nuffnang

JANA DUIT

Cerita Kawen: Borang Kawen

Assalamualaikum... Guten Tag



Pagi ni ada mood nak review pasal borang kawen.

Hujung bulan DEC 2012 hari tu baru lah selesai isi borang kawen.
Isi semua dan dapatkan tanda tangan orang yang terlibat.

Borang bagi perempuan:
1. Akuan bujang
2. IC bakal suami
3. IC Perempuan
4. Borang permohonan berkahwin
5. Salinan IC wali dan 2 saksi dokumen
6. Gambar
7. Borang Bukti ujian HIV
**Duit untuk kadi RM113 tapi bayar time akad nikah.
Borang bagi lelaki
1. Borang kebenaran berkahwin luar daerah.
2. Borang permohonan berkahwin.
3. Gambar
4.Borang Bukti ujian HIV
** borang dan prosedur mungkin berbeza mengikut daerah atau negeri masing-masing.. Aku punya negeri TERENGGANU
Mungkin ada lagi borang-borang lain yang distapler sekali yang aku tak detailkan.
Sebaiknya sebulan sebelum kawen kena hantar borang kawen ni ke pejabat agama tempat masing-masing.
Untuk aku dan bakal suami memang hantar ke Pejabat agama sebulan sebelum kawen.
Means Januari 2013 hari tu.

CABARAN :

1. Kena timing betul-betul nak jumpa imam dan pegawai pejabat agama ketika nak dapatkan tandatangan.

2. Sediakan semua dengan lengkap. Baca beberapa kali agar tak silap.



TIPS :

1. Buat persiapan awal. Especially yang nak kawen luar daerah. Sebab mungkin proses nak jumpa imam dan pengawai kena buat banyak kali kalau mereka tak free.
Untuk Selangor, Suami pergi dengan housemate dia. Alhamdulillah,sekali appointment dah settle semuanya. Kecuali appointment dengan imam Masjid (untuk status bermastautin) suami kena jumpa imam tu 2 kali sebab imam asyik tak free je.

2. Cari gambar yang paling bajet cantek dan hensem untuk hantar bersama borang. Gambar ni adalah untuk kad kawen yang akan dikeluarkan oleh pejabat agama.
(Kad bukti kamu itu adalah suami isteri)

3. Sediakan salinan dengan betul dan lengkap. Elak masalah lain last minit nak kena submit baru.

4. Sediakan sedikit duit in case kena bayar masjid, duit kadi, duit borang and etc.


Alhamdulillah, urusan kami settle dengan mudah... Terima Kasih kat family yang banyak membantu...




Borang dari Pejabat Agama Negeri Terengganu.




Ok.Bye

2 comments:

ezy.xixii said...

rumitnye nk kawen..
maybe saye sgt perlukan pertolongan kamu..
='(

cik zura said...

hai cik hani..hehee payah gok nk kawen nie..lps 1 ..1..uish..xpe nnt nk kawen amek pendapat dr org yg dh kawen la.. =)