nuffnang

JANA DUIT

Uda - Member Mat bertunang!

Assalamualaikum... Hai Semua...


Balik dari Terengganu, entah kenapa terasa teringin betul nak g kenduri (bukan mengidam ye).
Tanya la suami, kita ada mana-mana undangan kenduri ke?
Suami kata "Ada, Uda tunang 8hb kat Puchong"

So, malam hari kejadian gigih la aku iron baju kurung moden.
Nyaris nak let go baju ni dulu sebab ingatkan dah tak padan.
Sejenis yang malas nak iron baju bila g opis.
Tapi kalau kenduri rajin plak iron baju.
(Bukannya nak cari jodoh kat kenduri, jodoh dah jumpa 7 tahun lepas, kekekeh!)

Tunang start pukul 11 pagi,
So by 10am aku dah siap masak untuk MIL & FIL.
Gigih masak menu masak lemak ayam & sayur goreng. Awal masak woiii nak g berjalan kat kenduri punya pasal. Perempuan betul aku ni..









Banyak bergambar rupa-rupanya guna camera photographer, so berangan je la nak dapat gambar-gambar tu semua.
Gambar dengan uda & pasangan dia pun takde la kat sini




Part paling best mesti la tinjau2 hantaran dia.
Ni hantaran perempuan untuk lelaki.
7 dulang.. Cantek2 deko hantaran dia...
Yang best sebab banyak makanan.. hehehe









Ni hantaran lelaki untuk perempuan.. 5 dulang.











Eh boleh plak ontheway balik suami ajak g umah member sekolah dia.
"Dorang kata potluck" suami aku tiba2 bersuara masa otw ke rumah membernya.
Kenapa tak bagitahu awal2, kalau tahu mesti la boleh sediakan juadah simple-simple untuk kesana..
So singgah la kami ke sana beli buah mata kucing je 2plastik.
Menu tersama plak dengan masakan kami pagi tu.
Masak lemak ayam!
Tapi dia punya lagi sedap. Hehek


Pastu ada sambutan potong kek hari jadi untuk salah sorang member yang datang hari tu.
Besday untuk geng bulan Feb.
Merasa la aku makan kek salted egg Ben Ali yang orang duk share glemer kat IG story artis tu.


Nah telur dinasour untuk korang.
Upah gigih baca blog aku!


Pssst : Geng.. sorry sekarang tak selalu blogwalking blog korang, agak kebizian, sambil curi-curi update blog. Nanti kami bertandang ke blog ampa ya!

Ok. Bye
XoXO

12 comments:

ezy.fia said...

aku seminggu skali kena iron baju kurung,,
kn best kalo g keje blh pkai jeans ngn tshirt je.. haha

cantik hantaranssss.. simple je tp nmpk mewah..

terliur plop aku tgk kek tu.. huhuuu

SalbiahM said...

Meriah betul, majlis tunang macam kenduri. Semoga jodoh Uda dan pasangan kuat sampai ke jannah

Azian Elias said...

Mengidam tak mengandung lah namanya ye. Seronok bila kumpul2 kan.

norhidana said...

hamboih, tunang pun dah macam majlis kawin yek...
pastu cantiknya nengok hantaran yang ada pearl-pearl tu comel sangat aih...
lawo nengok hantaran diaorang... terkenang jaman muda mudi dulu

best dapat makan-makan 2 tempat terus

ejulz said...

Meriahnya majlis tunang.. dah macam kawen.. hehe

HeNRieTTa JoSe said...

meriah majlis...bestnye....kek salted egg...xpernah try lagi....

PS: alhamdulillah, jimat byk sebab hr hr mmg hadap tol....

dear anies said...

dua kali tgk title betul ke bertunang ni? kalau kalau lg grand ni... tahniah utk bakal mempelai

NabilaHasyim said...

besarr majlis tunangnya..
ingat kenduri kawen td..

okay jangok first time tgk kek salted egg, sedap ke???

Nina Mads said...

wahh tahniah! cantik2 hantaran. meriah tgk bila dpt berkumpul

Azirahman said...

Cantik-cantiknya hantaran.

nohas said...

cantik hiasan dulang hantaran..sweet..

salted egg cake..huhu..tak pernah makan lg..

iam.umifuzy said...

mmg best tengok hantaran org kahwin ni tapi sekarang ramai yg buat kat dewan so no hantaran no bilik pengantin yg boleh kita tengok.hehe

salam kenal dari www.iamfuzy.com