Takkan lupa apa yang berlaku hari ni.. Motor pancit kat setia alam masa on the way balik rumah tadi lepas kerja. Suami amik kerja dalam pukul 6.30 pm. Hari ni agak lewat balik sebab ada hal. On the way balik dah sampai lepas tol setia alam dengar bunyi meletup, aku sekilasjenguk ke belakang... Nothing.
Teruskan perjalanan, kemudian suami menghampiri bahu jalan, moto pancit. Nasib baik tak laju.. Aku masa tu dah gabra, jauh ni kalau nak jalan. Kat setia alam macam takde kedai moto.
Paling dekat Meru la kot. Dan aku rasa kalau dari setia alam jalan kaki ke meru,
konpemm memang kompen aku boleh kurus macam didy alias...atau mungkin bini popeye..
So,menapak la kami berdua dalam 200 meter, pastu nampak la macam kereta rosak tepi jalan duk bagi dabel signal. Dari jauh aku nampak perempuan ada duk atas penghadang jalan yang besi tu..
Isteri : kereta tu nak tolong kita kot ..
Suami : kereta rosak tu.
Isteri : mana tahu dia nak tolong kite ke. Mana tahu dia akan cakap moto rosak ke bang..
Suami : kereta dia rosak kot.
Aku pulak termakan kata suami aku, mungkin betul kereta dia pun tengah rosak. Lagi kesian kat dia, sorang sorang tunggu kereta tepi jalan. Lagi bahaya kot. Pikir aku kalau akak tu pun kereta rosak, kami nak tunggu dengan dia tepi jalan. Temankan dia jugak kalau dia sorang sorang, perempuan. Bahaya kot kalau tinggal sorang. Lagipun mana tahu kalau dia pun tengah tunggu pertolongan boleh kami tumpang sekali kan, huhuhu..
Bila makin dekat dengan kereta tu, akak tu hampiri kami dan bercakap sesuatu. Dalam hati aku, mungkin dia pun perlukan pertolongan...
Akak : moto rosak ke cik? Balik mana? Boleh saya tumpangkan naik belakang kereta saya.
Suami : bocor kak. Boleh ke kak? Terima kasih tolong kami..
Akak : takpe.. Dah biasa tolong..
Akak tu naik ford ala ala storm tu. Yang ada ruang belakang untuk letak moto. Akak tu dengan husband dia dan sorang lagi kawan dia kot. Dia nak balik bukit kapar. Satu jalan dengan kami jugak la. So kami mintakkan tolong hantar ke rumah terus. Dalam kereta sembang lah kami isu moto la,isu perjalanan ke tempat kerja la, isu rumah la,isu kerja la... Opss.. Akak tu orang ganu jugak rupanya.
Alhamdulillah, sampai rumah pukul 8.00 malam.
Terpikir sejenak kami, masih ada yang membantu. Akak tu cakap dorang pun ada pengalaman tolak moto. Banyak kali pulak tu. So dorang sangat paham dan dapat rasa jika tengok orang tolak moto. Sebab tu dorang sangat membantu.
Terima kasih banyak banyak untuk mereka. Semoga Allah saja yg dapat membalasnya. Aku doakan Allah permudahkan urusan mereka dan murah rezeki mereka.
Cepat cepat buka FB mereka tengok page mereka. Mereka ada bisnes dan geng team vespa and skuters.
Mungkin sebab kita suka tolong orang, Allah pun hantar orang lain untuk tolong kita jugak. Suami biasa tolong orang tolak atau tunda moto yang guna kaki tu. Nak tolong duit mungkin tak mampu kan...
Terima kasih kat suami untuk hidang makan malam tadi.
Isteri mengadu sakit kaki..hahaha
Tapi takde kurus macam bini popeye..
Ok. Bye
XoXO
buat baik dibalas baik..
ReplyDelete=)
awk suami isteri mmg baik..
sbb 2 ade org sudi tlg awk..
Alhamdulillah, tetiba rasa sebak, kalau ada org yg tlg kita semasa susah...
ReplyDeleteSaya biasa jln kaki tolak motor dgn arwah ayah masa sek men dulu, huhu.