Dressing & Rawatan MIL kencing manis luka di kaki

Assalamualaikum... Hai Semua...


MIL start luka di tapak kaki kanan pada JUNE 2018 which is one day before raya Aidilfitri and warded kat Hospital Teluk Intan. Lepas 10 hari baru discharge dan kami terus bawak ke rumah kami di Selangor. Start daripada tarikh tu sehingga sekarang kami jaga (kecuali 4 bulan masa PKP abang ipar jaga kemudian kami jaga semula - banyaknya kami yang jaga) dan buat cuci kaki hampir setiap hari.

Aku akan share apa yang kami guna/rawatan sepanjang luka besar sehingga kecik:


FASA CUCI KAKI KLINIK KESIHATAN - KERAJAAN (JUNE - NOV 2018)
*semua ubatan kena bawak sendiri, nurse tolong cuci sahaja, kalau lupa bawak, nurse akan guna air garam klinik & ubat klinik je, tapi nurse akan keep remind us to bring our own items)

1. DERMACYN

Dari mula luka sehingga sekarang, DERMACYN memang digunakan setiap hari ketika cuci luka. Ianya macam air garam la yang berfungsi untuk cuci luka, bersihkan luka gitu. Kami guna ni masa cuci kaki di klinik kerajaan mahupun ketika cuci sendiri di rumah.





2. INTRASITE GEL

Kami guna ni as rawatan pertama untuk tumbuhkan isi. Lepas MIL keluar wad, kami gunakan intrasite dan dermacyn je masa cuci kaki di Klinik Kerajaan. Intrasite ni kami beli di Farmasi. Tapi tak boleh over use it, sebab nanti daging tumbuh berlebihan. Ni kami guna dalam 3-4 bulan kalau tak silap.


3. SOLCOSERYL JELLY

Then nurse klinik kesihatan syorkan kami pakai benda ni. Untuk cantumkan kulit/daging tapi tak boleh la berlebihan kang nanti overgrowth plak daging dan kulit kat luka tu. Kami pakai ni sekejap je lebih kurang 2 minggu macam tu.



4. ACETIC ACID

Ada satu masa tu, nurse di Hospital suruh guna Acetic Acid selama seminggu. Kami mintak sample tapi tak dapat sebab kebetulan dorang takde stok. So dia mintak kami cari di farmasi. Masa kami cari kat pharmacy sekitar rumah takde jumpa. So, masa cuci kami di klinik kerajaan, kami tak bawak acetic acid ni. Mujur masa tu mereka ada acid ni. Ini digunakan as a losyen antiseptic.




5. AQUACEL AG/AQUALCEL FOAM

Aquacel Ag ini digunakan agar bakteria tidak boleh tumbuh pada luka dan kita boleh ganti dressing jadi setiap 2 hari sekali berbanding tiap-tiap hari.
Aquacel Foam  pulak dipakai sebagai lapisan luar, jadi setelah luka ditampal dengan Aquacel Ag kita tutup dengan Aquacel Foam. Biasa luka keluarkan cairan, so ada foam ni elak cairan keluar kena kat luar.

Kami pakai ni sekejap je sekitar 2 minggu (paling lama, or maybe less). Sebab nurse tak syorkan teruskan pakai, sebab kaki MIL seeloknya kena setiap hari cuci instead of setiap 2 hari.

(Kami seronok sangat bila boleh pakai ni sebab tak perlu dressing setiap hari, setiap 2hari aje g klinik kesihatan, rupanya nurse kata elok cuci luka setiap hari)



FASA CUCI KAKI DI KLINIK SWASTA KAPAR (DEC 2018 - JAN 2020)

Klinik Kapar ni terletak di deretan kedai tepi jalan sebelah Balai Polis Kapar. Patient tak perlu bawak ubat sendiri sebab klinik ni guna semua ubat mereka. So kami tak tahu rupa bentuk ubat tu dan nama ubat tu kami pun tak berapa pasti. Samada MetroGel dan Fragile Gel (Tak tahu eja macamana). Itu antara sebutan doktor. So far kat Klinik ni memang nampak perkembangan positif.

