Selamat Tinggal Rumah Selayang

Assalamualaikum...
Haiii...


Hari ni dah 3 hari stay kat rumah baru...
Betul-betul stay rasanya adalah sehari sebelum puasa.

30 June 2014 bagi semua kunci kat owner dan dapat balik deposit (90%)
10% lagi owner akan bank in kalau takde tunggakan apa-apa bil lagi.




Last week suami tolong iklankan rumah ni untuk dapatkan penyewa baru.
Owner rumah ni busy katanya, so mintak suami iklankan.
Nasib baik suami aku jenis suka membantu.
Kalau aku, aku bengap sikit bab iklan-iklan kat mudah ni.

Sehari dua lepas iklan dah dapat penyewa baru.
Siap view rumah lagi.
And now dah confirm masuk.

Penyewa baru pun dah start masuk 1 July hari tu. Pasangan suami isteri jugak.
Berbahagialah kalian di sana yer...

SELAMAT TINGGAL RUMAH SELAYANG

Bilik Utama
Gigih aku sapu carpet ni sebab takde vacuum
Owner baru nak masuk tak payah nak kemas sangat.
Just tinggal sarang labah-labah sikit kat hujung syiling yang aku tak mampu capai dengan penyapu.

Bilik Kedua a.k.a Stor aku
Pun dah siap sapu bersih-bersih dan tinggalkan tikar getah sekali.
Nanti senang penyewa baru nak duduk.
Lagipun rumah baru aku dah full tiling

Dapur.
Dah siap cuci, sapu mop bagai.
Kat lantai simen, aku siap potong tikar getah dan letak sini untuk  penyewa baru
Dulunya guna carpet yang tuan rumah tinggal

Ruang Tamu tersayang


Tinggal rak TV dan meja jahit aku yang pink kuning tu.
Nak buang, tapi penyewa baru tak kisah kalau kami tinggalkan sebab dorang boleh guna katanya.
Suami aku dah offer siap-siap nak bawak turun bawak ke tong sampah.
Langsir kami tinggal at least penyewa boleh guna sementara pasang langsir dia sendiri

Rumah yang penuh dengan kenangan.
Rumah pertama kami selepas kawen.
Rumah yang paling murah kami survey dulu dan berkeadaan ok.

Rumah yang menyaksikan suka duka kami sebagai suami isteri.
Rumah tempat duk bergurau senda, gelak tawa, nangis duka bagai

Rumah yang mana suami suka membantu di dapur.
Rumah yang mana suami suka tertayang-tayang ke hulu ke hilir dengan tuala sebelum mandi
Rumah mana yang isteri merajuk sembunyi dalam bilik...
Rumah yang mana suami sangat risau bila isteri ditinggalkan kerana outstation

RUMAH NI TETAP KAMI KENANG..


Psst : Pasti rindu rumah ni nanti. 

Ok.Bye
XoXO

5 comments:

  1. Selamat masuk rumah baru Hani..

    Bagus hani tinggalkan dengan bersih rumah tu :)

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan hani. wah kemas hani tinggalkan umah. banyak kenangan umah lama tu kan..

    ReplyDelete
  3. sedeih pulak.. huhu..
    xpe.. nt byk lg kenangan kat umh baru..
    =)

    ReplyDelete
  4. baik sgt.. kemas2 dulu rumah sebelum tinggal.

    ReplyDelete
  5. sedey plak baca entry ni..yer la...tampat bermulanya hidup suka duka suami isteri kan...xpe nati buka lembaran baru di rumah baru pulak ye hani!

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo