Menyelam dalam bundle : Seluar Floral RM5

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa jalan-jalan last week, ternampak la seluar comel berfloral warna kuning..
Tengok harga RM 5, kain cantek, warna pun tak pudar, tak nampak buruk langsung. Terus la grab.

Rasa kain dia jenis bergetah, tapi aku lupa nak check pinggang dia kain bergetah atau tak...



Bila try kat rumah,meroyan japppppppp...

Sebab tak padan kat pinggang, masa kat bundle takde try la pakai... 
Just ukur kat leher (feeling macam teknik orang dewasa selalu buat tu..teheeeeee :)

Sayang..sebab seluar ni memang best.. 
Kat pinggang tak de getah.. Huwarghhh.. 
Tak padan means tak leh la nak pakai langsung la melainkan nak kena alter

So, whatssap adik aku la..
Bagi dia je la..
Budak baru masuk U memang seronok la nak berfesyen.. Hehehe..
Jenis makhluk makan pun tak gemuk memang la haku hangiiiiiiin je tengokkk..


Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Suami dapat air cond 2.0 HP second hand

Assalamualaikum... Hai Semua...


Suami pergi company lama dia beberapa minggu lepas, Company tu nak tutup dan pindah, so dorang bagi free air cond 2.0HP kat suami aku..



Ingat nak letakkan kat ruang tamu je nanti, sebab ruang tamu besar dari bilik tidur.
Aircond dah free, letak je la kan..

Ntah bila nak pasang sebab kena kumpul duit untuk upah pasang dan cari air cond untuk bilik tidur jugak.. 

Korang pakai air cond berapa bil elektrik sebulan?
 Pasang air cond siang malam ke? Panas betul sekarang...
Tengah malam pun aku gi mandi lagi..Air cond ni dah jadi satu keperluan pulak kan..
Sebab rumah sekarang semua dah rumah batu, memang meruap-ruap panasnya..


Ok. Bye

Kain baju baru comel. Giler memborong kain untuk baju..

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sejak adik perempuan aku masuk kelas menjahit, aku sibuk la nak mintakkan dia jahit dress...
Sebab dia belajar fesyen jahitan dan baju pengantin...
Adik aku mahir jahit dress, jubah..
Tapi baju kurung, kebaya dan baju kurung pahang dia tak mahir sangat.


Ala-ala satin
Lavendar 
RM17 semeter. Bidang 60.
Aku nak buat jubah potongan atas.

Ni sample jubah potongan atas


Ni kain biasa.
RM6 semeter. Bidang 45.
Nak buat dress potongan pinggang.

Ni contoh yang adik aku jahit


Ala-ala macam ni pun cantek..

Kain bawah ni pulak TERkebetulan nampak cantek, kami TERrembat jugak. Padahal tak TERmasuk list pun sebelum ni.

Kain batek RM28.
Baju 2meter.
Seperately.
Beli kain dulu, pastu gi cari kain untuk match warna.


Suka benor dengan kain dia ni.
Comel.
Nampak hidup bunganya..
Teringin nak buat baju kelawar atau baju kebaya loose.

Cantek kan baju kelawar macam ni..
Dalam tu tambah lengan baru tak nampak aurat



Kebaya macam ni pun cantek kan..




Kain ni aku berkenang, tapi tak amik.
Cotton.
Berkenang dengan warna dan corak dia.

Psst: 4 pasang rembat kain.. hahaha.. dah lama tak buat baju.

Lain pulak rasanya bila borong 4 pasang kain. Selama ni paling banyak 2 pasang kain je (tahun 2011 masa mula-mula kerja dulu kat Sentul)

Lepas buat baju ni, mungkin tahun 2020 pulak baru buat baju lagi.. Hahaha..


Ok. Bye

Cuci Mata di IOI Putrajaya

Assalamualaikum U Gaisssssssss...


First time ke IOI Putrajaya...
Tu pun sebab kebetulan gi rumah kakak kat sana, terus la melencong ke IOI.
Mak oiii,, besar jugak IOI ni. Penat nak berjalan. 
Aku jarang ke area putrajaya and area2 sebelah sana...
Sebab jauhhhh dari rumah aku.....




Eh...jumpa plak laminate floor ni.
Dulu aku booking 2 warna untuk laminate (booking dengan Inovar)
Tapi sekarang aku dah cancelkan warna ni sebab bajet tak cukup.
Buat mana yang perlu dulu.
Kalau confirm nak tukar lantai ke laminate, nanti aku share dalam entry lain ye..



Suka la design kerusi ni..
Nampak cute.
Harga dalam RM160-180 rasanya untuk seketul kerusi ni..
Aku rasa kerusi macam ni boleh dapat lagi murah kat kedai perabot kalau ada design cam gini..


Skirt baru dari bundle. RM5. 
Sangat selesa.
Eh.. beg baru.. 

