Mee Wantan Simple Jam 2 Pagi..

Assalamualaikum... Hai Semua...


Malam tadi suami masak meggi.
Rumah aku ni jaranggggg sangat beli meggi.
Since zaman belajar, aku jenis tak jadikan meggi as stok makanan wajib pun (as sesetengah student merasakan meggi tu wajib ada dalam loker kannn)..
Oleh kerana nak bersteamboat itu hari, makanya beli la satu pek..

Suami pelawa nak masak lebih kalau aku nak meggi.
Aku jual mahal cakap taknak makan..

Aku rasakan makan betik dan delima malam tadi tu dah menjadi ubat kenyang bagi makhluk seperti aku ni.

Pukul 12 lebih dah masuk baring dalam bilik main phone.
Suami kat luar masih siapkan kerja part time dia..
Pukul 1 lebih aku bangun, duk baring kat luar semula..
Mengomel cakap laparrr..
Tak sanggup nak menahan pedih perut..

Pastu tanya suami kalau aku masak mee wantan dia nak share makan tak sekali..
Perasaan macam nak share makan dengan suami
Gigih nak tipu perasaan sendiri .. hehehe


Mee Wantan ayam,


Resepi :
Mee Wantan sesanggul/seketul (mee wantan yang dipekkan bulat-bulat seketul-ketul tu).
Kicap Manis
Kicap Pekat
Kicap Cair 
Minyak Bijan.
Ayam 
** Aku tak sukat sukatan bahan, main letak jer)


Cara Masak:
1. Kalau gunakan ayam, ayam direbus sampai empuk. Pastikan air tinggal sikit.
2. Masukkan mee bagi lembut. Jangan masak terlalu lama.
3. Masukkan semua jenis kicap dan minyak bijan tu.
4. Siap.. Tak payah letak perasa garam gula dah. Sebab kicap manis dan kicap cair masim dah cukup.

** Kalau tak guna ayam (gantikan dengan bebola ke ape), letakkan kiub ayam sikit (aku letak suku je).


Malam tadi makan sorang, suami makan sikit je..Yang lain aku sapu bersih..
hahaha


Ok. Bye
XoXO

6 comments:

  1. Sally pun selalu pelbagaikan makanan...kalau manjang nmpk nasi boring jugak

    ReplyDelete
  2. ini kali pertama tgk resepi mee wantan ..menarik juga

    ReplyDelete
  3. teringin nak beli...selalu klu g market.. pegang pegang je mee wantan ni..sebab tak sure nak goreng cara camana....hehhehe

    ReplyDelete
  4. Klau da lpr lya mkn jer hhaha, x blh thn klau prut lpr

    ReplyDelete
  5. Dap dap dap. Akak selalu kalau makan kat luar cari mee wantan, tapi tak pernah masak sendiri lagi :)

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo