nuffnang

JANA DUIT

Besday 2022

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ok. Memang dah tua tahun ni. Hahaha.. Just sekadar angka katanya.. Hahaha


Hari Malaysia 16 September.

Malam lepas bagi mak mentua makan, suami aku ajak ke Setia City Mall. Dia masuk kedai TYPO, aku pulak berpisah masuk ke Kaison cuci mata. Konon taknak la nampak apa yang cik suami nak belikan hadiah untuk aku.. Hahaha.. Di Kaison, aku beli lilin dan besday cake topper. Beli untuk besday sendiri ye.. Tak malu betul.. Hahaha. Sekejap aja kat Setia Alam, keluarnya kami ke Shah Alam suami nak pekena nasi kandar. Tengah malam suami bagi Kad dan ucapan comel-comel.




Sebelum ke Setia Alam
Gigih snap photo nakkan kenangan punya pasal.




Thanks Encik Suami atas hadiah Pen comel untuk tahun ni.


17 September 2022

Yeayyyyy..  Selamat Pagiiiii... Pagi dimulai dengan ke klinik bawak mak mentua dressing kaki di Puchong. Baliknya singgah tapau nasi lemak di Shah Alam. Eh, nasinya kurang masak. Aku gigih masak lunch awal sikit sebab sendu makan nasi lemak mentah tu.. Petang plan nak kluar, tak jadi sebab kakak ipar singgah melawat mak mentua lepas dorang balik kenduri. Malamnya pulak cancel nak keluar lepas dapat berita jiran sebelah (ayahnya) meninggal. So, khemah dipasang depan rumah kami untuk upacara esoknya. Haaa.. macam-macam betul halangannya tu.. Hehehe




Datang awal so menunggu tak lama la



Thanks Ezy untuk hadiah mengejut ni.
Tiba2 J&T letak atas pagar



18 September 2022

Nak keluar rumah tak boleh sebab masih ada khemah depan rumah. Makanya mereput aje di rumah. Gigih aku order Tealive lagi hari ni. Nak makan meggi pun tetap kena bersiap sedia dengan air sedap-sedap sikit. 



Malam tu pekena maggi soup korea (Memang jenama Maggi, cuma perasa soup korea)
Tapi bagi aku tak sedap.
Sedap lagi maggi kari.


19 Sept 2022

Lepas 2 hari gigih suami keluar belikan kek jugak. Nak jugak makan-makan kek depan TV. Kek banyak sold out kat Secret Recipe. So amik mana yang available aje la..


Cute Cake Topper & lilin

Banyak lilin, aku cucuk semua.
Hehehe.

Thanks Encik Suami.



Nah sekuntum bunga untuk tuan blog ni.
Hepi Besday 


P/S : Entry as kenang-kenangan. Setahun sekali hari jadi kan.. Harusla di kenang. Kihkihkih..


Ok. Bye
XoXO

6 comments:

Warisan Petani said...

Hbb

Mama Zharfan said...

happy birthday! May all your wishes come true..aamiin

norhidana said...

Happy belated birthday Hani...
amboi sambutan dia makan masa banyak hari tu hehehe, best.

ezy.fia said...

teringat plop zmn keje skali..
gigih kita selftimer berdua kan.. haha..

walaupon sambut birthday simple2 je tp tetap membahagiakan..
semoga kita jadi wanita paling tabah dlm dunia ni..

happy belated birthday bff!

Ammi said...

Happy belated birthday...semoga Allah makbul semua doa dan harapan awak.

Comel ok gigih letak cucuk happy birthday (apa nama menatang ni?) kat maggi.

NADIA vs BERON said...

Happy belated birthdayy! Semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat. Pen tu camne function nya? Macam unik je hihi