Eh...Nak jugak interprengggggg

Ok. Bye

Resepi : Churros Mudah dan Senang Bahan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Churros.

  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar butter

* Untuk satu adunan.

Cara 

  • air + garam + gula + butter didihkan dalam periuk/kuali.
  • kecilkan api masukkan tepung gandum. kacau laju kemudian tutup api. Kalau agak keras, letakkan air sikit demi sikit.
  • masukkan dalam piping bintang. Boleh nak piping atas tray dulu ataupun dalam minyak terus (masa masak)
  • panaskan api sederhana. Bila minyak panas, piping kan dalam tu goreng sampai sedikit kuning,.jangan lama sangat nanti ajdi maruku pulak
  • Boleh makan dengan letak gula + kulit kayu manis, ataupun makan dengan sos coklat.


Sos Coklat.

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 2 1/2 cawan air @ susu cair (aku guna air)
  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • 2 sudu besar majerin/minyak jagung (aku guna majerin)


Aku buat 2 adunan.
makan untuk 2 orang.
memang dapat banyak la dan puas makan,
kalau buat satu adunan, aku rasa tak cukup makan suami isteri


sos coklat dapat sebotol ni. ada lebih lagi aku masukkan dalam botol macam sos kedai burger tu.
Nak makan, just picit botol sos tu. Senang





Aku guna piping bintang macam ni.
Aku tak guna plastik sebab mudah pecah, memandangkan adunan ni sedikit keras, tak macam adunan krim kek.

Psst : Nanti nak ulang buat lagi. 

Ok. Bye

Terima Kasih Zalora- Something Borrowed Stud It Backpack Comel..

Assalamualaikum... Hai Semua...


Alhamdulillah dapat lagi voucher Zalora...
Walaupun sikit tapi boleh la nak membeli dan bergaya...haa..tak gitu????

Kali ni aku beli backpack harga RM79 after diskaun 20%. Sebelum diskaun RM99
Masa duk layari Zalora ni dah set dalam kepala nak beli beg kali ni.
Sebelum ni dah beli kasut.
So, this time pekena beg pulak ye.

Stud It Backpack

Backpack ni kecik je.
Boleh la setakat nak letak tab dan phone, purse
Sengaja beli yang kecik.
Sesuai keluar jalan-jalan.

View belakang beg


Ada hiasan warna senada dengan warna bag.

Bahagian dalam.

Beg macam ni ada 4 warna.
GREY-BLACk-PINK-CREAM.


Aku berkenang warna pink,tapi dah banyak sangat beg pink.
So tukar ke warna grey.
Nak amik cream, takut cepat kotor sebab warna ke arah putih kan.
Warna hitam macam dah biasa sangat.

All pictures credit to ZALORA.
Terima Kasih ZALORA.


Ni contoh pemakaian beg warna pink.
Cute kan yuyu dengan beg warna pink.


Ni Link Blog Yuyu Zulaikha-Pengasas Darayu
Link : http://kupukupukecik.blogspot.my/2015/12/trip-3-bandar-indonesia-jakarta-hari_31.html#more



Pssst : Aku tak de beg macam ni, tu yang amik jenis ni..

Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Cat dinding di Ruang Menonton TV

Assalamualaikum... Hai Semua...


Mulakan dengan kerja mengecat.
Ramai yang tak syorkan guna warna hitam.
Tapi kami try jugak.. Dasar degil kan..
Betul kata pepatah "Tak cuba, tak tahu"


Sekali boleh pulak dia tak letak tape kat bahagian atas tu.
Sabor je la..


Suami guna benda alah ni..
Paint Zoom.
RM200

Pembetulan : Harga alat ni RM200 masa beli bukannya 120 macam yang bagitahu sebelum ni. Alat ni beli dah lama mungkin dah 6-7 bulan sebelum tarikh entry ni. Namun sekarang, harganya dah murah.


Tapi bila guna spray paint macam ni, cat mudah terpercik ke bahagian lain kalau tak reti guna.
Pressure dia kuat kan..Setakat letak tape saje memang akan terpercik la.
Tapi kalau nak touch up still kena guna berus biasa la
So memang kena letak banyak protection

Tapi kalau nak cat kereta, bawak kereta kat padang ke, memang best la nak menyembur cat.
Dinding kami comot, still kena touch up dengan cat putih.






But, still terasa suasana baru sebab dah setahun lebih, rumah suci dengan warna putih jer. 
Ni first time try warna lain selain putih.
Ni gambar sebelum touch up.
Tak de upah orang so kerja nya lambatt sikit la sebab buat sikit2 time ada masa.

Ruang menonton TV ni mungkin aku akan letak meja makan jugak. berhimpit la jadikan ruang makan kat situ jugak.


Psst : Ntah bila nak touch up, kalau asyik busy.
Childless macam kami ni, jangan ingat tak busy ye..hehehe


Ok. Bye