nuffnang

JANA DUIT

Rumah Kesayangan : Tanaman Mati . Sedihnya

Assalamualaikum...
Apa khabar semua??


Kami ada semai bijik benih untuk sawi dan bendi.
Kami letak dalam tempat besar (kotak berisi pasir), banyak yang dah bertunas.

Ada 3-4 pokok sempat kami pindahkan ke pasu plastic.
Mana yang takde pasu plastic, kami biarkan dulu dalam tapak semaian (kotak pasir tu).


GAMBAR SEBELUM


Tup tup kami perasan kucing selalu masuk pagar rumah.
Dia lompat melalui celah lubang pagar batu.
Alahai..puas dihalau, tetap datang.
Dia datang berak kat pasir tapak semaian kami.
Patutlah baki pokok yang dalam tapak semaian tu mati cepat.
Pastu terbau kuat "bau tahi kucing",
Puas aku cari mana asal bau "busuk" tu.
Rupanya bau dari tapak semaian aku yang dah bercakaran dan ada kucing berak situ.

Mungkin dia pernah lepak atas pasir tu dan berak situ.
Suami pun pernah nampak dia duduk atas pasir dalam kotak semaian tu.



GAMBAR SELEPAS
Sebelum pokok mati lepas kami balik raya haji.


Ni kucing jiran. 
Jiran melayu banyak bela kucing. 
Memang ada sangkar besar sebelum ni, tapi sekarang sangkar dah kosong. 
Ada 2 ekor kucing selalu masuk rumah aku (kalau aku buka sliding door, masa kat rumah).

Terkilan jugak dengan jiran yang nak bela kucing tapi amik mudah pasal kucing. 
Berak dan muntah merata sampai ke dalam pagar rumah orang...
Sikit pun kami tak kesah, kami cuci. Taknak gaduh.

Tup tup bila tanaman mati, rasa jugak bengang dan terkilan.. 
Banyak pokok mati, pokok patah, pasu gantung putus sebab kucing terjah terjun, takde nak gebang kat sini sebelum ni ..

Urmmm.. Maaf. 
Aku ada lelah masa kecik, sebab tu kurang "bergaul" dengan kucing. 
Tapi takde la benci kat kucing.

Cuma terkilan dengan sikap tuan kucing.
Sampaikan satu malam tu, aku nak tidur terbau kuat sangat tahi kucing...
Suami pulak kat opis tengah OT. 
Aku whatssap suami pasal ni.
Suami balik rumah malam tu terus buang pasir yang tempat kucing berak tu ke dalam semak. 
Lepas tu dah takde bau busuk.

Jiran-jiran india pun ada complain pasal ni.

Pssst : Apa patut aku buat?

Ok. Bye

6 comments:

Qaseh Dalia said...

Alaaa sian , rosak abis tanaman

ezy.fia said...

bagitau la kat jiran psl kucing dia tu..
biar dia kurung kucing dia..
bkn nk gadoh ngn jiran tp nk dia tau kucing dia sllu masuk umh awk..
=)

Juls Julie80 said...

assalam sis..saya peminat kucing..mmg gile kucing..tp saya jaga kucing..x lepas dorg kat luar..sbb takut mengacau jiran..

sis kene inform jiran sis pasal tu..nak jd bukti..sis snap gambar2 kehancuran yg dibuat oleh kucing tu..supaya tuannya ada rasa tanggungjawab...

x best la kalau bermasam muka sesama jiran kan... dorg bela..kene ler jaga elok2..

uSMie said...

Akak penah gak jadi macam... jiran suka bela kucing n kucing dia banyak sgt...
sampai tahap busuk kitaorg takleh buka sliding door... dah tak tahan suami bg tau owner umah( jiran tuh menyewa). tak lama lepas tuh jiran tuh tak tau buat apa kucing2 dia dah tggl 2@3 ekor mcm tuh je...yg lelain mmg dah takde... dia pun dah rajin cuci najis2 kucing tuh.. so dah takde bau...

sweet tooth said...

hani, kat pet shop ada jual spray yg halang kucing dari masuk kawasan rumah. boleh spray keliling rumah tu. tapi x tau keberkesanannya sbb i x penah try.

kat umah i mcm tu juga... ada skali tu, i bagi makan, pastu i cakap ke kucing tu, ni dah bagi makan, jangan la berak dalam kawasan umah aku ya... heheheh... macam la dia paham. buat for a while it works :-) wallahu a'lam...

Asha Lya said...

Lahai sygnya tanaman tu da mati. Baik cik hani bgtaw kat tuan punya kucing tu