Resepi : White Fungus Sea Coconut Drinks

Assalamualaikum...


Sejak kerja company cina ni, baru la ada peluang makan masakan cina.
Macam-macam menu makan masa event dan staff gathering.
Aku jatuh cinta dengan minuman ni masa 2013 CNY...
Time tu ada makan-makan kat Bukit Kiara Equestrian dia ada sediakan drink ni.
Sangat sedap.

So aku tanya la geng cina opis aku, Si Simon ni ajarlah aku cara masak drink ni.
Campur-campur aku google jugak langkah kerja dia.

Bahan yang diperlukan : (Aku sertakan sekali gambar agar kalian tak teraba-raba nak cari bahan kalau nak buat.)

1. Rock Sugar / Gula Batu


Sources : Google
Cari yang berwarna kuning. Gula batu ada yang putih ada yang kuning. aku recommendkan amik yang kuning. Aku guna 3 ketul dan 150 gram la. Kena pandai agak-agak la kemanisan dia. Jangan manis sangat sebab longan nanti manis.

2. Dried Longan / Longan kering


Ni yang aku beli kat NSK



Sources : Google

Aku letak longan banyak sikit berbanding red dates. Sebab longan bestttt.. hehehe. aci ke macam tu? heee..



3. Dried Red dates/ Kurma Merah kering 

Red dates


Ni yang aku beli kat NSK. Guna sikit jer. banyak lagi lebih


4. Sea Coconut / Kelapa laut



Sources : Google

5. White Fungus


Sources : Google.

Aku guna dalam 4 ketul je. Direndam.



5. Air
Gunakan 3-4 cawan 


Langkah kerja :
1. Rendamkan white fungus dalam 30 minit. Buang yang kuning-kuning sebab keras.
2. Rendam red dates and longan kering dalam 15 minit.
3. Panaskan air. masukkan gula batu. Pastikan api slow.
4. Masukkan white fungus,red dates dan longan kering. Renehkan dengan api slow sehingga longan kembang.
5. Tutup api, dan masukkan sea coconut bila nak makan, barulah rangup sikit sea cocunut tu.



Masa mula masak. Longan tak kembang lagi

Semua bahan yang kembang dan sebati.

Siap untuk diminum.
Boleh minum panas ataupun sejuk.



Bye.
XoXO

7 comments:

  1. minuman ni boelh wat sejuk badan. memang sedap. tp banyak bahan ni.

    ReplyDelete
  2. lyaa: nak mempelbagaikan menu..hihik..

    petak bunga : bahan banyak tapi murah budget..

    ReplyDelete
  3. mcm lai chee kang pon ade..
    sdap mnom sejok2..

    ReplyDelete
  4. banyak khasiat air ni...
    tgh sakit tekak ni..elok sgt minum air gini. kena try secepat mungkin ni. hihi. tq share recipe.

    ReplyDelete
  5. kite suke air bij kembang semangkuk campur bijik selaseh camput gula batu campur sirap dapppp sgt!! nk try resepi hani ;)

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo