Hai...
Hari ni nak share sikit perkongsian pasal susun atur cadar, sarung bantal dan langsir...
Rumah aku ada 3 jenis saiz tilam (King, Queen, Super Single)
Dan 2 jenis langsir (Tingkap Bilik & Sliding Door).
Tips yang aku gunakan dalam susunatur Cadar, Sarung Bantal &Langsir.
1. Susun Ikut Kategori
Cadar yang berset dengan sarung bantal, aku lipatkan sekali.
Contohnya : Cadar Queen Hello Kitty + sarung bantal Hello Kitty. So jadi satu set dan lipat comel-comel.
Result : Senang nak cari set cadarnya. Bila amik cadar, terus ada sarung bantalnya sekaligus...
2. Susun Cadar Ikut Bilik/Saiz Tilam.
Contohnya : Bilik Utama aku gunakan cadar King, maka semua cadar king aku letakkan dalam almari bilik utama.
Result : Sesiapa yang guna bilik utama, cadarnya hanya berada dalam almari di bilik utama. Bukannya di biilik kedua mahupun ketiga.
3. Susun sekaligus, tetapi berlainan Saiz cadar.
Jika, korang ada satu almari je untuk kesemua cadar, asingkan cadar ikut saiz nya.
Contohnya : Cadar King bersebelahan dengan Cadar Queen and Single.
Result : Kita mudah capai nak amik cadar yang mana satu. Gunakan labelling untuk memudahkan tag nama. Orang lain jugak akan mudah untuk mencari cadar saiz pilihannya. So, dalam satu almari boleh diletakkan semua cadar dan senang untuk di kenalpasti.
4. Susun Langsir mengikut kegunaan/ ruang.
Contohnya: Untuk ruang bilik, letakkan asing dengan langsir ruang dapur. Kerana langsir ruang bilik mungkin kita boleh tukar-tukar guna dengan bilik lain.
Langsir dapur mungkin just fixed untuk kegunaan di dapur sahaja (memandangkan langsir dapur kadang2 ada kotor kalau kena minyak tapi tak dapat dibersihkan sempurna)
Result : Kita mudah tahu kegunaan setiap langsir.
5. Buang/ Sisihkan Cadar/langsir yang tak digunakan.
Contohnya: Cadar yang lama boleh digunakan/disarungkan jugak pada tilam. (Dilapik sebelum menggunakan cadar utama). Dengan ini, kita boleh jadikan double layer untuk cadar (jika suka) so tilam payah kotor kerana ada 2 lapisan cadar.
Langsir yang tak digunakan pula boleh dijadikan kain buruk. So, boleh menjimatkan ruang untuk penyimpanan. Selain tu, langsir atau sarung tilam yang tak digunakan semula boleh dikitar semua jadi alas kaki..
Result : Ruang penyimpanan sentiasa muat dan updated dengan latest barang yang kita perlukan sahaja.
6. Guna labelling untuk memudahkan.
Contohnya: Boleh gunakan untuk memudahkan kerja susunatur. Letak labelling pada almari penyimpanan atau pun pada rak.
Result : Kerja susunatur cadar dan langsir jadi lagi mudah dan seronok setiap kali nak kemas. Suami pun mudah nak cari barang.
7. Susunatur sarung bantal tanpa cadar.
Kadang - kadang, ada masa kita hanya membeli sarung bantal sahaja tanpa set cadar. So bila nak lipat sarung bantal ni, ianya tunggal tanpa cadar.
Contohnya : Cara aku ialah lipat semua sarung bantal tu dan masukkan dalam sarung bantal yang lain. Means, lipat sarung bantal A,B,C dan masukkan dalam sarung bantal D. So, setiap kali kita amik sarung bantal D, kita akan tengok ada semua sarung bantal lain dalam tu. (sarung yang memang takde cadar set)
Result : Mudah untuk kita amik sarung bantal tanpa usik cadar lain.
Macam aku, semua cadar &langsir, aku letak di bilik tetamu
(bilik utama kami jadi bilik tetamu).
So, kalau nak cari cadar dan langsir, aku terus ke bilik utama cari dalam cabinet itu sahaja (semua dalam tu). Senang!.
Dalam cabinet bilik tetamu ni jugak ada simpanan keperluan untuk tetamu seperti kain batik, kain pelekat, tuala dan kain batik.
So, kalau tatamu datang dalam bilik tu ada semuanya.. Duit je takde.. ahahahha (aku bukan jenis simpan duit bawah bantal...huhuuhu)..
Macam mak dan mak mertua aku, memang dah tahu cari keperluan dia kat situ.
Psst : Korang susun/simpan cadar/langsir macamane??? Share laa.. Jangan kedekut..
Kedekut kita tak sayang!!!
Assalam..
ReplyDeletesaya pun buat camtu jgk..senang nak cari kan sis..nak2 kalo tetiba tetamu ckp nak dtg rumah bermalam... so nak tukar sarung bantal ke cadar ke xde ler berpeluh2 cari satu2..hihi
lama betul tak singgah sini..kena baca previous entry lah mcm ni..huhu! saila betul2 ada masa saila jalan2 k
ReplyDeletekemas . Suka sangat
ReplyDeleteaku plak sume sumbat dlm storage box lepas tu letak dlm bilik solat.. haha..
ReplyDeleteaku pemalas sikit orgnye..
Lya main sumbat ja kat dlm bilik tidur lya hahaha asal kemas.x da tmpt khas lgi
ReplyDeletesalam singgah sini....Diana pun tak ada bilik khas untuk simpan barang2...sebab bilik ada 2 jak...sumbat jak dalam sebuah bekas dan letak kat dlm bilik sebelah...hihi
ReplyDelete