Kami tukar dari klinik kerajaan kepada klinik swasta adalah kerana faktor masa untuk dressing. Klinik kerajaan & Klinik 1 Malaysia hanya boleh dressing setiap pagi, sedangkan kami kerja. So selepas 5 bulan ulang alik klinik kerajaan, kami amik keputusan untuk dressing waktu malam lepas balik kerja di Klinik Swasta. 5 bulan setiap hari masuk kerja sekitar 10-10.30am, ko rasa bos tak bising ???? (Hanya kami berdua yang urus ke klinik setiap pagi)

Macamana boleh start ke Klinik Swasta? Ianya start dengan  kaki MIL bengkak merah di jari kaki, bila g Klinik Kerajaan dorang suruh g Hospital Shah Alam. Bila ke sana, dorang cuma scan nak bagi ubat je. So, jiran kami syorkan kami g Klinik Swasta ni. So kami pergi dan doktor bagi penerangan selebarnya. Doktor memang syorkan kami ke klinik dia setiap hari, kami siap bincang kos lagi. Doktor bantu sedaya dia. So kami teruskan rawatan kat klinik swasta ni sampai kaki betul-betul nampak OK (90%-95%).
Mula-mula cuci kos sekitar RM 70 - RM 100 sebab ada amik antibiotik, lepas dah reda kos sekitar RM30-20. Last kami pegi kos sekitar RM20 sekali cuci bila luka makin kecik. RM20 berbaloi???
Yea sangat berbaloi sebab tak perlu bawak ubat sendiri. Kalau korang terlibat dengan dressing, korang boleh amik tahu kos bandage dah berapa, kos kapas, kos tape, kos ubat. So RM 20 berbaloi sebab luka cepat sembuh masa rawatan kat klinik ni.
(Notes : Klinik ni, bukan 100% doktor yang cuci luka, sebab kebanyakan memang pembantu dia yang aku cuci luka)


KLINIK KAPAR, KLANG

AddressNo 4 &4A, Jalan Besar, Pekan Kapar, 42200 Kapar, Selangor
You visited 4 weeks ago
Hours



Sekitar AUG 2019 kot, doktor perkenalkan satu mesin yang team lain pernah guna (ada kenalan mereka yang lain pernah guna produk ni dan berkesan). Mesin ni ciptaan student Universiti untuk tujuan  membantu pengaliran darah kat kaki. Kami pakai mesin ni NOV 2019 - FEB 2020 (on kan mesin menghala ke luka selama beberapa jam, pastu cuci luka macam biasa).
Patutnya ada charge di kenakan, tapi oleh kerana doktor nak try kat kami, dia mintak jasa baik team student tu untuk guna FOC untuk kami as trial. Kami pulangkan mesin ni lepas 4 bulan digunakan.




FASA CUCI KAKI SENDIRI DI RUMAH (DEC 2019 - AUGUST 2020)

1. DR WOUND

Masa ni kaki nampak dah ok, cuma luka di tumit sahaja yang tak tertutup. Tapi isi nampak ok, tiada nanah dan saraf ok. Mula-mula kami just cuci sendiri kat rumah guna dermacyn sahaja. Kemudian barulah kami start guna produk DR WOUND kerana luka hampir 95% sembuh cuma masih tak tertutup (size lebih kurang 20sen). Setahun pun luka sebesar 50sen kat tumit still tak bertutup. Pesakit kencing manis memang kalau dah sembuh pun, still cepat naik luka semula.



Selain tu, item lain (benda-benda basic) yang digunakan untuk sepanjang dressing kaki :

1. GAUZE

Guna untuk cuci luka, cover luka sebelum tutup





2. KAPAS

Guna untuk cuci luka guna dermacyn tu. Dan lap- lap darah, nap kekotoran kat luka.



3. PEMBALUT

Aku beli yang murah je untuk jimatkan kos. Kalau luka besar, aku beli yang besar. Bila luka makin mengecil, aku start beli yang kecil je.





4. TAPE PEMBALUT LUKA

Tape untuk securekan balutan. Kami beli yang saiz sederhana.




Dulu kami masa start jaga kami pun ZERO knowledge, tapi kami keep asking doktor & nurse masa MIL warded, masa dressing di Klinik Kerajaan, mahupun Klinik Swasta. Aku jugak keep asking kawan-kawan/kenalan IG yang kerja nurse/doctor jika ada pertanyaan. Kami jugak ringankan mulut sambil-sambil menunggu turn dressing di mana-mana atau time jumpa di farmasi sekali pun , kami tanya penjaga/patient lain mengenai rawatan dorang dah buat. Sebab kita akan jumpa macam-macam pesakit dan pengalaman dorang.

