Rumah Sekarang VS Rumah Tak Jadi Beli

Hai...
Helloo...
Eh.. Assalamualaikum...


Banyak aku share pasal DIY untuk rumah, deko rumah, tapi lupa nak share ni:


RUMAH SEKARANG :

Kalau korang ikuti blog aku (lagak macam korang kisah pasal blog aku kan..hehehe), korang akan tahu pasal perjalanan sebelum aku mampu beli rumah yang kami tinggal sekarang ni.
Boleh Klik Sini http://puapoo.blogspot.com/2014/07/rumah-kesayangan-perjalanan-pahit.html

Suami jumpa rumah ni dalam mudah.com.
Tarikh iklan tu dah lama, suami try call. Rupanya rumah tu masih available sebab pembeli sebelum ni nak beli tapi loan tak lepas sebab pembeli tu dah banyak asset dan loan tak approved lagi.
So, ada rezeki kami nak masuk line q untuk rumah tu.

Rumah tu besar jugak 22' X 60'. 
Alhamdulillah.. Banyak yang sudah renovate untuk rumah ni.

Apa yang menarik pasal rumah ni:
1. Ruang tamu agak besar dan memanjang. boleh letak sofa dan meja makan as a dining area.
2. Porch berbumbung dan siap tiles.
3. Ada beranda depan rumah untuk makan petang-petang.boleh jadikan port kawan-kawan yang datang.
4. Ruang tamu dah siap plaster ceiling dan kipas satu. Plug untuk air cond pun ada.
5. Sliding door besar.
6. Bilik tidur 3 bijik. Semuanya saiz sederhana muat-muat set perabot jer.
7. Bilik air separate dengan toilet.
8. Dapur luas. Siap ada kabinet sikit (lama) dan sink sudah upgrade kepada 2 basin instead of 1 basin before. Siap ada kipas. muat untuk letak meja makan.
9. Bilik tidur semua ada ruang udara. Bilik kedua ada ruang angin walaupun takde tingkap, dan ceiling tinggi.
10. Semua pintu ada grill siap.
11. Owner melayu (Jiran India tapi suka tegur menegur)
12. Pagar dah lawa. kalau nak cat balik pun boleh.

Apa yang kurang untuk rumah ni:
1. Belakang depan ada rumah orang. Parking agak limited.
2. Takde tanah untuk menanam. boleh tanam dalam pasu dan ruang luar pagar sikit.
3. Bilik air hanya kat dapur. bilik tidur utama takde bathroom.
4. Bilik mandi standard rumah teres la agak sempit.
5. Dapur dekat dengan orang belakang, nak berseksi bagai segan la.huhu..bajet macam goreng ayam sambil berkembang.

Urusan rumah ini pun senang. Owner ok,
Agent ni pun naik, on time, tepati janji dan sangat membantu walaupun dia seorang cina.


View kawasan kejiranan.
Rumah aku tak ramai kereta yang lalu sebab bukan laluan utama.
Penghujung kawasan ni dah jalan mati.
Masih hijau suasana di sini.
Ada sawit


View depan rumah

Balkoni.
Tapi kalau hujan habis tempias.
Nak deko pun tak tahu macamana
Jika jiran sebelah pasang owning, ok la..
Hai jirannnnn..(ada motif)


Ruang tamu

Ceiling ruang tamu

Bilik air dan tandas. Separately.
Masa masuk rumah dulu

Dapur



RUMAH YANG TAK JADI BELI :

NI first time aku update gambar rumah yang kami tak jadi nak beli dulu. Ni rumah first yang kami view masa decide nak beli rumah. Bukan main cantek lagi dalam iklan, tapi kenyataannya hareeeeeeeeeeemmm.

Kisah rumah yang tak jadi dibeli ada di sini: Entry ni : http://puapoo.blogspot.com/2014/01/apa-yang-aku-buat-1-januari-tahun-lepas.html
Entry Air Mata : http://puapoo.blogspot.com/2014/03/home-melepaskannya-terpaksa-ku-pasti.html

Ramai yang kami pelik kenapa kami nak beli: Masa tu kan ingat nak cari duit untuk repair sikit2.
Tapi nasib baik tak jadi beli rumah ni. Time tu memang tak mampu, tu yang cari rumah murah.



Rumah Terbiar di area Sungai Buluh
880 sqft
Owner : Singh


Bilik atas.
Nampak tak ruang luar tu?
Belakang tu semua rumah terbiar.

View dari pintu masuk
Belakang tu ada ruang lagi kalau nak besarkan kebelakang
ruang bawah hanya besar ni plus ada ruang bilik air tepi tu sikit.
kecik sahaja

Bilik air dan tandas yang horror


Ruang tangga nak ke tingkat atas
Tangga pun takde kena curi


Ruang depan.
Tu pintu masuk dan tingkap.
Pagar takde sebab rumah kos rendah

Ruang bilik no 2.
Bilik semua kecik2 jer

Terkejut tak??? 
Mesti korang pun pelik kan kenapa kami nak beli rumah ni dulu.
Owner nak jual sekitar 65K. Dekat sikit nak ke tempat kerja berbanding rumah sekarang..
Tapi kalau nak tinggal, banyak duit kena ada untuk renovate. 
Masa tu kami suami isteri decide nak repair mana yang penting jer.. Janji boleh duduk.

Rumah sekarang dalam 150K jer. Dah lengkap tak payah nak reno lagi.
Jauh sangat dari opis.. Redha, sekarang tengah mencari kerja yang dekat dengan rumah.


Pssst : Kadang-kadang apa saja kesukaran yang kita tempuhi, adalah kerana kita terpaksa..
Sesetengah pandangan orang lain adalah berbeza kerana kemampuan mereka juga berbeza..

Aku doakan kalian pun dipermudahkan segala urusannya.

Ok. Bye

8 comments:

SUHAILAH RAMLI said...

bagus jugak awk x jadik beli rumah yg dulu tu..hehehe
wlpun dekat dgn tmpt kerja, kos baik pulih perlu byk dikeluarkan..pastu kawsan rumah menakutkanlah..hihihi
rumah skrg cantik, selesa dan ramai jiran..
semoga cepat dpt kerja baru dekat dgn tmpt tinggal..hihihi

fazianbatrisyia said...

semoga urusan kita semua dipermudahkan. selamat mengemas rumah baru. tgh cari masa nak kemas rumah jugak ni...kesian rumah

ezy.fia said...

menyeramkan betol la umh yg xjd beli tu..
nsb baik xjd..
xsnggup nk tgk mu duk umh yg xjd tu..
huhu

cik mah said...

Rumah xjadi tu seramlah tgok..bnyk nk kena kuar duit betulkan..

Prince of Noob said...

bestnya dah ada rumah sendiri. btw done follow u dear... follow mine too :) - Noob

hasmardy said...

Rezeki dariNya

NabilaHasyim said...

Huhu, klu beli, xbo duduk terus, semua kna baikpulih.
Patut la dia jual murah..

Nasib pilih yg mahal sket, asalkn bo duduk terus. Reno sket2 ikut bajet, lebih selamat, hehe

Ema Minami said...

tahniah cik hani..sama lah kite pun nak masuk rumah baru jgk tahun 2015 ni..bnyknya nk gune ongkosnye..hehe.. semoga dipermudahkan