TIPS :: Berjimat untuk Perbelanjaan Kawen Kami

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sorry kat adik comel yang duk email aku mintak tips... malu pulak bila tahu ada orang sanggup baca blog merapu ni.. huhuhu..
Nasib baik la aku ada buka email.. Kalau tak, jawabnya sampai mengandung adik comey tu baru aku sibuk nak share tips...


*Remarks : Aku bersanding dengan adik aku sekali. (2 pasang pengantin dalam 1 majlis). Tapi sesetengah benda masih boleh apply untuk satu pasangan pengantin. Hanya sewa dewan, Catering, Doorgift, pelamin yang kami share - share bayar. The rest, semua kos under satu pasang pengantin sahaja.

Majlis aku tak de la semua jimat sebab ada certain benda yang aku tak DIY pun. Aku teringin nak majlis yang macam up to date sikit laaa. Means ada pre wedding, ada sanding, ada photobooth, ada guest book, ada hantaran bagai... Kalau diikutkan tu semua tak penting pun, tapi tu laa... Jenis aku nak jugak benda tu untuk kenang-kenangan.. Lagipun time aku kawen, orang tengah baru nak up dengan trend berguest book bagai kan.. Tapi aku tak keluar modal banyak untuk benda2 mengarut ni..huhuhu.. Kalau keluar modal banyak memang aku tak buat la..

Jom..tengokk...

PRE WEDDING

Pre Wedding photo

Zaman moden ni, aku pun tak ketinggalan nak buat jugak pre-wedding. Kedengaran agak lucu bila pengantin bajet macam aku ni sibuk nak buat pre-wedding bagai..hehehe.. Tak salah kan asalkan ada kenangan gambar manissss sebelum kawen &tak melibatkan kos banyak. Gigih taknak kalah nooo.. hehehe...=)

Aku sebenarnya takde plan pun nak pre-wedding sebab kekangan duit sebab nak kena hire jurugambar kan.. Tapi lepas kami bincang, why not kami buat sendiri tanpa sebarang kos.. Tingggggg..ideaaa.. Lagipun aku nak buat photobooth masa wedding, so gambar pre wedding boleh dijadikan hiasan untuk photobooth..Nampak la meriah sikit nanti...

Setup peralatan photoshoot sendiri 

Kami setup sendiri jer. Guna kamera suami + guna monopod aku. Aku buat photoshoot sendiri kat Pantai Rantau Abang, Dungun Terengganu. On the way balik Terengganu, singgah sana dalam 30 minit, buat setting dan snap2 photo guna monopod self timer. Diakui, gambar pun so-so je la.. Tak de la nak cantek meletupssssss gitu.. Janji hadoooooooo....Untuk kenangan..kan.. kalau takde camera canggih, guna camera phone pun okey la..

Sediakan prop sendiri

Aku sediakan props pre wedding masa sama-sama buat props untuk majlis bertandang. Kos Free sahaja. Guna banyak board recycle, kertas sedia ada.. Ada kenangan sampai sekarang. Duduk terbungkang dalam stor, bila ada yang nak pinjam baru keluarkan...

Kalau tak nak buat props sendiri, guna je barang sedia ada sebagai props.. contohnya kalau scene piknik, boleh la pinjam tikar, bakul, bantal kecik, buku, dan food as props.. Comel sangat kan...

Props ala kadar

Mintak member snapkan photo/atau guna monopod 

Kami Guna kamera suami + guna monopod aku. Takde nak bayar upah photographer mahupun bayar duit kopi kat member yang tolong snap photo kita. Tak perlu nak kuarkan duit. Walaupun jimat, tapi still ada kenangan untuk gambar pre-wedding. Bila pandang gambar, masih teringat kenangan rushing untuk persiapan kawen.. Rindu sungguh!

Print as hiasan/Save in softcopy only for own references

Aku print gambar pre-wedding guna kertas A4 jer. Tu pun sebab nak jadikan hiasan untuk photobooth. Print dalam 4 keping jer. The rest aku save softcopy jer. Jimat pun jimat.. Sampai sekarang ada kenangan tu.

Photo pre wedding di Photobooth

Location

Untuk berjimat, lebih baik pilih lokasi yang tak perlukan kos banyak. Ambil kira jarak, masa dan duit. Better cari lokasi yang dekat dan menjimatkan masa serta kos minyak dan tol.. Aku kebetulan nak balik KL, lalu kat Pantai Rantau Abang Dungun, so aku berphotoshoot la terus kat sana. So, secara kebetulan tak perlu la keluarkan duit semata-mata nak ke lokasi pre wedding...

Nahh belanja sekeping gambar pre-wedding..
Props Numbering tu buat dari kotak terpakai kat opis..
Pastu mintak tolong opismate spray cat..
Huhuhu


WEDDING PREPARATION UNTUK MAJLIS RESEPSI & BERTANDANG.