Baca...
Tanya..
Tanya..
Cari info..
Share rawatan...

Ada apa-apa nak tanya boleh email & whatssap aku (email & no phone ada di side bar page blog ini).

Cabaran menjaga? Ada..
Alhamdulillah.. Suami memang menjaga mak dan bapaknya so, aku as isteri hanya membantu. Mandikan & tukar pampers  FIL, Cuci kaki luka MIL & insulin MIL semua suami buatkan. Aku jadi isteri yang menguruskan aktiviti memasak, basuh pakaian, kemas pakaian, kemas rumah, cari idea untuk menu, remind pasal appointment, bantu tukar cadar setiap hari, sapu mop  dan kemas bilik. Bila suami kekurangan duit, isteri bantu. Bantu beli ubat-ubatan dressing. Dan kita perempuan ni kuat daya ingatan dan fokus, sedangkan lelaki tak. Ubat mak dia pun dia lupa kat mana, so isteri tukang remind, tukang simpan.  Appointment ke Klinik & Hospital aku join sekali sebab nak speed up the process. Sorang gi parking, sorang dah masuk tunggu no giliran. Sorang tunggu next appointment date kat nurse, sorang dah turun g collect ubat kat farmasi. Saling membantu. InsyaAllah mudah!

Pstt: Since June 2018, baru sekarang nak update, so ada sikit2 info yang maybe tertinggal/tak lengkap/lupa.. Maafkan.. Dulu aku selalu baca blog orang cari info, so aku rasa gambar luka sangat berguna untuk aku refer. Nanti la aku up entry lain tunjukkan progress luka di kaki tu, as reference untuk oranglain jugak kelak.

Update 2020 - 2022:
Start August 2020, kami sambung rawatan cuci kaki di Klinik Walia Puchong

Updated 2022 - 2023
Kaki MIL masih tak bertutup. Sebesar duit syiling 20sen. Memang bertahun dah tak bertutup.
Luka ni kat tumit, tempat pijak kalau berjalan. So tak tertutup. Cuci seminggu sekali di Klinik Walia.
Kami tak tukar klinik lain sebab MIL suka dengan layanan dari doktor klinik ni.


Klinik Walia | Puchong | Detailed accessibility - Jaccede



Kat sini bagus sebab doktor sendiri yang buat. 
Kos cuci ok tak mahal (berdasarkan berapa besar luka korang)
Doktor cuci sendiri. So memang sangat puas hati. Dia kikis, picit dan cuci betul2 luka.
Bukan assistant dia yang buat.
Sini memang ramai orang g dressing kaki. 
Cumanya kami tak leh g tiap hari sebab keje dan jauh dari rumah.
Ada masa pegi selang sehari, ada masa pegi seminggu 2x.
Tapi tiap sabtu/ahad, memang kami pegi.
(Notes :Musim PKP, doktor akan sediakan surat, so takde problem nak pegi)

Kalau nak baca/tahu info berkaitan/tgk progress luka.
Sila klik label "bantusyurgasayamenjagasyurgadia" kat label tepi sidebar blog aku ni.


Kat situ, aku dan compilekan post berkaitan MIL & FIL aku.
Semua rawatan cuci kaki.
Progress luka.
Appointment doktor.
Keperluan orang tua sakit.
And so on.
Tapi ada jugak la post lain pasal bilik MIL la, pasal FIL sakit la..
Aku campur je. hehehe
Boleh whatsap/email aku.
Nombor phone /email da kat side bar blog aku

Ok. Bye
XoXO

22 comments:

ezy.fia said...

bkn sume org snggup buat sume ni ani..
mu mmg org terpilih..
sabar dan tabah nya mu ni..
aku doakan mu dimurahkan rezeki.. =')

norhidana said...

akak baca sambil rasa hormat betul pada hani, tak semua orang boleh buat... kalau akak pun mesti amik masa nak buat, tapi yelah tanggungjawab kan.. apa pun terima kasih untuk info yang sangat berguna ini

nohas said...

Alhamdulillah, menjaga & berbakti pada ibubapa di saat mereka memerlukan..

semoga dipermudahkan segala urusan..

Syazni Rahim said...

Terharu saya baca post2 awak, awak sangat baik :)

ShirVen said...

alhamdulilah, bukan senang jaga orang tua lelebih lagi at the same time turut bekerja.
semoga sis dan keluarga sentiasa diberkatiNya.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Masyallah..
Jambatan ke Syurga.

OKje said...

Siapa yg mencuci kaki mil ye Han... kalau hakak seram tu...
Tak sanggup nak tengok luka.
Mcm mcm dan banyak pilihan jugak ubat cucinya ye...

dear anies said...

mudah-mudahan apa yg kalian buat ni dibalas dgn ganjaran, pahala dan rezeki yg melimpah ruah. aminnnnn

SalbiahM said...

Entry ni mmg bermanfaat utk org yang menjaga pesakit diabetik. 👍

Unknown said...

Alhamdulillah.. semoga Allah membalas segala kebaikan.. sy pun menjaga ibu yg diabetes dan operate kedua belah kaki.. dari 2013 hgga skrg.. janji Allah pasti kepada semua yg berbakti kepada org tua

Anggun Jelita Bty & Btq said...

Boleh tau apa nama Klinik di Kapar

Unknown said...

Terima kasih bagi info penjagaan Dan ubat yg digunakan

ASHLEY said...

Thank for sharing! how is the wound now? What is the progress?

Unknown said...

Saya pun sama tapi di jari telunjuk,sebulan dah ,lebih lagi ada kencing Manis lambat sembuh,terimah kasih atas info .

Unknown said...

Assalamualaikum, puan, mak saya juga mengalami luka sebab kencing manis lebih kurang 2cm kedalaman. Sekarang kami mengalami fasa mak tak nak pergi ke klinik (swasta) pun utk cuci kaki. Mungkin sebab sakit sangat. Jadi, boleh saya dapatkan cara dan bahan yg perlu utk buat cucian sendiri di rumah?.

Han Hanni said...

update japwan utk soalan.

1. yg mencuci luka di rumah ialah suami sy. sy bantu apa yg perlu saja.
2. update luka - luka makin kecil/kdg boleh terlopek membesar semula sebab nanah. update gmbr luka terbaru ada di post baru.
3. klinik di kapar - nama nya KLINIK KAPAR
4. bahan biasa mcm pembalut dan air cuci luka (dermacyn), tape balut balut luka. ubat bergantung kpd luka. ada untuk tumbuh daging, ada untuk lancarkan darah, ada untuk naikkan kulit. untuk ubat better mintak advise doktor. citekan masalah kat doktor. insyallah doktor ada idea utk pesakit yg nk cuci kat rumah

Unknown said...

Salam.. Maaf bertanya... Klu klinik mcm klinik kapar ni... Di port dickson de x

Unknown said...

nak tanya cara guna ubt utk naikkan isi dan cantum kulit tu mcm mana

Han Hanni said...

Jawapan ;
Klinik kapar ni klinik swasta. So ada kt sini saje. Sbb klinik biasa aje.xde cawangan.

Nak naikkan isi kami pakai intrasite gel. Dr wound pakai utk cepatkan kulit tumbuh dan tutup

Zayani said...

Nak no phone boleh tak. Nak tanya psl cuci sendiri. Nk cuci luka MiL

BabuIvy_Ingging said...

Hi nak tanya luka mentua kamu sebelum ni berapa besar ya. Adakah luka mak awak sebelum ni selalu ada slough dan brapa lama mak awak berada di hosoital waktu fasa luka baru jadi

Han Hanni said...

Blh wasap 0179365171.

Babulvy : Luka penuh hampir 90% dari tapak kaki. Selalu ada slough sepanjang 5tahun ni. slough dia kering tepi2 luka tu. 2minggu masa luka kali pertama masuk wad (June 2018). kali kedua luka membesar hingga hampir 90% tapak kaki. Duduk 2minggu lagi kat wad (Oct 2018)


Info : Slough refers to the yellow/white material in the wound bed; it is usually wet, but can be dry, and generally has a soft texture. It can be thick and adhered to the wound bed, present as a thin coating, or patchy over the surface of the wound. Slough consists of dead cells that accumulate in the wound exudate.