nuffnang

JANA DUIT

Kenduri dan balik jenguk umah kg suami

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sabtu lepas g Puchong attend majlis kawen kawan suami, si Uda.
Tak de nak amik gambar guna kamera sendiri.
Masuk kamera photographer je.

Esoknya attend majlis kawen anak sedara suami.
Dan balik kampung suami jenguk rumah MIL FIL.
Dah hampir 3 tahun tak balik.
So memang rumahnya ala berhantu la kalau tengok.

Aku perasan kat kampung tu, banyak rumah takde orang duduk.
Maybe sebab anak-anak semua dah kerja luar dari kampung




Rumput dah kering semuanya
Memang ada upah orang racunkan.
Pokok kelapa dulu kecik, sekarang dah besar
Sehingga menenggelamkan pokok limau kasturi


Buah-buah kelapa terbiar je
Dulu memang ada yang nak beli walaupun MIL takde kat sana.
Tapi lepas amik, takde yang bank in duit.
Akhirnya kelapa nya tersadai je.
Ni anak pokok kelapa kalau jual satu RM10 pun laku ni.. Hehehe


Nampak keringnya rumah yang dulunya meriah.
2018 last duduk sini.
Pastu memang MIL & arwah FIL duk dengan kami

Sawit je sekarang MIL makan hasil.
Boleh buat topup duit perubatan.


Selamat Pengantin Baru 
Semoga berkekalan hingga ke Jannah.
Bersabar dalam melayari bahtera rumahtangga

Ok. Bye
XOXO

7 comments:

norhidana said...

kenapa tak sewakan ke apa... sayang rumah tu lama-lama rosak gitu je sebab rumah kayu kan...
banyak betul anak pokok kelapa tu, kalau jual compom laku

aienienka said...

Mana2 kawasan rumput kuning gini..

Ezna said...

Rumput gitu sebab panas sangat cuaca sekarang ni.

zila norazila said...

Sayang rumah terbiar..tp klu mil duk sorang kt situ pun risau jgk kn..

nohas said...

rumah kalau dah tinggal lama, mmg nampak menyedihkan..samalah dgn rumah di kpg akk..lama gak tak jenguk..

Farhana Jafri said...

bestnya ada banyak pokok kelapa. Suka minum air kelapa tapi area bandar ni memang susah la nak dapat yang sedap

Azhafizah MN said...

Di kampung husband pun banyak rumah lama yang dah lama tak berpenghuni. Masing masing dah duduk bandar. Rumah lama ditinggalkan agak seram juga.
Best tu duduk kampung laman luas. Ada rezeki dan masa boleh renovate dan sewakan atau buat homestay :)