Rumah Kesayangan : Perjalanan pahit sebelum jumpa rumah ni

Assalamualaikum...
Haiii geng !!


Perjalanan pahit sebelum jumpa kediaman ini.

Korang yang selalu intai-intai blog aku mesti tahu/perasan berkenaan perjalanan aku nak beli rumah yang dulunya pernah kecundang....


Rumah Pertama:
Rumah terbengkalai di Sungai Buluh RM65-75K yang owner letak.
Rumah yang hazab tapi kami nak beli sebab murah.
Namun akhirkan memang dah tersurat bukan rezeki kami.
Alhamdulillah, kami tak tergesa-gesa bayar deposit atas nasihat lawyer kami.
Kalau tak, memang burn duit kami.
Tips : tolong dengar cakap suami dan jangan melulu buat keputusan sendiri..hik..


Rumah Kedua:
Rumah di Sijangkang, Banting.
Dalam internet gambar lain, bila pergi view tengok rumah lain.
Tu pun rumah terbengkalai yang masih tak siap dan dalam proses touch up.
Tapi projek dah terbengkalai. Dah tentu -tentu takde CF.
Nasib baik pergi view rumah dulu. Dalam internet harga RM110K.

Dan satu rumah kat Sijangkang jugak, tunjuk view bukan main cantek lagi.
Rumah banglo kecik, tup tup bukan rumah tu yang nak jual tapi rumah lain.
Rumah Banglo kecik tu mesti almost 400K kot sebab design cantek.
Tips : Jangan percaya bulat-bulat apa yang dipaparkan dalam intenet. Sila pergi tengok rumah.


Rumah Ketiga:
Rumah di Balakong. Tu kawasan India..
Owner pun India. Rumah siap renovated besarkan sampai kebelakang.
Tambah bilik jadi 4 bijik tapi bilik tu size kecik-kecik semuanya.
Siap ada anjing, nak kena samak kalau beli rumah tu.
Rumah tu ceiling rendah dan panas sikit la kot.
Ceiling memang dah renovated.
Dapur sempit tapi dah fully cabinet tapi aku tak berkenang dengan dapur dia ni sebab takde ruang tingkap direct ke dapur.
Kalau nak masak, kena buka lampu dan pengudaraan keluar jauh dari dapur.
Aku view malam masa tu, aku tengok rumah tu macam panas jer.
Rumah ni dalam 165 - 175K. Lebih kurang 30 buyer view rumah masa tu.
Aku pun nyaris-nyaris nak letak deposit 3% dah kat agent sebab nak chop rumah.
Duk delay-delay akhirnya jumpa rumah lain yang lagi ok.
Alhamdulillah tak bayar deposit cepat kalau tak,memang rugi.
Tips : Please.. jangan tergesa-gesa kalau ada rezeki tak kemana.


Rumah Keempat:
Rumah tersayang di Klang.
Jauh sangat dari tempat kerja sekarang (almost 40km).
Tapi takpe sebab kalau ada rezeki kerja area sana aku akan tukar kerja.
Urusan jual beli pun lancar sebab agent cina yang baik dan lawyer yang sangat membantu.
Rumah ni yang berkenang dan cantek dari rumah sebelum ni.
Kawasan pun still ada melayu walaupun India ramai. Masih banyak pokok-pokok di sekeliling.
Dengan harga below 180K memang berbaloi dengan dapat landed house.
Rumah pun dalam good condition.

Perjalanan makan masa 1 jam (kalau jammed) ke tempat kerja. Redha. 
Tapi kan... macam tak banyak beza jer. 
Dulu duk Shah Alam pun satu jam perjalanan. 
Kadang-kadang 2 jam. So?? Takde beza duduk jauh atau dekat. 
Melainkan kalau betul-betul duduk sebelah opis.hihik. 
Duduk kat Selayang, kalau naik kereta pun satu jam sebab jammed.
Walhal Selayang ke opis hanya lah 18km SAHAJA.


Psst : Semua terkejut aku beli rumah jauh.. TAPI..hakikatnya tu je yang mampu aku buat..
Gambar rumah ni tak publish lagi.. TUNGGUUU..


Ok. Bye

7 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tak sabar akak nak tengok rumah baru tu cik hani..

Sekarang ni memang kena berhati-hati bila nak beli rumahkan..

JaJa_NoRLiza said...

alhamdullillah...akhirnya ade rumah sendiri kan...tak sabar nak tgk rumah baru hani...bila nak view ni???

Kaseh Kamila said...

Dia Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang kan..

Ayu Rashid said...

itulah harga sebuah pengalaman. Alhamdulillah, selamat berpuasa hani. raya mana tahun ni?

ezy.fia said...

ade hikmah di sebalik sume yg terjadi..
xpe.. rezeki di mana2..
inshaAllah nt awk akn bhgia kat rumah baru.. n dpt keje dkt..
=)

.Lydia. said...

Ada hikmah tu.
Pasni leh la rancang 1 per 1.

Mar Mansor said...

alhamdulillah..dah tercatat rezeki buat hani..