Progress Luka Kencing Manis Aug - Nov 2020 MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...


Lately aku suami isteri macam terduduk (kecewa/sedih/putus asa) sikit sebab luka tak berapa elok. Ni luka baru (yang bukan di tumit). Sape yang follow blog ni mesti akan tahu yang luka kat tumit ni dah 2setengah tahun tak tertutup lagi.

Luka baru yang muncul sekitar August 2020 menyebabkan kami try klinik walia di Puchong plak. Klinik ni memang doktor sendiri yang cuci. Sesetengah klinik lain hanya pembantu yang cuci.


17082020
Luka awal masa start try klinik Walia Puchong


01092020
Luka menjadi besar sedikit
Ada nanah 



07102020
Luka seakan okey


25112020
Ada nanah



28112020


Month November ni luka kerap menanah. Tiap kali menanah, memang rasa down sikit la. Sebab suami usaha jugak nak g cuti keje seminggu sekali untuk bawak MIL g cuci di klinik Puchong (sepatutnya selang sehari tapi mana bos boleh bagi cuti seminggu sampai 3x kan? Sabtu Ahad memang ke klinik cuci jugak.

Pemakanan memang MIL kawal. Pantang serba serbi. Gula dalam darah memang selalu monitor memang bawah dari bacaan 5. 
Oleh kerana doktor bagi ubat antibiotik, so elok sikit nanah tak banyak. Luka pun tak merebak.

So far layan je dulu cuci kaki setiap dua hari selagi berdaya nak ulang alik Kapar-Puchong ni. Kalau dah tak terkejar, memang solution lain la jawabnya. Dengan musim PKPB ni lagi la payah. Kalau ada yang membantu, syukur alhamdilulillah.

Psst : Aku ada terima call dari penjaga yang ibunya kena dressing, aku ada terima komen yang mintak pendapat. Aku jugak ada terima email dari pembaca yang turut sama kena menjaga parents sakit. Aku tak reti nak komen kalau melibatkan family dalam urusan orangtua sakit ni.. Sebab melibatkan ahli keluarga kan. 

Ok. Bye

9 comments:

Syazni Rahim said...

semoga dipermudahkan urusan :)

Litah L said...

huisshh seramnya tengok
get well soon ya!

norhidana said...

patut la lama nampak hani buat enty bulan lepas... apa pun moga di permudahkan dan moga cepat sembuh luka mil tu ya

Kakmim said...

dah try bawak klinik kerajaan ke hani? mintak 2nd opinion... takut jugak kalau ada infection ke.. apapun semogaa dipermudahkan urusan hani dan keluarga

nayfatimahrasyid said...

Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🤲

Farrah MF said...

Moga dipermudah urusan kesembuhan luka kaki MIL, Hani. Gula dah cantik terkawal, insya-Allah akan beransur sembuh. Lambat sikit sebab orang tua kan ... dan mungkin kena infection ke

Sha Mohamed said...

Moga dipermudahkan urusan Hani..
semoga Allah memberi kesembuhan buat MIL Hani.. Aamiin..

Nina Mads said...

Semoga MIL cepat sembuh.. nampak luka dalam tu.

Azhafizah MN said...

Semoga luka baru dan luka lama cepat sembuhnya. Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga. Aaminn