Alhamdulillah sangat-sangat..
Niat untuk pasang laminate floor dimakbulkan...
Entry Pilihan Laminate di sini
Aku amik SPANISH OAT.
SPANISH OAT MF 398
Saiz : 1288mm X 192mm
Thickness 8mm sahaja.
KOS LAMINATE FLOOR PROJECT :
- Laminate Floor brand Inovar = 42 box (336pcs) = 883.55 sqft. X RM2 = RM 1,767.10
- Profile = RM 699.55
- Transport = RM75
- Foam = RM 159 (2 rolls). Untuk rumah aku guna 1 rolls ++
- Kos Upah = RM 1150 (Termasuk gam vinyl + vinyl untuk area basah kat dapur dan depan bilik air + aksesori untuk vinyl area)
- Kos Keseluruhan : RM 3850.65 (Untuk satu rumah kecuali bilik air)
Laminate satu rumah dengan hanya RM3850.65. Kos untuk 1sqft hanyalah RM4.30 sahaja.
Yeayyy.. Mampu berjimat... Dan laminate ada 8-10 kotak lagi lebih, boleh DIY projek lain pulak,. InsyaAllah
*Kami tak guna skirting kayu sebab taknak hack skirting tiles yang asal. Kalau upah hack pun mahal.. Lagipun skirting kayu mahal sangat lorr.. Thats why kami guna End Cap.
Suami bagi upah extra RM150 untuk 3 orang installer tu upah angkat barang. Saje bagi sebab barang rumah aku ni semua berat-berat nauuuu... RM150 ni kami tak masukkan dalam kos keseluruhan laa (kira sedekah)..
Profile yang aku beli :
End Cap - 267 ft = 30 pcs
T Cap - 20ft = 2 pcs
L Cap - 3ft = 1 pcs
Biasanya kalau nak letak kat tangga/drop area, guna L cap.
Biasa bawah pintu orang letak T cap.
Penghujung laminate orang letakkan end cap/ skirting.
Tapi semuanya bergantung kepada cara pemasangan dan design korang jugak laa..
Tu pun banyak lagi lebih, sebab plan asal nak buat lain, lepas installer datang, kami buat lain.
Pada mulanya kami ingat nak pasang sendiri, mintak tolong member sekali..
Sebab dia pernah pasang laminate sendiri...
Tapi last minit, member suami cakap hanya nak tolong pasang untuk satu bilik saje, the rest suami kena buat sendiri.
So kami takde kakitangan untuk angkat perabot bagai ni dan takde mesin nak potong laminate, nak potong pintu bilik..
Makanya kami upah je la orang pasangkan...
Ada mesin, ada orang angkat perabot...
Kami amik Encik Sudin dari Kuala Selangor (amik dari blog cik ahkak kita ni).
Kos kat luar kalau amik direct dengan Syarikat Laminate Floor ialah sekitar RM9.00/sqft.
Kos keseluruhan rumah hampir RM 8000 makanya aku cancel.
Bila aku deduct keluasan dapur (incase taknak pasang kat dapur), kos still dalam range RM7000. Masa tu pikir memang tak jadi la nak berlaminate floor.
Masa tu dah redha sangat la, memandangkan masa tu nak guna duit untuk repair kereta, bayar PTPTN untuk ujrah.
Ahad 20 Feb 2016 hari tu Encik Sudin datang buat measurement dan discuss harga.
Kami decide nak pasang semua bahagian kecuali bilik air je la..
Semua kami pasang laminate floor kecuali 1 kaki dari bilik air dan sink dapur kami pasang vinyl flooring. Mahal jugak ye Vinyl sekotak dah RM90.00.
28 Feb 2016, Encik Sudin datang pasang dengan 2 orang lagi rakan dia...
Sekitar proses pemasangan laminate:
Bilik No 3
Ruang Tamu. Masa ni setengah jam pasang. Laju dia buat kerja.
Ruang Tamu dan Ruang Makan
Laluan antara bilik.
Depan bilik air sekaki jaraknya letak laminate.
Depan bilik air guna vinyl.
Hazabbbbb kan dapur berkecah...
Punggah barang sana sini
Dapur sekaki depan sink kami letak vinyl
Ni tak siap sepenuhnya lagi.
Bilik Tetamu jadi tempat humban pakaian bilamana bilik ke 2 almari kena angkat
Petang lepas siap pasang
So, tinggallah kami berdua nak kemas semula...
huwarghhhhh...
Pasang laminate time rumah dah penuh barang memang menyusahkan,.
Kerja pemasangan bersambung ke hari lain sebab ada aksesori tak cukup dan vinyl tak cukup.
Cik sudin akan datang install next time.
P/S : No phone Encik Sudin 013-278 9284
Ok. Bye
XoXO
Brtmbh cantik la umah hani ni...mhl juga ya nak psg bnda alah tu
ReplyDeleteNak mengemas brg2 tu ya mls bertabah jak la ya hani hihi.slow2
Waaah, jd smart gila la pasang lantai kayu gelap ni..
ReplyDeletememang bijak sgt pilihan warna yg hani amek..
kann, enSudin buat keja cepat n kemas jgk..
Alhamdulillah, chayok2 kemas!
semangat ni, umah dah cantik!
msti cantik hasilnya bila dh siap + deko2 ..
ReplyDeletecantiknyeeee...akak berangan je dulu mana tau satu hari nanti ada rezeki bleh gak pasang camni...
ReplyDeletewahhh bestnya! i dulu ada plan gak nk pasang tapi sejak kes banjir haritu, mmg fikir byk kali la kalau nak pasang lantai mcm ni...sobsob
ReplyDeletecantik....berubah terus suasana rumah...t le propose kat husb jugaklah..
ReplyDeletewaaaaa da pasang!! best best!!
ReplyDeletemesti tak sabar nak kemas rumah & deko2 kan?
tp warna lantai tu mmg naik seri sgt!
serius cantik
ReplyDeleteCantik!
ReplyDeletewah... murah ni... tapi pasang sendiri susah ke?
ReplyDeleteWah..cantiknya..dh blh sambut raye dh ni hani..
ReplyDeletehani..
ReplyDeleterumah sewa daku pasang laminate floor ni kot..
ke ape ntah panggil..
sebab lebih kurang hani ni la..
kami masuk tiga tahun lepas..
mase masuk tu mmg dah agak terus lantainye depan bilik air..
now lagi teruk..
segan gile bila orang datang rumah lantai teruk dah pecah2...
kayu2 pon dah rosak..
-_-'..
nak cakap dengan tuan umah pon rase serba salah..
kalau macam tu maksudnye tuan umah tak letak vinyl flooring ke...
vinyl flooring tu untuk lantai kayu yang boleh terkena air ke?..
thanks sharing.. sebab memang plan nak buat..:)
ReplyDeleteAs salam boleh tau tak kat mana cok hani beli floor laminate tu kat mana?
ReplyDeleteunknown : ni laminate from INOVAR
ReplyDeleteInaYusoff : Lantai laminate memang mudah rosak kalau kena air. I means air yang bertakung lama. Kalau setakat kena air pastu terus kesat keringkan memang laminate tak rosak (ikut pengalaman pakai setakat 3tahun ni
ReplyDeletecommercial vinyl flooring sheet
ReplyDeleteNice Sharing and info, btw..
ReplyDeleteKami di Deco Hub ada menjual, supply dan installation brg flooring.
Deco Hub is a one-stop shop for transforming your home's interior. They offer a vast selection of carpets in the latest designs, alongside flooring options like vinyl and SPC. For a cohesive look, Deco Hub also supplies wallpaper, blinds, and curtains, all delivered and installed throughout Kedah, Perlis, and Penang.
Alamat : 304, Lorong Perak 16, Kawasan Perusahaan Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah
Phone: 019-900 6904