Hai korang....
Beberapa hari lepas g NSK, niatnya nak beli udang untuk buat udang petai. Dan nak beli ikan la sebab kebelakangan asyik makan ayam dengan sotong jer.
Suami dah melekat dengan peti ikan di NSK tu. duk angkat-angkat kepala ikan merah. Besar gedabak kepala ikan.
So, malam tu bermula la episod indah masak kari kepala ikan. First time dalam hidup makan kepala ikan besar tu. RM17 satu kepala ikan merah tu.
Bahan :
- 3 sudu serbuk kari ikan adabi (hijau)
- setengah cawan kecil santan pekat
- sebijik bawang besar + 2 biji bawang merah + 4ulas bawang putih + seinci halia = dikisar tanpa air
- 2 biji bawang merah = dipotong untuk tumisan
- 2sudu lada boh (takde serbuk lada)
- sedikit air asam jawa
- garam gula
- kepala ikan
- bendi, tomato
Cara masak:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah yang dipotong.
2. Masukkan lada boh.
3. Masukkan bahan kisaran.
4. Masukkan air asam jawa dan serbuk kari.
5. Reneh sekejap dan letakkan kepala ikan. Kalau kering, masukkan air sedikit.
5. Masukkan garam, gula agar sebati dengan isi ikan.
6. Masukkan santan
7. Last sekali masukkan bendi dan tutup api baru masukkan tomato.
Aku tak letak daun kari sebab takde... Kepala ikan terpaksa potong dua sebab periuk kecik jer untuk makan berdua. haha
Served by Hubbby
Comot tu mainan dia la kalau kat dapur
Resepi ni sangat mudah. Percayalah,aku ini hanya akan memasak bila resepi tu mudah sahaja. Kalau yang payah,aku tak layan.. orang Terengganu sebut " boooooo layang (layan)".. hehehe.
Kalau perut dah boring dengan masakan melayu,
Sekali sekala pekena chicken chop ala kadar kami ni.
Laki pun suka gak kari ikan.
ReplyDeleteAufvidersen
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehai hani lalingz yg kretip ;) sory ler lame x jnguk.. amboooiiii sedap nya kepala fish kari ituww.. terbaek lah hubby . . ;)
ReplyDeletetahniahhhhh cik puan hani...
ReplyDeletepuas makannnn...
pandai cik hani masak :)
ReplyDeletesedap ye ayam tu.. ish nyum2.. nak sikit blh x ?..hehhehe
ReplyDelete