Cerita Kawen: Homestay

Assalamualaikum Semua...
Hey Korangggg...


Kali ni nak review pasal Homestay jer...

Terengganu: 
Rumah yang kami pilih kat Jalan Sultan Zainal Abidin.... Dekat dengan rumah aku je.
Jalan kaki 3,4 minit je pun... Tak sempat nak peluh aihhhh....
Homestay Kak Dah...
(Sebelah Adidas Kuala Terengganu)

Jalan Sultan Zainal Abidin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu




Ni rumah kedai, Bawah kedai fotostat. Atas ada homestay..
Satu Rumah kedai tu ada 5 bilik, Harga rumah semalaman RM250 untuk 5 bilik. Tapi ruang tamu dia kecik je la..dan kitchen pun tak banyak barang.
Sewa bilik RM50 semalaman (tanpa ekon).. Aircond harga lain (RM60 atau RM70)
Homestay ni akan kongsi bilik air la dengan orang lain.
Ala2 macam rumah deret yang macam cite P.Ramlee bujang lapuk tu..

Family pengantin lelaki stay sana 2 malam. Total RM500.
Keadaan rumah yang tengah bandar ni memang sempit sikit. Payah nak dapat yang teres.
Tapi mujurlah dapat rumah ni, senang famili suami nak jalan-jalan bandar Terengganu tu.
Rumah ni menghadap laut..Tepi jalan raya..

Keadaan rumah ok je.
- 5 bilik (Fully Furnished)
- Ruang Tamu
- Ruang Makan
- 3 bilik air (berasingan dengan toilet)
- Nampak view kampung & pantai ganu (laut cina selatan).
- Tengah-tengah bandar ganu.
- Dekat nak ke Pasar Payang, Stesen Bas, Pasar Malam Tanjung...
Updated 2021 : Homestay ni dekatttttt sangat dengan Jambatan Angkat K.Tganu. Nak g jalan kaki pun tak jauh. Kalau dapat bilik depan sekali, buka tingkap memang nampak jambatan angkat.

Perak: 

Kami pilih Homestay Nur Hikmah. Sewanya RM230 semalaman (with aircond).
- 3 bilik (2 bilik with aircond)
- 2 bilik air (berasingan dengan toilet)
- Ruang Tamu (TV)
- Ruang Makan (meja makan)
- Dapur (Boleh masak sebab ada barang sikit2)
- Rumah Batu di Area kampung.




Jarak ke rumah Suami lebih kurang 5km je. Homestay ni di Batu 8, Sitiawan Perak.
Kami suka rumah ni sebab lengkap dan selesa. Anak2 buah pun boleh main dalam pagar rumah je, Sebab depan dah jalan raya besar.

Famili aku dari Terengganu hanya datang semalaman sahaja sebab Ahad dah sekolah.
So, lepas kenduri Sabtu tu, pukul 1.30petang dah nak kena balik Terengganu...


Ok.Bye
XOXO

No comments: