Sejak 2 tahun lepas lepas ada luka kat kaki akibat kencing manis, doktor masa MIL (mom in law) warded syorkan minum susu diabetik ni. So kami continue je susu ni untuk MIL. Ada jugak try beli susu lain masa farmasi perkenalkan susu lain. Tapi MIL tak suka susu tu. So continue semula susu tu.
Selalu kami beli kat farmasi di bangunan pejabat aku. Sambil-sambil kumpul point.
Susu ni boleh la tampung mana-mana zat yang tak cukup kan kadang2 kan tak selera makan so minum susu membantu sikit la. Kadang2 satu tin susu tahan 2 minggu, kadang less kalau FIL share minum sekali.
Kadang-kadang beli susu ni kat Klinik Walia Puchong.
Susu ni ada ekstrak kunyit.
Susu dia sedikit kuningla.
Selain tu, benda yang banyak guna kos selain ubat & peralatan dressing kaki kencing manis ialah kertas check kencing manis ni. Kami guna brand Accu Chek Instant. Harga RM40 untuk 25 keping. Sehari guna 2kali pagi dan malam untuk check paras gula dalam darah sebelum cucuk insulin.
Oleh kerana FIL pulak terlantar tak leh bangun, so memang pakai pampers pakai pakai buang je la. Memang barang penting ni, kalau takde memang malam-malam pun pergi cari kat kedai kalau siang tu terlupa beli. Hehehe
Banyak brand je kami guna. Ni time guna brand TENA.
Sebelum ni guna yang pampers jenis macam seluar tu (bukan strip).
Jenis yang tu nipis. So kalau beli yang jenis strip tebal sikit
Masa PKP, memang beli stok banyak2 terus risau orang menggila habiskan stok. Hahaha. Aku duk bonceng motosikal tangan kiri kanan bawak pampers huyung hayang motor, polis nak tahan pun tak sampai hati. hahaha.
Btw, aku rasa barangan kat Kedai SpeedMart murah berbanding kedai lain. Pampers memang banyak jimat kalau beli kat SpeedMart. Beratur pun tak panjang.
Psstt : WFH minggu kedua dah ni. Panjang dah list aku nak settlekan apa bila masuk opis nanti. Setiap hari duk plan nak masak menu apa petang2 untuk MIL FIL ni. hehehe.
Ok. Bye
XoXO
6 comments:
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah diberi peluang berbakti mengurus MIL dan FIL. semoga sentiasa sihat dan bertambah rezeki.
Untung mil fil sis 😊
semoga segala kebaikan akan di beri ganjaran allah..
alhamdulillah dpt berbakti kpd fil mil... tahniah hani.. semoga besar ganjaran hani dan suami
Susu abah saya pun beli kat farmasi. tak boleh minum sembarangan. Semoga segala urusan dipermudahkan. Besar ganjarannya :)
banyak pahala insyallah berbakti begini..
semoga murah rezeki selalu.. berkat hendaknya..
Post a Comment