nuffnang

JANA DUIT

Hamper CNY kali ni

Assalamualaikum... Hai Semua...


Company aku memang takde hamper raya aidilfitri, maklumlah company cina.. CNY je membara meriah geng-geng depa. Kalau raya puasa sendu sikit la sebab yang islam ada 2 orang je.



Tiap kali CNY memang dapat berlambak hamper yang membolehkan setiap staff bawak balik 1-2 hamper seorang. Tahun-tahun sebelum ni memang ada contractor yang bagi hamper "halal" untuk geng Islam ni.
Hamper "halal" means memang semua item dalam hamper ni ada cop halal/ tak diragui la.
Tahun ni takde hamper "halal", so dorang agak-agak dan bagi je hamper kat geng Islam kat sini.
Pandai dorang bagi aku yang ada biskut/coklat sebab kata mereka yang ni ada tanda halal kat packing makanan ni.

Mana-mana yang diragui tak payah ambik katanya.

Ni antara yang tak diragui dan ada tanda halal.
Biskut & Coklat
Pasta & Minuman Sarang Burung

Antara yang aku taknak
Akar herba yang aku tak tahu nak masak apa.
Makanan/Bahan masakan yang aku tak tahu nak masak apa
Ada yang takde tanda halal & aku ragui sebab aku tak tahu ianya memudaratkan atau tak.
So ambik langkah jaga-jaga "Pilihlah apa yang tak diragui sebab jadi darah daging kita"
Dorang amik barang yang aku taknak ni.

Dah 8 tahun company cina. 2 tahun sebelum tu company melayu. Lagi lama dengan geng cina berbanding geng melayu. Alhamdulillah, masing2 melayan baik each other. Hormat agama masing-masing. Take care/ tanya khabar family each other.
Takecare kat kita macam dah adik beradik.
Dorang geng cina ni selalu la nasihatkan aku beli rumah, kereta tak hebat takpe janji ada rumah, amik insurance kad, saving, invest, jaga kesihatan diri, jaga makan elak penyakit bahaya, family first.

Bab financial dorang No1.

Psst : Korang dapat hamper tak tahun ni? Ke demam "limau" je??? 

Ok. Bye

13 comments:

NA said...

Bagus nasihat mereka.
Ambil yang halal je. Hehe pernah dapat abalon dalam tin tapi tak tahu nak buat APA.

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. alhamdulillah. bagus nasihat tu, sangat membuka minda ^_^

Zaza Abdul Latif said...

Sama.. kat office saya pun banyak dapat hamper.. yg bestnya kitorang undi. Siapa dapat hamper yang ada arak, diorang kena keluarkan botol arak je.. the rest of items dalam hamper tu boleh bawa balik :)

mama tisya said...

yg dpt hamper..bos2 beso la...tp hamper smua diorang akan bukak utk agih2kn..bird nest tu ada dpt juga camtu....limau byk la dpt

nohas said...

kt sini demam limau..hehe..bagus nasihat yg depa bagi..ada cina yg baik..yg tak racist..

Etuza said...

Dah follow blog ni..salam kunjungan ya..menarik minuman tu

Wak Lat said...

unt3dpt hampers besar2.. :0

Hsna Rahman said...

bagusnya..

umminani said...

wah untungnya dapat merasa raya juga ni

ezy.fia said...

bestnya dpt hamper..
aku hampeh je ade.. hahahaha..

eh ade iklan berjoget2 kat blog mu ni.. =)

Ana Suhana said...

Keje dkt mana2 pun xpe janji halal dan kita selesa utk bekerja kan.

norhidana said...

kira ok lah jugak ada yang boleh kita ambik jugak kan... dari takde dapat apa...
company laki akak kerja selalu dapat limau je kalau CNY, kalau raya puasa baru meriah hamper gini

SalbiahM said...

Company saya ada policy tak boleh ambil hamper dari client, takut dikira sebagai rasuah. Sedeyh. Dapatlah limau sebiji dua je