkan guna dabel tape jer.
Siap, barulah masukkan dalam frame.

Ni dari sample kain untuk kerusi.
Ni paling sempoi.. Takde gigih nak gunting satu-satu.
(Logo hitam kecik2 tu lupa nak tanggalkan dari frame..ehehe)
Hasil paling malas sekali.
(Akan buat rombakan semula lepas ni untuk frame ni)

DIY dari sample laminate/formica chip.
Kaler2 pun warna kayu, natural, gelap..
ALLAH MUHAMMAD ni hasil kerja suami.
Eksaited dia nak buat benda ni dari dulu lagi.


Ni dari sample kain untuk kerusi.
Cuma kali ni, aku rajin nak gunting satu - satu.
Pastu susun2 je dalam frame.
Dan lekatkan guna dabel tape. Senang!


Ni dari sample laminate/formica chip.
Kaler2 kayu, natural, gelap..
Saje susun-susun bagi corak macam ni..
Sebenarnya ada tulisan bawah tu..
Tak berapa nampak.

Letak kat TV nak matchkan dengan kaler kayu belakang rak tv tu.

Jadilah kan..
Barang free.
Dah 4 bulan ruang TV ni semua down light terbakar, kami asyik busy/lupa nak tukarkan. 
Dahsyat betul, sebenarnya sifat Malas tu yang tertangguh tu
Malas nak ke kedai beli.


Sources : Google

Sources : Google






Ni antara yang terpikir nak buat/DIY dari sampel ni.
Ni la kot yang paling senang dan boleh adapt dengan deko rumah ni.


Banyak je tutorial apa yang boleh kita DIY guna sampel2 ni.. Korang google je.
Ada yang buat craft, ada yang jadikan wallpaper kat dinding. Macam2 ada..


Ok. Bye
XoXO

1 comment:

HeNRieTTa JoSe said...

cantiknye semua ni....sangat kreatif....dah la percumakan....dr dbuang sesaja...sayang plak kan...

PS : Salam perkenalan....