nuffnang

JANA DUIT

Cerita Kawen: DIY Fabric Hand Bouquet

Assalamualaikum...
Hi...


DIY Fabric Hand Bouquet

Bila dah decide baju bertandang ke Perak nak tempah jahit.
So mula aku pikirkan nak bunga tangan warna pe.. Nak veil warna ape..
Sebab untuk majlis bertandang, semua aku buat sendiri (baju + veil)..
Takde sewa dari butikk... Maka kena sediakan bunga tangan sendiri..


Mujurlah otak aku ni ligat jugak pikir nak sediakan bunga tangan ni..
Bunga tangan aku memang gabung 3 warna (Biru+pink+purple)...
Ini lebih kain untuk hantaran..
So aku decide nak DIY hand bouquet la.. Dapat idea bila google.ramai blogger yang buat hand bouquet jenis macam ni..
Especially idea i get from blogger Intan Norazam.

GIGIH tau..Lagipun ni untuk kenang-kenangan.

Step:

1. Potong 3 size kain..

 1.5 inchi X 8 inchi
 2 inchi X 9 inchi
 3 inchi X 10 inchi

** Jangan pendek sangat..nanti bunga tak cantek.. Percaya la.. Nanti meroyan sekampung dengan pekikan bakal pangantin yang bengang bunga tak lawa...

2. Jahit tepi untuk cantumkan hujung kain..kemudian terbalikkan kain dan jait jelujur plak.. lepas jahit jelujur, tarik benang untuk membentuk kelompak bunga yang indah.

3. So, akan dapat 3 warna bunga comel ni..susun la kat dawai yang sudah dicucuk butang m&m..
Boleh refer blog ni.


Nak review price:

1. Kain utk bunga - Aku beli RM5 untuk 1 meter/each kaler. Aku guna lebihan kain time buat hantaran dulu..
2. Butang m&m- satu bijik hanyalah 20sen. Beli banyak adalah lagik murah...
3. Dawai - free
4. Kain hitam kilat/kain renda - RM3/ meter.  Guna 0.5 meter je untuk dapat yang cantek punye hiasan dan kelompak.
5. Kain satin putih - guna sikit je. lebihan untuk wat poddle flower di baju bertandang and hantaran.
6. Gabus untuk pemegang - free.ni bahan terbuang. Recycle je.
6. Riben - RM6 segulung (beli masa buat hantaran). So, guna yang lebihan untuk hantaran and corsage je..

See..jimat kan.. Aku survey kalau order online yang paling murah aku tengok RM90.
Ada yang cecah RM100-150...


Tadaa..the hasil..







Kenangan masa majlis bertandang.


Now..bunga tu aku jadikan bunga perhiasan kat bilik tidur aku.



Bunga ni jugak aku gunakan untuk kawan nak tunang.


Ni antara tips berkaitan Hand Bouquet :-

1) Make sure bunga tangan kita tu jangan terlalu kecik/terlalu besar. Nanti tak balance dengan saiz tubuh pengantin. Macam aku kecik, aku elakkan bunga tangan besar/terlalu panjang...

2) Pemilihan warna... Pastikan bunga tangan kontra dengan pakaian pengantin. Elakkan baju merah pastu bunga tangan pun merah. Nanti tak nampak.

3) Gubahan/ Design bunga tangan bersesuaian.

4) Ambil kira faktor kesegaran kalau guna bunga segar. Samada letakkan span lembap, renjiskan air ataupun letak dalam bekas berisi air.



Selamat mencuba!

Ok.bye
XoXO

2 comments:

ezy.xixii said...

nk pjam lg skli.. utk nikah plak..
haha..
awk mmg kreatif sgt sgt sgt sgt

Han Hanni said...

Boleh ke kalau nk pjm lg..silakan..