nuffnang

JANA DUIT

Masak apa untuk mentua hari ni?

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kesihatan FIL sekarang merosot sedikit. Makan pun dia kata penat dah nak mengunyah sedangkan nasi tu kami dah masak sedikit lembut. Kadang suami suapkan sedikit pun dia dah berhenti makan, katanya penat dah mengunyah. Aku memang setiap hari masak yang berkuah especially sayur. Kalau masak lemak atau kari pun aku buatkan cair-cair biar nasi kena kuah, bertambah mudah dia nak kunyah. Walaupun FIL terlantar dah setahun, tapi dulu dia selera je makan. Start seminggu dua  ni, dia mula tak sedap nak mengunyah.

So semalam aku masak bubur. Agak lama aku tak masak bubur, sebab MIL FIL kata dah jemu makan bubur (dulu aku kerap buat bubur). So ni start semula masak bubur. Lawak kalau ingat semula, dulu tak tahu nak sukat beras banyak mana kalau buat bubur. Kan kalau nasi satu pot beras tu sedikit je nasi terhasil. Tapi kalau satu pot beras buat bubur, bubur akan banyak terhasil. Dulu buat bubur untuk dorang 2 pot, nahhhhh selambak bubur terhasil. Jemu duk hadap bubur hari tu nak habiskan. Hahahaha..

Aku masakkan lunch untuk MIL FIL sebelum ke opis.

Bubur kelam kabut comot nama dia.
Nak mudah masak, aku letak air banyak, pastu tinggal ia mereneh dalam rice cooker. maka melimpah la wap dia..hahaha
Agaknya MIL aku komen  "Eh menantu aku ni sepah betui masak ni" Huhuhu

Buat sup ayam letak fish ball & aku tambah jugak balance barang yang pernah buat steamboat dulu dalam sup ni. Aku goreng kangkung & ikan kering. MIL suka ikan kering, aku goreng tak garing biar senang MIL makan sebab lembut tak garing.

Balik kerja tengok bubur tinggal sikit, ikan tinggal sekor je. Lakuuuu jugak bubur sendu aku  ni! Hehehe. Malam tadi, belikan mee goreng takung je untuk FIL MIL. Aku goreng keropok keping sikit. Masalahnya keropok tu keras, tak dapat dorang makan. Jadi habuan aku la keropok tu cicah sos makan depan TV lepas ni. hehek


Bekal kerja semalam.
Nasi goreng Ceria gitu letak leftover ayam MCD & sayur mana ada je dalam peti.
Siap bawak jeruk yang anak sedara suami bagi
Epal serbuk Asam.

Hari ni buat singgang ikan pelaling je. Ulam timun aku hiris nipis-nipis biar mudah MIL FIL kunyah. Stok buah dah habissssss !!!!

Psst : Dah buntu nak masak apa untuk MIL FIL kat rumah ni... Sebenarnya orang tua dah menurun selera dia kan.. Tak macam yang muda sibuk nak mencuba semua makanan viral.


Ok. Bye
XoXO

16 comments:

Mrs. A said...

Ialah bila dah berumur ikan , ayam, udang semua dah tak hairan lagi. Lebih kepada sayur-sayuran je..

nohas said...

sedih dgr FIL tak lalu makan...kena minum susu..

suka bubur nasi..makan dgn ikan kering mmg best..

genuine1224 said...

cuba masak bubur letak halia & bwg putih hiris nipis2. pastu letak sekali ayam, then perasakan dgn garam. nak makan tabur bawang goreng & serbuk lada putih. sedap!
mana tau ubah resipi, nak FIL awak makan. tapi bila dah kategori uzur, 1 time mmg diorg akan kurang selera makan. make sure cukup air@susu supaya tak hilang nutrien dlm badan

Sunah Sakura said...

sama macam mak kita, tak berapa nak makan sangat dah sekarang walau kita masak sedap2 macam2...agaknya kena masak makanan yang dia betul2 teringin sangat baru dia berselera...

norhidana said...

gigihnya hani ni, bagus betul... cuba lepasni buat bubur ayam atau bubur lambuk pula, tak pun buat sup makaroni... jadinya kenyanglah jugak makan sup makaroni tuh... cer belikan sambal kering macam sambal hitam tu ke... kotla boleh selera sikit makan

Falsya said...

Untung FIL and MIL in law dapat menantu mcm nie..😍..

Sedap pulak bila tgk bubur nasi tuh..nak buat bubur berlauk tp hasben xmakan pulak bubur..hehe

Aisya Ismail said...

Bubur kalau masin-masin sikit memang selera.

ezy.fia said...

semoga makin murah rezeki awk.. =')

diorg makan je awk msk ape pon.. dorg hrgai penat lelah awk kat dapur tu.. hihi

arap FIL awk berselera balik la pasni.. kesian dia xde selera nk mkn..

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah
seronok bila masak laku dan habis.
kadang kita pun masak apa yang ada je. janji perut terisi.

makcikkantin said...

Makcik pun kadang selera kurang... Cer buat bubur lambuk simple(kanji kata org utara) rebus beras(1/2 cup pun ok dah) dgn(kalau boleh mkn lah with halia & halba & serai with shredded carrot. Dah lembut semua letak santan garam. Moga fil mil bertambah sihat, alhamdulillah menantu yg bagus.

Syazni Rahim said...

Rasa nak masak bubur jugaklah esok umpphh

ray said...

everything just looks so good. no kidding.

Bunda_nora said...

Bunda pun dah kearah tu jugak. Maklum dah 60an, dah warga mas.

okk said...

nice info....

OKje said...

Orang tua apalah sangat yg dia makan.... Kebanyakan dah tak boleh makan sebab keras keras belaka hihi...
Kita ni semetara muda makan lah puas puas hahahha...
Memang buntu Han nak pikir lauk, kalau hari hari masak

Nina Mads said...

Bila dh uzur ni nk mkn pun selera berkurang. Kadang2 kesian nikmat mkn dorang dh perlahan-lahan berkurang tak mkn waktu muda