Sebelum ni ada cerita pasal nak beli rumah kat Sungai Buluh.
Kami cari rumah ni melalui mudah.com
Oleh kerana, rumah tu terbengkalai dan dah lama tak didiami makanya ramai yang menentang dari yang menyokong.
Tapi kami tetap teruskan dengan niat nak beli rumah tu sebab murah sesuai dengan gaji dan komitmen kami.
Kami teruskan jugak niat walaupun rumah tu sangat buruk dan terbengkalai.
Keras hati ooooi laki bini ni. kihkihkih !
Selepas hampir 3 bulan duk berurusan dengan bank dan PKNS, akhirnya dah tersurat tu bukan rezeki kami.
Kenapa??
1. Rumah tu owner letak harga hampir RM65 K.
2. Value rumah tu hanyalah maksimum RM50K (paling tinggi bank boleh nilaikan).
Itu pun selepas merayu bagai untuk up harga. Sedangkan rumah area sana hanyalah mencecah RM40K. Tambahan lagi rumah yang sangat teruk terbengkalai, harganya mampu cecah RM30K SAHAJA kata bank. Rumah Low Cost untuk area tu tak tinggi nilainya.
3. Kami nak kena cari hampir RM15 K lagi duit cash untuk cukupkan harga yang dipersetujui owner.
4. Jika dah habiskan 15K untuk bayar rumah sahaja, memang takde duit lagi untuk repair rumah yang teruk tu. Memang tak boleh pindah masuk kalau tak repair.
5. Belum masuk lagi fee untuk lawyer, chop stamp bagai tu, procedure tukar nama bagai tu. Rumah low cost memang tak mudah procedure nya.
6. Abang aku dan lawyer cakap dengan nilai rumah banyak tu, aku mampu beli rumah yang lagi baik dan tak perlu nak baik pulih, melainkan kalau nak renovate mencantikkan rumah sahaja.
7. Abang aku pulak cadangkan aku beli rumah lain memandangkan sekitar rumah kami ni masih ada yang banyak kosong dan terbengkalai sebab tak ramai tumpu tempat ni.
Kami usaha jugak call owner mintak kurangkan harga memandangkan value rumah tak tinggi area sana dan kami perlukan kos yang banyak untuk repair rumah.
Sayangnya, owner tak setuju dan keep mention yang rumah dia ramai lagi yang Q beratur nak beli. Ada yang nak beli 65K cash.
Makanya owner mintak kami tarik diri la sebab dia nak jualkan rumah kat orang yang nak beli cash. Kami redha dan tak mahu bising-bising lagi.
Suami call semalam, ceritakan segalanya lepas discuss dengan lawyer kami.
Takpe laa. Mungkin takde rezeki nak duduk rumah sendiri tahun ni.
Aku cuba cari rumah lain. Masa masih ada lagi.
Petang semalam suami dan kawan dia survey rumah lain pulak..
Kali ni survey sendiri naik pulak..
Pusing-pusing cari rumah untuk dijual..
Jauh dari KL pun takpe la..
Tak perlu tunggu rumah KL dan Selangor, kite takkan mampu nak beli.
Bila google je rumah kebanyakan RM300K ke atas.
Yang ada flat pun makan duit 80K hingga 200K.
Tu pun yang dah hazab keadaannya dan kena berebut parking
(parking jadi issue sebab aku tak reti parking kalau space tak luas"
Suami masih lagi memujuk aku dan berpikiran positif. Katanya:
" Takpe , walaupun rumah jauh bukannya kite je yang travel jauh untuk bekerja. Ramai lagi yang kena travel jauh untuk bekerja dan meninggalkan anak di nursery awal pagi. Bukan kite saja yang berlumba mengejar masa di jalan raya kejarkan punch card."
" InsyaAllah, kalau dapat rumah lain walaupun jauh dari opis sekarang, u boleh cari kerja lain di sekitar kawasan rumah baru tu kelak, walaupun jauh dari KL. Kite pun bukan kerja Govermnent, nanti kite tukar kerja ye"
" Takpe jauh dari KL, nanti tempat tu pun mesti membangun jugak. Tengok Nilai, Seremban, Senawang dulunya mana ada yang nak beli, sekarang org duk Senawang pun kerja KL.
Kenapa nak dekat KL? Sebab sekarang aku kerja kat KL-Mont Kiara.
Ramai yang cakap kenapa tak angkat personal loan untuk tampung rumah yang terbengkalai tu. Jawapan kami??
" Kami cuba nak kurangkan komitmen hutang yang banyak untuk 2 benda yang berbeza (rumah dan personal loan).
Kalau personal loan pinjam 20K rumah still tak lengkap dan tak cantek.
So, kami decide nak cari rumah lain...
Sementara muda ni cari lah aset pertama dulu, masih kuat nak bekerja bayarkan loan rumah.
Bytheway, DIY and home organizing kat rumah sewa ni still berjalan.
Tapi nauzubillah..malasnya nak snap picture and share..
Semoga malas aku ni cepat blah dari diri ni..
Penulis tinggalkan kamu dengan kata-kata ini:
Psst : Lepas kawen, duit simpanan dalam bank baru ada 4K.. Reban ayam pun tak lepas nak bayar deposit. Ok fine KWSP ada.. hehehe
bersabar ye dik...akakpun dah 10 tahun kahwin baru duduk rumah sendiri.walhal masatu rumah x mahal tp tiada terlintas nak beli rumah. sekarangni bila dah fikirkan penempatan kerja suami tidak boleh bertukar ke tempat baru beli rumah. cuma akak je yg susah sikit..bila2 masa boleh kena pindah tempat kerja. kerja kerajaanni bukan boleh duduk setempat bertuahla kalau orang tu dari awal sampai ke pencen dekat situ saja. mungkin Allah belum buka rezeki untuk beli rumah lagi. mungkin Allah nak beri lagi rezeki rumah yg jauh lebih elok dengan harga murah.
ReplyDeleteTenkiu ats support akak. Insyaallah..agar dipermudahkn semuanya nanti..
DeleteHope all is well
ade hikmah disebalik sume ni...
ReplyDeletesabar ye yunk.. usaha lg cr umh.. inshaAllah dpt..
mu ade 4k, aku bru nk jejak 1k duit simpanan pas kawen.. hihik..
Tq yunk..kena usaha lg cr rumah
Deletetakpe, lepaskan yg tu, maybe nnt dapat yg lebih baik.. keep trying yeh.. beli rumah ni bukan benda kecik. bnyk hal nak kena setel. so, biar lambat asal selamat..hehe
ReplyDeleteYupss..mungkin ada yg lg elok menanti i nanti.sabar gitu
Deletepasti ada hikmahNya... at that time hani dan hani pasti rasa bersyukur sgt... buat cam kak ayu, beli rumah kat kl...sewakan.. lepas tu kami yg berpindah randah... hahaha
ReplyDeletevalue rumah KL tu dah naik banyakkkk sgt wp umah kecik cinonet
Haah kak ayu..
DeleteHope semuanya dipermudahkn..bc blog akak dah 4 rumah yer bpindah randah
Btl kata si suami tu.. Jauh tu hanya pd permulaan.. lama2 dh biasa rasa xjauh dh. Harga rumh makin naik,baik beli skrg sblm jd tidak mmpu.
ReplyDeleteskrg pn rmh kos rndh pn dh cecah RM300k. Keluasan rmh mcm rmh harga 80k kbwh..
Betul cik shamsul..
DeleteRumah skrg makin mahal.tak terkejar..duk jauh lama2 nnt biasa dh la
Salam..
ReplyDeleteJangan sedih.. saya antara orang yg ada rumah sendiri tapi masih menyewa rumah lain. beli rumah teres 2 tingkat, tapi duduk rumah sewa flat low cost.
sy beli rumah tu thn 2010 sesuai dgn gaji masa tu and x mampu beli rumah area KL. tp company sy mmg bg increament tiap thn. so, lps 4 thn, mampulah utk ada lagi sebijik rumah. mmg plan cmtu. kalau ada rezeki, rumah ke2 mahu beli area KL. flat pun xpe..utk sewakan n aset kemudian hr.tp kalau agak2 x larat nak berulang, blh duduk dulu umh flat tu. dkt dgn tmpt kerja.
then, saya cari rumah sewa flat low cost dgn sewa bulanan 350 sj.. jd, saya masih xde bebanan disitu. lagipun, masih bertiga. cukuplah rumah flat ni..janji dpt spend time dgn suami & anak dari spend time atas jalan raya.
rumah 2 tingkat tu saya balik hujung minggu & bila nak buat makan2 or BBQ adik beradik.
InsyaAllah, ada jalan keluar utk awak.
Tq atas support siti.
DeleteNice jgk idea tu.. At least rumah itu akhirnya jadi hak kite
sedih pula baca citer cik hani ni. tapi betul juga kata abg dan lawyer cik hani tu...RM65k tu boleh beli rumah yg lagi bagus dari rumah yg terbengkalai tu. Anggap itu bukan rezeki kita. Insya Allah lepas ni cik hani akan dapat rumah yang lagi baik dan sesuai dengan citarasa cik hani.
ReplyDeleteat least..cik hani masih ada masa lagi nak menyimpan untuk beli rumah...mana nak tau end this year boleh saving sampai 10k pula. hehehhe...
good luck ye...
irjune: tq sangat2 atas supoort kamu.
ReplyDeleteyups.. anggap je takde rezeki. sekarang aim nak beli rumah kat banting dan serendah. memang jauh tapi at least rumah sendiri
rezeki nk rmh yg lg baik ni hani.
ReplyDeletekite pn teringin sgt nk ade rmh sndiri. so blh buat suke suke hatii.
tp tgk hrga rmh skrg pn lahaiii. makan hati. pjk diri sndiri.
mna tau may be rezeki dpt keje kt kg pulak nnti.
dah ada tnh. 200k tu dpt banglo bsr dh
la tahzan! i rasa ada hikmah la semua ni...biar lambat, asal selamat...beli rumah xleh tergesa2, byk benda kena consider...doa byk2, insyaAllah ada rezeki yg lebih baik...sabar tau :)
ReplyDeleteLyaa.. Terima kasih atas support. Doakan yang terbaik untuk kami.
ReplyDeleteNana : Thanks na.. Yups.. insyaAllah ada rezeki yang lebih baik
cer carik area rawang...masih murah lagi...tapi sikit masa lagi dah nak membangun...asben saya kerje kelana jaya...dulu saya masa memula kawen kerje kat shah alam..berulang dari rawang...lepas tu baru pindah ke damansara... haaa..ok jer so far..
ReplyDeletememang macam tu sekarang ni..kalau nak dekat2 memang mahal..tapi umah tak seberapa jugak ngan harga yang mahal mak lazib... lagi satu..cer carik area puncak alam..pon nak membangun sikit masa lagi.. insyaa Allah...
kalau bukan sekarang..lain tahun memang akan jadi lebih mahal...betul tindalan hani tu... :)
aty : tenkiu atas support ati. Haah.. sekarang fokus cari rumah yang jauh sikit dari KL dan Shah Alam. Dua tempat ni rumah dah mahal. Sekarang fokus cari area rawang, puncak alam, klang, banting.
ReplyDeleteSemoga semua berjalan lancar