Frame pintu dah dicat.. terasa comel

Assalamualaikum...
Hai semua....


Alhamdulillah frame pintu dah siap tukar dan bercat....
Berzaman nak boleh siapkan pintu ni...
Macam projek besar....Macam makan juta-juta tender. hehehe.
Ok,....Lepas ni tinggal nak cat dinding la pulak.
Tu pun tah bila la nak siap cat hehehe..
Mahu makan 2tahun pulak baru siap.

Buat sendiri dan buat sikit-sikit time weekend, tu yang lambat.
Belum kira kalau weekend ada hal ke ape ke..Keluar berjimba ke...

Semua frame pintu bilik dah di touch up dan dicat seiras warna asal.
Jom, lawat tapak:


Gambar di ambil sejurus siap cat.
Tape pun tak tanggalkan lagi.
Comot sikit.
banyak cat simen (dinding putih) dah terkopek.
nak kena cat sekali lagi untuk dinding simen

Bilik ketiga.
Frame je dicat.
Pintu warna asal, nampak sama kan?



Frame pintu bilik utama.
Alhamdulillah.. Siap akhirnya

Gambar bawah masa kerja kerja baikpulih:

Bilik ketiga.


Frame ni kecik. So kena tambah kayu tambahan saiz 1 inci X 2 inci
Nampak tak kayu tambahan tu?
Sebab kami guna frame terpakai sebab tu saiz tak ngam dengan frame asal.
Kalau beli sendiri, boleh mintak saiz sama ukuran dengan pintu asal rumah, so tak payah tambah kayu 1 inci X 2 inci tu.


Sebelum di cat pintu bilik utama


Pintu bilik kedua sebelum di cat

Ni antara barang yang kami guna untuk touch up:

Cat dan thinner

cat kayu yang kami gunakan untuk cat frame
Ni jenis Gloss Kilat.
Cantek dan puas hati la.
RM30 macam tu suami aku beli
Nak guna, kena tambah thinner tau

Wood Filler Teak
Sources : Google

Wood Filler / Wood Putty 
Untuk tutup lubang akibat paku
atau untuk tutup rongga kayu yang cacat sebelum di cat
RM12 beli kat hardware

Jimat kos bila suami buat sendirik.
So terbuktilah yang suami mampu DIY tukar frame pintu, walaupun pada awalnya isteri tak berapa nak yakin. 
Ni kalau upah orang mesti makan ribu jugak ni sebab tiga frame pintu.

Entry pasal frame di sini:





Ok. bye

Kain Sample

Assalamualaikum...


Ada banyak kain sample yang company nak buang.
Dah tak guna dan menyemak jer.
Nak DIY pun tak sure lagi nak buat pe.




Aku ingat nak buat bed head.
Cantum-cantum



Ok. Bye

Aku seorang PCOS.

Assalamualaikum... 



PCOS ni ialah POLYCISTIC OVARIAN SYNDROME.

Ataupun dalam bahasa mudah "masalah reproduksi yang terjadi daripada ketidakstabilan hormon yang membuatkan kitaran haid tak tentu ataupun sympton lain yang melambatkan/menyukarkan untuk hamil"

Ye.. Aku memang ada masalah kitaran haid tak tentu dan tak tetap.
Kadang-kadang sebulan sekali, kadang-kadang dua bulan sekali.
Tapi takde la sampai tahap 6 bulan period tak hinggap kat aku.
Tu macam melampau kan... Kadang-kadang tiap bulan datang, tapi bila stress sikit mula la delay sampai dua bulan.

Aku memang disahkan PCOS masa check kat Columbia Asia Hospital last year.


Perbezaan PCOS & normal ovari


Masa doktor scan rahim aku memang sebijik macam gambar atas ni apa yang aku nampak kat screen.
Ye.. aku memang penghidap PCOS.
Balik rumah terus google what is PCOS.. tak menyaborrr sangat okeh..


Ni serba sedikit apa yang aku paham dari pembacaan aku kat internet dan buku:
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung adalah pengidap PCOS ini. (Macam betul jer..sebab aku memang period tak teratur. kadang kadang tak pernah miss period..kadang-kadang ada sebulan yang miss..kadang-kadang tak lancar period.)
  • Sehingga sekarang, punca PCOS masih tak diketahui sepenuhnya dan research sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ianya terjadi. Banyak sumber di internet masih belum mengetahui punca sepenuhnya.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya (Polycystic Ovari (beberapa cyst dalam ovari) dan berat badan yang berlebihan . (Dalam case ni, berat badan aku normal masa aku g check last year. Tapi this year berat badan aku naik mendadak tapi masih terkawal dan tak dikategori obesiti.)



Contoh cyst dalam ovari PCOS

  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tak kira kaum dan budaya. Ada pendapat menyatakan ia kerap terjadi dikalangan sanak saudara tapi bukan penyakit keturunan. Ada pendapat menyatakan salah satu punca penyakit PCOS adalah cacat baka / genetic - dimana gene yang mengawal hormon subur adalah cacat sejak lahir. Tidak ada rawatan untuk membetulkan kecacatan genetic ini.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza beza diantara satu sama lain. (Setengah wanita tak tetap period, ada yang tetap period. ada yang obesiti, ada yang tak)
  • Ada pendapat yang menyatakan rambut gugur dan tumbuh bulu di sekitar bibir adalah satu simpton. (Aku perasan start 2012, rambut aku banyak gugur. time tu risau gila aku). Tahap hormon androgen yang tinggi (terlebih hormon lelaki dan berbulu lebat). Aku memang ada bulu bulu nipis tepi bibir. Jepp Sepah cakap biasa la ada bulu bulu tepi bibir sikit..baru suwet..huhu)

Aku ada check tiub fallapio sekali hari tu kat Columbia Asia.. 

Mahal sikit la sebab swasta kan.
Doktor cakap " Hormon awak tak stabil, Awak ada telur...tapi kecik-kecik.. telur ni tak jadi matang besar untuk jadi benih baik dan menjadi anak. Sepatutnya awak kena ada telur satu tapi besar dan matang, barulah boleh jadi benih untuk dapat anak" "Tiub fallapio awak ok, tak tersumbat"

Doktor cakap "hanya 7% peluang mengandung. Tapi tu semua dengan izin Allah" 


Setakat ni rawatan PCOS ni bergantung kepada pesakit samada dorang berhasrat untuk hamil atau tidak. Rawatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Korang boleh klik link bwah tu kalau nak cara details untuk rawatan PCOS atau pencegahannya :

http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/04/pcos-sukar-dirawat.html

http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/03/prosedur-suntikan-benih-suami-iui.html

Dr Hamid Arshat ni glemer dalam bidang ni. Ramai yang berjaya hamil dengan Izin Allah lepas dapatkan rawatan kat klinik ni. Kita berusaha kan, Allah tentukan..

Aku pun ada tanya hari tu, ko tahu ramai betul orang nak dapatkan rawatan kat sana. Kena queue turn untuk appointment. Masa aku tanya tu, free dalam January 2015. Time tu dah lama la aku tanya, Tapi tak tanya details la.. Mungkin January 2015 untuk operation ke apa ke kan..

Aku rasa takde la sendu sangat jadi seorang PCOS.. Sebab ni isu biasa dalam kalangan kite orang pempuan ni.. Kena banyakkan exercise, makan makanan berkhasiat, kawal stress..

Tapi tu la.. Aku malas nk aktif, baik baring tengok movie sambil makan eskrim..
Ok. INSAF

Psst : Dalam dunia blogger ni, ramai je yang ada PCOS.. So takde la aku bersendirian meratapi kekurangan dan kesusahan ni.. Boleh share-share kan..ok. Women dont Cry-cry..


Ok. Bye

Suami jejak dapur

Assalamualaikum...


Biarlah tak pandai masak beriani pun.
Biarlah tak pandai masak mee sup..
Biarlah tak pandai masak kari kambing pun..

Janji rajin jejak dapur..

BIARPUN tangan tak lekang dari pegang tab semata mata sebab KOMIK MANGA ONLINE..


Jangan lauk jadi KARTUN sudah la..

Ok. Bye

Moto bocor lepas pindah rumah

Assalamualaikum...


Takkan lupa apa yang berlaku hari ni.. Motor pancit kat setia alam masa on the way balik rumah tadi lepas kerja. Suami amik kerja dalam pukul 6.30 pm. Hari ni agak lewat balik sebab ada hal. On the way balik dah sampai lepas tol setia alam dengar bunyi meletup, aku sekilasjenguk ke belakang... Nothing.

Teruskan perjalanan, kemudian suami menghampiri bahu jalan, moto pancit. Nasib baik tak laju.. Aku masa tu dah gabra, jauh ni kalau nak jalan. Kat setia alam macam takde kedai moto.
Paling dekat Meru la kot. Dan aku rasa kalau dari setia alam jalan kaki ke meru,
konpemm memang kompen aku boleh kurus macam didy alias...atau mungkin bini popeye..

So,menapak la kami berdua dalam 200 meter, pastu nampak la macam kereta rosak tepi jalan duk bagi dabel signal. Dari jauh aku nampak perempuan ada duk atas penghadang jalan yang besi tu..

Isteri : kereta tu nak tolong kita kot ..
Suami : kereta rosak tu.
Isteri : mana tahu dia nak tolong kite ke. Mana tahu dia akan cakap moto rosak ke bang..
Suami : kereta dia rosak kot.

Aku pulak termakan kata suami aku, mungkin betul kereta dia pun tengah rosak. Lagi kesian kat dia, sorang sorang tunggu kereta tepi jalan. Lagi bahaya kot. Pikir aku kalau akak tu pun kereta rosak, kami nak tunggu dengan dia tepi jalan. Temankan dia jugak kalau dia sorang sorang, perempuan. Bahaya kot kalau tinggal sorang. Lagipun mana tahu kalau dia pun tengah tunggu pertolongan  boleh kami tumpang sekali kan, huhuhu..

Bila makin dekat dengan kereta tu, akak tu hampiri kami dan bercakap sesuatu. Dalam hati aku, mungkin dia pun perlukan pertolongan...

Akak : moto rosak ke cik? Balik mana? Boleh saya tumpangkan naik belakang kereta saya.
Suami : bocor kak. Boleh ke kak? Terima kasih tolong kami..
Akak : takpe.. Dah biasa tolong..

Akak tu naik ford ala ala storm tu. Yang ada ruang belakang untuk letak moto. Akak tu dengan husband dia dan sorang lagi kawan dia kot. Dia nak balik bukit kapar. Satu jalan dengan kami jugak la. So kami mintakkan tolong hantar ke rumah terus. Dalam kereta sembang lah kami isu moto la,isu perjalanan ke tempat kerja la, isu rumah la,isu kerja la... Opss.. Akak tu orang ganu jugak rupanya.

Alhamdulillah, sampai rumah pukul 8.00 malam.

Terpikir sejenak kami, masih ada yang membantu. Akak tu cakap dorang pun ada pengalaman tolak moto. Banyak kali pulak tu. So dorang sangat paham dan dapat rasa jika tengok orang tolak moto. Sebab tu dorang sangat membantu.

Terima kasih banyak banyak untuk mereka. Semoga Allah saja yg dapat membalasnya. Aku doakan Allah permudahkan urusan mereka dan murah rezeki mereka.

Cepat cepat buka FB mereka tengok page mereka. Mereka ada bisnes dan geng team vespa and skuters.

Mungkin sebab kita suka tolong orang, Allah pun hantar orang lain untuk tolong kita jugak. Suami biasa tolong orang tolak atau tunda moto yang guna kaki tu. Nak tolong duit mungkin tak mampu kan...

Terima kasih kat suami untuk hidang makan malam tadi. 
Isteri mengadu sakit kaki..hahaha
Tapi takde kurus macam bini popeye..

Ok. Bye
XoXO

Resepi : Fritter Potato resepi mudah

Assalamualaikum... Guten Tag ...


Bila tak tahu nak masak apa, mula la google menu mudah. Tup tup teringat pasal fritter potato yg pernah jadi viral hari tu kat blog dan facebook.

Fritter potato.

Bahan- bahan:

3 biji kentang ~ di sagat/dihiris halus
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum 
1 biji telur
Daun bawang atau daun sup - dihiris
1 tangkai cili merah 
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

Cara - cara : Gaul semua bahan sekaligus. 
Panaskan minyak. Bentukkan leper potato tu dan goreng.
Mudah kan... 



Bahan yang dah di campur


Gorengkan. Api jangan terlalu kuat.



Tos minyak
Terliur tengok ni.



Suami masak mee singapore versi daging




Psst : aku suka kalau tepung tak letak banyak, so lagi rasa dia punya kentang. Macam harshbrown gitu.. kalau banyak tepung rasa macam cekodok la..

Ok. Bye

Lenovo Tab 10 inci VS 13 inci

Assalamualaikum... 


Sekarang kan aku guna Tab Lenovo Yoga 10 inci...
Walaupun niat utama nak beli Lenovo Tab Yoga 13 inci...
Tapi oleh kerana yang 13 inci (sama besar dengan laptop) tak de di pasaran Malaysia time aku beli tu, so aku batalkan jer niat aku....


Tapi kalau still nak beli yang 13 inci tu kena order dari luar Malaysia la time tu. Aku taknak take risk la, taknak kalau ada rosak nanti takde warranty.

Yang 13 inci tu ada projector kat sisi butang on tu.

lenovoyogatablet2pro1

Super-sized 13-inch tablet called the Yoga Tablet 2 Pro. 
Hehehe..Comel kan..
Eh.. walaupun besar gedabak tapi comel sebab dia nipis.
Skrin je besar macam laptop


Ciri-ciri :
  • 1.86GHz Intel Atom Z3745 processor .
  • 32GB of storage, expandable to 64GB via Micro USB. 
  • Android v4.4 KitKat
  • battery life of 15 hours
  • 4G capabilities.
  • QHD 2560 x 1440 display
  • Stand, Tilt, and Hold positions,
  • as well as the new Hang position that lets you use the hole in the tablet’s kickstand to turn the device into a suspended screen.
  • Pico projector ada 40-50 lumen, 854 x 480 resolution display boleh capai sehingga 16:9 high resolution imej kat apa apa permukaan tak kira dinding pun. So, akan hasilkan skrin pancaran sehingga 50-inch viewing screen. Senang kalau student guna nak bentang kertas kerja kan.
Ada banyak lagi ciri-ciri tapi aku tak rasa penting pun nak review yang tu.huhuhuk


lenovoyogatablet2pro_pico2

So, saiz skrin lagi besar la sebab 13 inci.
Senang nak hold sebab "handy mode" kan..
Yang hebatnya ada projector-pico.
So senang la kalau nak present apa2 kat permukaan dinding pun boleh.


lenovoyogatablet2pro_kickst

New Hang feature,
Ada hole kat kaki flipper tab ni.
Senang nak gantung kalau nak tengok movie or video ke kan.
So, boleh jadi alat untuk family entertainment sesama la kalau kat rumah kan.
Comel sangat suasana tu

Aku punye friend yang pakai ni beli kat China,
dia cakap dia gantung tab ni kat car seat.
anak dia duk belakang tab macam tengok TV.
Hebat sungguh budak zaman sekarang.
Dah memang budak sekarang membesar dengan kecanggihan kan..


lenovoyogatablet2pro_pico1
Projecktor ni boleh tahan sampai 3 jam kalau ikutkan untuk single charge. Means sekali charge boleh tahan 3 jam kalau pasang projector.
Psst : Aku ada yang biasa pun dah syukur.
ok. Bye

Review : Lenova Tab 10 inchi.

Assalamualaikum... 

Ni kali pertama dalam hidup aku pakai tab. Hendphone pun takde yang canggih bagai tu..
Memandangkan hampir 2 tahun dah laptop aku di curi, aku cuma boleh update blog guna PC opis.
Tu pun time rehat jer and then aku akan scheduled it to publish. 
Selain tu menumpang laptop suami time suami tak busy guna laptop dia.

Kalau setakat nak blog walking, aku guna tepon kecik aku tu jer. 

Dah lama niat nak beli tab. Aku target nak beli samsung jer pun sebelum ni, sebab mana la tahu pasal brand lain kan.. Hahahaha.. Sebab samsung kan macam glemer sikit kan sekarang selain Iphone and Ipad.

Nak amik ipad den tak mampu.

Tup-tup..
Tadaaaa..

Lenova Tab 10 inch.
Beli Lenovo Tab jer..



View Full Size
Harga masa beli RM1299.
Tak termasuk aksesori dekorasi kalau geng-geng perempuan nak tambah comel-comel

Beli kat Subang Direct-D jer.


Sources: Google

Review aku setakat ni.

1. Ok la.. Boleh guna la..
2. Berat sikit la.
3. Puas hati dengan screen dia yang besar

Ni antara speksifikasi dia yang sempat aku cari dalam internet, dalam bahasa Indonesia lagi.hehehee:

UMUM
Jaringan 2G
GSM 900 / 1800 / 1900
Jaringan 3G
HSDPA 900 / 2100
Jaringan 4G
SIM
Micro-SIM
Di Umumkan
Oktober 2013
Di Release
November 2013
Pilihan Warna
Gray
DIMENSI
Ukuran
261 x 180 x 8.1 mm
Berat
  • 605 g
  • Built-in 3-stage kickstand
LAYAR
Ukuran
1280 x 800 pixels, 10.1 inches (~149 ppi pixel density)
Tipe
IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Fitur
Multitouch
SUARA
Tipe Ringtone
  • Vibration
  • Polyphonic
  • MP3 ringtones
Lainnya
  • Loudspeaker
  • 3.5mm jack
  • Dolby Digital Plus sound enhancement
KAPASITAS
Internal
16/32 GB
Eksternal
microSD, up to 64 GB
CONNECTION
GPRS
Yes
EDGE
Yes
Kecepatan
HSPA+
Wifi
Wi-Fi 802.11 b/g/n
Bluetooth
Yes, v4.0
InfraRed
USB
Yes, microUSB v2.0, USB On-the-go
NFC
KAMERA
Belakang
5 MP, 2592 x 1936 pixels
Fitur
Depan
Yes, 1.6 MP
Video
Yes
KINERJA
OS
Android OS, v4.2 (Jelly Bean)
Chipset
Mediatek MT8125
CPU
Quad-core 1.2 GHz Cortex-A7
GPU
PowerVR SGX544
RAM
1 GB
Sensor
Accelerometer, compass
FITUR
Pesan
SMS(threaded view), MMS, Email, Push Email, IM
Browser
HTML
GPS
Yes, with A-GPS support
Radio
No
Java
Yes, via Java MIDP emulator
Fitur Lain
  • SNS integration
  • MP3/WAV/WMA/AAC player
  • MP4/H.264/H.263 player
  • Document viewer
  • Photo viewer/editor
  • Organizer
  • Predictive text input
BATERI
Tipe
Non-removable Li-Ion 9000 mAh battery
Siag
Bicara
(2G) / Up to 18 h (3G)

Kelebihan : 


New Yoga Tab 10 inci ni boleh berdiri tanpa ada cover sokongan.
Means korang tak payah beli cover pun takpe, Still boleh dirikan masa nak main tab ni.


Bateri silinder dia di sisi tab ni sedap pegang macam pegang kamera, senang nak pegang walaupun guna sebelah tangan.
Feeling macam setiausaha gitu duk schedule jadual boas yang busy kan..
Tapi dia berat..


Ni la kaki dia.
Yang boleh buka masa nak dirikan tab.
So tak perlu lagi sokongan tambahan/props bagai tuh.


Tab 10 inci ni ada  front-facing speakers.
Tengok video sedap sikit sebab dengar clear.


Button Power ada kat tepi ni.
Ada jugak micro USB port untuk charger.
Tilt Mode offers between 110 to 135 degrees
Walaupun tab yang 8 inci lagi senang nak pegang dan handle.
Tapi tab yang 10 inci sesuai untuk kita yang suka kan skrin besar.


View Full Size
Stand Mode
Sesuai untuk tengok video


View Full Size
This is also what Lenovo calls “Hold mode”.




Bad Mood tak de?? hehehe

Sepanjang aku guna bateri dia memang tahan la.
Mungkin sebab aku just online untuk blog and cari maklumat sikit-sikit jer.
Kalau boring, baru tengok video dalam tab ni.



Tablet ni ada  aluminum chassis, berat dia pulak anggaran 600g .

Lenovo Yoga Tablet 10 review
View Stand Mode dari belakang
Sim Card place ada kat belakang ni.

Aku tambah lagi 32 GB memory card.
kasi kaw-kaw gitu 
ram 1RAM pun kira ok la..
Macam tab lain lenovo ni pun ada camera belakang dan depan
Camera depan 1.6MP HD camera.
Ok la picture dia. Takde la cantek sangat. ok ok jer.
lagipun takde la nak giler selpie aku ni
Camera belakang 5MP shooter. Gambar pun clear je la



Cover dia aku dapat yang macam ni la lebih kurang.


Psst : gigih kumpul duit nak beli ni dulu...
Sekarang tiap malam online guna tab la.. 
Aku pakai pakej celcom yang RM68 sebulan.



Ok. Bye