Suami dapat habuan kasut dan seluar sukan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Suami ajak cari kasut badminton last weekend. Aku pun mintak nak g bundle untuk cari blouse. Saja nak jalan-jalan pekena cendol sekali. Suami ajak g JBR Bundle Shah Alam & Bandorustore Bundle Item from Japan.
JBR Bundle kalau dah biasa pergi memang la tahu panas meruap dia. Aku plan nak cari blause putih. Sana banyak kemeja putih je. Tapi blause putih ada jugak cantek, cuma ianya lengan pendek. So takde beli apa-apa.

Bandoru item ni memang cantek2 especially palazo. Oleh kerana aku baru beli 3helai pallazo last week so kat sini aku takde beli pallazo. Sini ber'ekon' so agak selesa. Item paling murah RM10 untuk T-shirt, cantek2 dan baru-baru.

Sebelum balik singgah Butik Al-Ikhsan. Suami nak cari kasut badminton. Sekarang kan dia tengah bersukan main badminton tiap khamis.



Seluar Pendek dari JBR Bundle
RM 25

Kasut Badminton 
RM129 kot

Seketul Suami Isteri yang kelam kabut shopping, kelam kabut makan cendol dan kelam kabut balik bila MIL call suruh balik.. 

Psst : Oleh kerana dah shopping dekat RM500 beberapa minggu lepas kat shoppee, so aku kena sedar diri dan duduk diam je sepanjang shopping ni. hahahahahaha!!!!

Ok. Bye

15 comments:

norhidana said...

hahaha 500 tu dik, memang sakan tapi kalau dah kat bundle tu boleh ke sabar nengok baju lawo2

dear anies said...

nama je bundle tp brg2 dia kelihatan tip top

A m m i said...

nasib baik sedar diri ye

ezy.fia said...

bestnya blh g bundle murah2..
sni pyh nk cr yg murah n cantik.. huhuuuu

Syazni Rahim said...

Betul tu sis, kesedaran diri tahan nafsu shopping tu penting hahaha

Warisan Petani said...

Wak pun suka cari barangan bundle

aienienka said...

kadang baranh bundle ni macam ada sentimental value dia sendiri kan?

500? dah dok diam2,

OKje said...

Alamak.... ni yg tak best ni....org shopping kita tengok tengok jew....

Fiza Aizzawa said...

Kalau shopping online mmg tak sedar sbb sedap je masuk cart kan.. hehe

Sunah Sakura said...

hahahah dahsyat ek shopping kat shopee sampai 500!!!

Siti Yang Menaip said...

shopping ni therapy sis xpe sesekali berbelanja hehe..

mamapp said...

Wah seronoknya shopping

HeNRieTTa JoSe said...

kt kawasan rietta belum jumpa lg bundle yang ada aircond....

Azhafizah MN said...

fuhh banyak dapat kalau shopping bundle dengan RM500 tu.

Nina Mads said...

Beli brg online lg berhantu dr masuk kedai.. pheww kena control diri