Try Celup Tepung di MYE Warung, Jeram Kuala Selangor

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku ada nampak orang share kedai celup tepung di Jeram, Selangor.
Oleh kerana dekat dekat rumah aku (dalam 20minit), so aku try la pekena celup tepung menu kat sini. Takde plan nak ke sana pun sebab dalam kereta baru decide nak try kedai ni.
Gigih ikut waze, lalu jalan yang belum turap, berbatu2.. 
Otw balik, memang aku lalu jalan lain, keluar kat simpang port2 ikan bakar jeram.

Kedai Makan MyeWarung

  • Nama : MYE Warung (Celup Celup Tepung)
  • Alamat : 474, Jalan Parit Omar, Kg Bukit Kuching Tengah, 45800 Jeram, Selangor.
  • Peta Lokasi : https://maps.google.com/maps?ll=3.259239,101.357032&z=14&t=m&hl=en&gl=MY&mapclient=embed&cid=1035523398067812061

kedai viral memang beratur jugak orang.
Tapiiiii,, sekejap je pun beraturnya. Sebab kena order kat depan




Antara menu yang aku search ada kat google


View kedai



banyak seat dan cepat dorang serve



Makan berdua memang kenyang



Udang celup tepung

Suami makan soto. Ada biasa dan special. Yang special hanyalah beza saiz mangkuk katanya. Aku opkos la order sotong, udang dan keropok celup tepung.

Untuk air dorang sediakan 3jenis air saje masa aku pergi (Teh O ais, limau ais & sunquick) Air panas takde. Agaknya dorang nak cepat, makanya customer boleh order air yang dalam list saja.

Sedap?
Sedap... Puas hati makan. Sebab harga pun takde la mahal sangat. Berpatutan.

Tapi memang serve dorang laju la walaupun masa tu aku g weekend (school holiday baru start)

Boleh la buat lepas kempunan teringin kat makan celup tepung kat Tganu.
Tunggu suami cuti baru nak balik Terengganu insyaAllah.

Note : Ada photo from google.

Ok. Bye
XoXo

6 comments:

aienienka said...

Phewww... kalo kedai viral ni.. menahun la nak pergi. Haha

norhidana said...

pakkal je jauh kalau dekat memang dh sampai dah akak ke sana tu dik oi

Mama Zharfan said...

menarikkkk

ezy.fia said...

boleh wat ubat rindu ngn celup tepung terengganu.. hehe
servis ok blh repeat lg ni..

Jaja Ahmad said...

Saya duduk puncak alam, kira dekat jugak la nak gi kedai ni.. 4kali pegi.. kali keempat baru dapat masuk..orang ramai sgt ��. Lgpun masa tu pregnant, xkuasa nak berbaris. Mujur sblm bersalin dapat jugak merasa. Memang sedap makanan dia.

Cik TK said...

Menarik... Kalau pergi area sana boleh la singgah