Apa yang ko dapat EatClean sebulan puasa ni sis?

Assalamualaikum... Hai Semua...


Gigih nau aku ber'EATCLEAN' sebulan puasa..
Eh takde la sebulan eatclean..
Akan ada hari CheatDay aku (setiap ahad)..
Dan jugak hari balas dendam (4 hari sebelum raya sebab balik kg sendiri).


Eh..segan nak cakap..
Bulan puasa ni turun 4KG je (seminggu 1KG)..
sendu kan?
Oranglain takde nak eatclean pun blh turun 4KG kan..
Kita yang metabolisme lembap slow ni, memang payah nak turun berat badan..
Apa pun tetap ALHAMDULILLAH..


Lepas Laparoscopy Surgery last year, Dr Hamid suruh turunkan berat badan..
Tu yang aku slow2 menapak turunkan berat badan..
Dan jugak kena aktif.
Bab aktif ni aku surrender..
Sejenis ciptaan Allah yang bila di suruh bersukan, dia akan duduk tepi padang..

Seminggu raya aku bantai semua..
Takde nak eatclean bagai sebab raya kat kampung..
Tak lepaskan peluang makan masakan mok.
Kerana terasa rugi sebab aku hanya balik kampung dan berkumpul adik beradik pun jarang2..
So berat naik balik sekitar 1.5KG..

Minggu ni start ganti puasa and hope lepas habis ganti pose boleh merajinkan diri pose bulan syawal plak..

Eh. Selamat Hari Raya semua..
Entah bila gigih nak update kesah raya.

Alasan : Takde kabel nak transfer gambor.
Selamat Hari Raya geng!

OK. Bye
XoXO

2 comments:

ezy.fia said...

selamat kembali ber eatclean la cik hani.. hihi

Cik Matahariku said...

salam sis, selamat hari raya:) first time singgah sini, sy pun tgh dlm proses nak turunkn berat badan..alhamdulillah, ada penurunan since puasa hari tu.Done follow u:)