Menyelam Bundle : Jaket Polkadot Comey RM10 & Baju RM5

Assalamualaikum... Hai Semua...


Last week Encik Suami ajak g Pasar Pekan Kapar beli lauk & sayur. Tu yang merasa aku singgah kedai RM2 masa suami g Pasar. Hehehe.. Ontheway balik Encik Suami perasan ada kedai Bundle kat shop lot area situ. Aku ingat malas nak singgah sebab banyak hal lagi kat rumah  (sebab plan nak pasang langsir). Suami ajak singgah sebab nak beli baju dia. So aku temankan la.. Rupanya bila keluar kedai, aku yang bawak plastik pakaian.. Hahahaha.. Suami takde berkenang baju kat sana.. So aku je la beli..


Jom tengok apa yang sempat aku rembat :


1. Baju RM5

Baju ni nampak macam singkat, tapi tak singkat pun. Sebab design dia lebar, tu yang nampak singkat. Kain dia tak nipis, tu yang aku suka.



Jumaat boleh pakai T-shirt & jeans g opis..
Baju RM5
Jeans RM 5 bundle (beli dah lama dulu)


2. Jaket polkadot comeyyyyy namateyyyy RM 10




Jaket ni macam baru. so walaupun RM10 aku tetap beli. Aku sebelum ni, memang cari pakaian yang harga RM5 je kalau kat bundle melainkan kalau betul2 cantek. Tapi kali ni, aku berkenang so beli je kali ni. Jangan main2, perempuan kalau berkenang sesuatu, memang kena beli. Kalau tak, teringat2 dalam hidup! Kihkihkih~
Aku beli jaket comey ni sebab nak gantikan jaket motor aku yang aku beli kat bundle rawang sekitar tahun 2015. Entry di sini.


Gantikan jaket lama yang dah koyak. Pakai setiap hari kerja kalau naik moto.
Berhujan dan berpanas dengannya.
Baju ni dah tertetas benang kat 2-3tempat bahagian baju ni.
Nak jahit sendiri macam tak cantek.
(Padahal memang nak beli baru! Hehehe)



Jom kite g keje



Psst : Nak bergaya tapi nak jimat!

Ok. Bye
XoXo

6 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Cantik2 tu Han.
Especially jaket polka dot tu.

Syazni Rahim said...

berbaloi2 ni, elok je nampak, tak nampak macam rm5

TukangKebun said...

Comel berkenan betul yang polka dot tu tampak baru.

ezy.fia said...

lame dh aku xmenyelam bundle..
rs mcm nk nyelam jgk esk lusa..
cr baju tshirt.. asek beli baju kurung manjang.. haha

A m m i said...

oklah tu Han.. bergaya seadaanya ikut bajet dan kemampuan. Ada orang jenis yang "biar papa asal bergaya"

Azhafizah MN said...

Comel lah. Sesuai sangat dengan Hanni :) Kalau tak beli mesti menyesal ni kan. Hihi