Bercuti di Teratak Malaya, Janda Baik

Assalamualaikum... Hai Semua...


Trip dengan Geng Opis Encik Suami yang bertangguh masa PKP sempat jugak kami pegi last week. Tak jauh pun dari KL, kami g trip ke TERATAK MALAYA, JANDA BAIK je..
Oleh kerana dah bayar deposit masa booking dulu, so kami pegi jugak lepas sebulan kerajaan umum PKPP. Mujur time tu kebetulan kakak ipar datang rumah, so kami mintak tolong dia jaga MIL FIL untuk 2hari kami takde tu. Kalau takde yang menjaga, memang kami tak join trip ni.


11-12 JUNE 2020 TRIP

Malam tu, packing baju siap-siap.. Eksaited sangat, sebab aku suka sungai (walaupun tak reti berenang). Packing ikut hari & aktiviti. Then bawak extra baju, bukan kena timbang luggage pun kan..




Gerak dari rumah pukul 10 pagi, singgah g rumah opismate suami. carpool dengan dia. Jem highway, so kami guna jalan dalam. Gathering kat Genting Sempah, then gerak g Janda Baik.

View tempat masuk resort. Kat sini ada kaunter reception


Kami book bilik D'Pokok. RM 300-RM400 rate dia.
Muat 6-8 orang.
Tapi bilik cuma 1, selebihnya katil kat luar bilik di ruang TV. Ada fridge kecik & TV.
Iron aku tak check ada ke tak.

Bilik ni ada beranda kat bawah, selesa lepak. Kalau taknak, boleh book bilik lain yang rendah.


Ruang tido geng lelaki (suami)


Ruang tido geng perempuan (isteri)


Ada beranda atas


Ni Bilik D'Tebing 7. (Rate dalam RM160)
Ada sorang opismate suami duduk bilik ni dengan wife dia.
Dorang taknak share bilik.
Kami yang lain share bilik, geng suami tidur luar.


Dalam bilik D'tebing 7, Buka tingkap nampak sungai


Sungai depan bilik D'Tebing 7. 


Laluan pejalan kaki bawah rumah kami
So bila lepak kat beranda bawah malam-malam pun tak takut.


Siap ada kolam rezeki. Hehehe!


Bilik2 lain kat belakang ni pun banyak.
Lalu di laluan kehijauan ni



AKTIVITI KAMI :

Lepas solat zohor, start dengan bakar ayam sebab nak hidupkan bara pun susahkan.
Masa ni masing-masing dah lapar.


Beranda untuk letak barang semua. Sangat selesa


Kenapa siang pun bakar ayam?
Sebab ayam banyak, so kami bakar siang then malam bakar lagi.
Menu kami untuk siang hari ialah Mee Hoon, keropok, sandwich - bawak dari KL. Buat air blackcurrent,Dan ada jajan lain.

Then hujan, so tangguh dulu mandi sungai, kita pekena durian!


Oleh kerana kat Kaunter ada jual durian .Kami beli dapatlah RM11 sekilo.



Makan ramai - ramai bawah rumah atas beranda lepak ni.


Lepas hujan, ,mula-mula mandi kat depan bilik je. 


Then g mandi kat sungai area lain plak
Tapi main kat tempat rendah & sentiasa jaga-jaga.
Mandi sekejap je sebab nak balik solat asar kat bilik


Masa balik sungai tadi terus start buat bara. So lepas magrib terus bakar ayam.
So dinner awal jugak la tak macam siang tadi lambat buat bara, so ayam lambat siap


Buat nasi goreng untuk dinner.


Makan sampai bergosip!


Aktiviti malam main kad Uno & Uno Stackco.

KEESOKKANNYA:

Oleh kerana pagi tu taknak masak, sebab semua nak g kedai viral. so pergi la breakfast kat kedai. Sementara geng perempuan bersiap, geng laki dah siap tolong kemas peralatan memasak untuk check out nanti.


Sempat bergambar dulu sementara tunggu yang lain bersiap nak g breakfast


Having breakfast di KOPI LADANG, JANDA BAIK


Ni kali pertama aku makan roti goyang.
Rasa dia sedap jugak ye!

Lepas makan, balik bersiap-siap dan pulang.

Bergambar sebelum pulang


Having fun with friendsss


Till we meet again semua
Rosma & Apih
Tirah & Azwan
Ain & Din
Saya & Suami
Azhar #teamsingle kerana isteri di Kedah.

Trip best! Santai dan sangat chill tempat dia.  Dorang semua pun sporting. Trip ni walaupun 2H1M ne tapi siap dengan air fryer, portable cooker, kuali bagai di bawak. Nak repeat lagi next time trip yang lain. InsyaAllah.

Ok. Bye
XoXO

16 comments:

nohas said...

seronoknya...back to nature..akk pun tengah plan nk family trip ke Janda Baik..good info!

Unknown said...

dia.. tempat dia. nak mandi pun senang.

Warisan Petani said...

Nampak menarik tempatny

Syazni Rahim said...

Seronok sangat ni, teringin pulak nak pergi mandi sungai!

Adinda Baizura Mazlan said...

Wow, bestnya tempat ni.
Nanti nak ajak kawan2 datang sini juga la.

norhidana said...

alahai bestnya.... paling best ada beranda bawah rumah boleh masak-masak kat situ sekali... melepak ramai-ramai waktu malam pun tak takut pastu tang main sungai tu pun alahai... lama tak mandi sungai

Mieza S said...

nais jugak tempatnya. kawasan2 hutan. macam2 mesti macam 'redup' je rasa. dah lama tak rasa suasana macam ni. bestnyaa lah

mama sara nur @ Cik Nor said...

bestnya ,cantik tempat ni

Ujie Othman said...

Wow..seronoknya!

Teringat kesedapan kopi ais kat Kopi Ladang.

ezy.fia said...

wahhhh bestnyaaaaa tempat ni..
ni kalo buat family day kat sni pon ok ni..
2ari 1 mlm xckup rsnya.. haha

Elly Matin said...

bestnya. inikah sungai yg sambil makan boleh rendam kaki? hehe

Liza Izara said...

bestnya tempat ni.. selalu dengar je nama janda baik tu.. belum pernah pergi lagi :)

Alia Farhan said...

Bestnya bercuti tmpt mcm ni kan.. Sekali sekala rasa suasana kampung... Memang best sgt2

Azhafizah MN said...

sesekali bercuti di tempat macam ni seronok. mesti sejuk ya amat tepi air terjun tu. malam memang seram sikit kawasan macam ni.

Nina Mads said...

Teringin nk pi bercuti di janda baik tp tulah tak semua boleh berkumpul

Unknown said...

Ada kesempatan nak juga bercuti ke janda baik. Doakan saya juga ya dapat sampai dwkt sini