Kursus Kawen

Kalau nak jimat, amik kursus kawen time bulan puasa..hahaha.. Bayar sikit tolak kos makan..
Nak jimat jugak, amik skim kursus kawen dari universiti, tempat kerja. at least separuh ditanggung. Confirm jimat..hehehe...
Tapi aku dah terlepas nak amik kursus kawen kat universiti, so kena amik kat luar la...

Sebenarnya aku terpaksa amik kursus bulan puasa sebab bulan lain semua penuh. Tolak RM20-30 jugak la.. Tapi dorang still bagi bubur lambuk la, air kotak la, kurma la untuk buka puasa...
Berkursus bulan puasa lemau sikit laa...Ustaz buat lawak pun, lemah kite nak gelak..
Sendu duk pikirkan air katira, roti john, kambing bakar...

Borang Kawen &HIV test.

Borang kawen free, kalau nak print pun kena amik kira kos print jer la.. Namun akan ada sedikit bayaran untuk masa berurusan dengan pejabat agama untuk kadi dan sebagainya.

Setahu aku, HIV test kena buat di Klinik Kerajaan. Kos masa kami buat hanyalah RM1 @ RM 2 seorang. Result tahu on the spot hari yang sama. Tak perlu nak keluarkan kos banyak ulang alik ke Klinik Kerajaan.



Kos Ulang Alik ke Kampung.

Kalau korang kerja di luar dari negeri/daerah tempat tinggal, maka nak kena amik kira kos minyak+tol kalau duk ulang alik balik kampung untuk persiapan kawen...

Makesure plan betul2 tiap kali nak balik kampung, so tak de la membazir ulang alik tapi persiapan tak siap-siap...Mana yang boleh hantar kampung melalui pos, boleh poskan saja. Lebih jimat kos...

Macam aku kerja KL, kampung di Terengganu. Suami kerja Shah Alam, kampung dia di Perak. Duit banyak sikit la guna untuk ulang alik urusan kawen.

Mas kawen &Wang Hantaran

Mas kawen ikut negeri. Macam Terengganu RM80, Selangor RM300. Walaupun aku duk Terengganu, tapi suami aku beri RM300 sebagai mas kawen.

Pleaseeeee...hati-hati masa tengah akad nikah ni. duit hantaran atau mas kawen serta cincin bagai tu, sila la pegang elok-elok. Masa orang tengah ramai macam tu memang mudah hilang.. Masa suami aku hulurkan duit hantaran tu, duk bergambar bagai, siap aku lupa pasal duit tu. Nasib baik ada yang alert dan amik simpan duit tu. RM300 banyak weii kalau kena curi.

Bincang antara pasangan dan ahli keluarga pasal hantaran - Isu ni memang panas. Tak salah kalau kita mintak sikit pun. At least kurang bagi bebanan pada pasangan kita, so baru la takde nak gaduh-gaduh, stress ke hape .. Wang hantaran yang pasangan bagi boleh guna untuk tampung belanja kawen atau kegunaan lepas kawen. Sila berjimat cermat yer idokkk..Macam aku duit hantaran tu kami bagi sama rata untuk majlis kawen Terengganu dan Perak. Mana yang tak cukup kongsi duit topup sana sikit sini sikit.


Treatment Spa &Therapy

Kalau nak berSPA bagai memang akan makan kos RM100-300 jugak ni kalau ikut pakej. Aku memang tak buat treatment ni. Kekangan duit dan takde masa. Rushing nak kawen dulu memang takde masa nak berSPA bagai..

Tapi setakat RM100 masih boleh kalau nak dapatkan treatment SPA. Urut tubuh kalau guna tukang urut Tradisional lagi murah kot. RM50 dah dapat satu badan.

Tips kalau nak jimat -  DIY jer. Gunakan susu kambing, mandi bunga sendiri. buat scrub gula sendiri, minyak aromaterapi pun ada jual yang murah. Tak salah ber"treatment spa" di rumah sendiri. Memang jimat kos.

Sewa Dewan atau di rumah sendiri.

Kalau kawen di KL, Selangor memang sewa dewan makan "ribuan" ringgit. Tu memang takleh nak jimat melainkan buat kat rumah sendiri. Ada dewan kira per day. Ada yang kira per hour. Kena pandai bajet la..

Aku sepakat buat kat dewan kampung aku sebab rumah sempit dan payah parking, so no choice memang kena buat dekat dewan. Sewa dewan aku share dengan adik aku. Sewa dalam RM 400 sahaja.
Ambik kira sewa khemah kalau buat kat rumah.. Kalau aku buat kat rumah, sewa khemah sebijik pun dah lebih RM200 (sekali hiasan scallop)..tu baru sebijikk...Kalau aku amik 3bijik khemah dah RM600. Better aku sewa dewan..

Tips, kalau jemputan tak banyak, tak perlu nak besar dewan yang besar melampau-lampau, kecik pun still boleh tampung. Sebab tetamu keluar dan masuk, bukannya berhimpun dalam satu masa. Pilih mana yang lagi murah samada sewa per hour atau per day.

