Assalamualaikum...
Hai Semua...
Resepi ni diambil dari Facebook.
Ataupun dari sumber ni ; http://sajiankasih.blogspot.my/2015/06/samprit-dahlia-paling-sedap.html
SEMPERIT SUSU
Bahan-bahan :
250g buttercup
50g gula castor
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna - kalau nak jadikan semperit warna-warni
Cara-caranya:
1. Pukul guna mixer GULA + BUTTER.
2. Masukkan SUSU + ESEN VANILLA. Pukul lagi
3. TEPUNG JAGUNG + TEPUNG KASTARD diayak dan masukkan dalam adunan tadi. Gaul guna tangan sehingga menajdi doh. Doh ketika ini sangat lembut. Jangan risau, memang doh lembut. Kalau doh keras, maksudnya kita dah salah sukatan/salah bahan.
4. Bahagikan doh kepada DUA bahagian. Biarakn 1 bahagian doh dengan warna asal. 1 bahagian lagi letakkan PEWARNA kesukaan. Sentiasa TUTUP DOH dengan kain lembap, agar doh tak keras.
5. Bentukkan semperit atas dulang menggunakan acuan. Gris sedikit dulang dengan butter.
6. Bakar suhu 160°c selama 15 - 20 mnt ikut kesesuaian oven masing2. Guna api ats dn bwh
Remarks : Selalu tutup doh dengan kain lembap selagi tak habis tekan acuan ke dalam dulang.
Psst : Next time aku nk tekap guna acuan je,, malas nak guna acuan yang tekan tu.. Sakit jari
Ok. Bye
No comments:
Post a Comment
mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..
XoXo