Hai semua...
Sebelum tinggalkan rumah sewa ni, kena la sematkan kenangan dulu baru lah boleh jadikan ubat di kala rindu-rinduan kat dapur rumah sewa ni...
Rumah di dapur dia memanjang dan penuh dengan tingkap. Kitchen cabinet dia ada lubang sebab bekas owner letak kitchen hood. Aku pulak guna dapur biasa jer pun... Dapur zaman bujang dulu...
Kabinet Dapur kat rumah ni aku tak guna.. Sebab lipas selalu masuk dan berbau kayu..
Rumah ni frame tingkap banyak dah reput sebab kena hujan. Area tingkap sini takde awning...
Kalau hujan kuat memang tempias habis...Tu pun aku dengan suami gigih jugak tampal benteng (aluminium foil) kat sekitar dapur gas tu....
Mana aku simpan semua pinggan mangkuk dan periuk belanga aku?
Nah sini.
Ini rak satu
Rak 1;
Tingkat 1 : Cawan + bekas sudu
Tingkat 2 : pinggan,mangkuk
Tingkat 3 : Set periuk, mangkuk besar, blander
Tingkat 4 : Talam + Bekas kukus (Set dari rice cooker)
Rak ni aku beli dulu hanyalah RM29.90 kat Giant Seksyen 7 Shah Alam. Ni beli masa bujang dulu.
Ini rak dua
Rak 2:Tingkat 1 : Stok bahan minuman (milo, kopi, teh, gula), meggi, gula-gula, roti
Tingkat 2 : Stok bahan kering + sikit bekas tipuware.
Tingkat 3 : Bekas Tipuware dan bekas aiskrim
Tingkat 4 : Bekas Tipuware Besar + Bekas minuman dan botol yang jarang guna.
Rak ni baru beli lepas kawen dalam bulan Ogos tahun lepas harga RM39.90 dah. Cepat betul naik harga kan.
Untuk small counter bar tu aku letak bekas air masak dan heater.
Atas kitchen top kecik ni aku letak stok bekas, rice cooker and blender.
Sini jadi tempat bancuh air.
Jadi tempat letak air masak dan tempat panaskan air guna heater.
Nak angkut lauk pun senang ikut sini
Psst : Kalau dapat dapur comel lagi besttt. Tak sabar nak pindah rumah lain pulak.
Ok. Bye
Very organize pn hani kite.
ReplyDeletekemas jer yer.. :)
ReplyDeletehuhu details ^^
ReplyDeleteJeles ngn org suke kemas2 ni...bila lah nak jadi mcm ni...*down*
ReplyDeletekemas, tersusun dan efektif tercapai! :))
ReplyDeletesalam cik hani... akak suke tengok awak gantung periuk mcm tu.. baru dapat idea camner nak simpan periuk2 akak tu...
ReplyDeletetgk sini mesti ada benda yg dikemas...suka ar mcm ni...
ReplyDeletejom singgah sini
http://fazianbatrisyia.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-from-ciksu.html