Kalau nak jimat, better buat kat rumah kalau rumah korang selesa. Memang jimat sebab takde keluarkan duit sewa dewan..

Kalau kes aku, sewa dewan lagi jimat... Dahla pengantin 2 pasang, mesti kami perlu khemah dalam 8 bijik.. Mak aku setuju buat kat dewan tak perlu risau hujan ke, panas ke, ganggu kawasan jiran..

Pelamin

Tak dinafikan, kalau nak jimat kos better DIY je pelamin. Selain jimat kos, boleh simpan as aset kalau nak bagi orang sewa mahupun jual balik.

Untuk majlis resepsi, aku tak sempat nak DIY sebab kelam kabut buat keputusan nak kawen, dan aku pulak kerja kat KL. Takde masa nak dirikan pelamin sendiri kalau balik kampung pun 2 hari sebelum kawen. Kalau korang nak DIY, boleh beli kain RM2.50 semeter, cari/pinjam kerusi yang comel sikit, DIY bunga kertas ke, bunga tisu ke, letak lantern ke, pallet ke.. memang dah okey sangat..cantek u...

Majlis bertandang, family suami yang DIY sendiri untuk pelamin. Guna langsir sedia ada, buatkan tirai, letak bunga sedia ada, pastu recycle barang dari photobooth kami.

Or else, boleh sewa barangan pelamin dan dirikan sendiri. Kosnya memang lebih jimat berbanding panggil vendor dirikan pelamin.

Aku dapat jimat sebab sewa pelamin aku share dengan adik aku. Jimat sikit. Aku bayar RM1000, adik aku bayar RM900. Berbaloi sebab dapat pelamin, meja makan beradap, mekap 2x, meja photobooth (meja je, hiasan photobooth aku sendiri), pintu gerbang & sewa baju 2 pasang. Berbaloi-baloi bayar RM1000 untuk banyak item...yang ni kena deal dengan butik la..


Pakaian Nikah & Pakaian Bersanding

Kebiasaanya orang akan upah jahit baju nikah. Aku pernah survey dalam RM800 jugak, Dek kekangan masa, aku sewa je untuk baju bersanding & baju nikah. Jimat berbanding aku upah jahit sebab belum tentu aku pakai baju nikah sebab warna dia putih. Baju bersanding pun aku sewa sekali.

Kalau korang nak baju simple, better cari yang dah siap, dalam RM150 dah dapat. terus boleh guna buat baju raya nohhh.. Kalau korang nak baju yang vogue thevasssss gitu, memang agak mahal la..

Biasanya baju nikah simple sikit compared to baju sanding. Kalau ada bakat menjahit manik, boleh la jahit manik sendiri kat baju wedding. Memang jimat berganda weiii.. Aku pernah survey, upah jahit manik RM300 untuk baju nikah. Sebab tu aku decide nak jahit manik sendiri.

Untuk baju bertandang untuk aku dengan suami, aku tempah orang jahit, tapi manik aku jahit sendiri. Jahit bukan dengan benang, tapi dengan air mata..Hahaha..
Sama jugak macam veil, aku DIY sendiri. So lepas kawen, jadi hak aku dan boleh bagi orang lain pinjam.

Baju bertandang suami

Baju bertandang Isteri

Veil DIY

Bunga Tangan

Bunga tangan untuk majlis bertandang, aku DIY sendiri sebab takde guna butik pengantin... Kena la cari sendiri bunga tangan... So aku DIY je.. Nak beli cam mahal je.. Aku guna lebihan bunga fabrik yang guna untuk hantaran... Masa akad nikah guna yang ni jugak..


Mekap

Kalau Mekap sendiri memang suihhhhh g main jaoh-jaoh la jawabnya... bukan pe.. Aku kalau mekap sendiri, tok iman tengok pun boleh batal air sembahyang.. Sebab? terkentut.. teheeeee....
Aku memang tak reti langsung. Aku amik orang mekap aku upah RM100 untuk 2x make up (Nikah malam, bersanding siang esoknya di Terengganu) Bagi aku ianya berbaloi..Sebab murah dah ni..

Kat Perak kena RM100 mekap..

Untung kalau sape2 pandai mekap, boleh apply kat muka sendiri dan jimat kos!


Kad Kawen.

Kad Kawen aku share dengan adik aku (untuk majlis perempuan). Mak aku suruh adik gi tempah, tahu-tahu dah siap dan mintak kami share. Jimat jugak bila share dengan adik.. Walaupun niat utama aku nak buat sendiri dan print sendiri je. Tapi takpe la.. Janji murah. Harga tak sampai 80sen sekeping sebab ada diskaun. Pastu share pulak dengan adik aku.. Dabel jimat gitu..

So,untuk majlis bertandang, kami DIY sendiri jer. Zaman sekarang senang nak DIY sebab banyak idea2 boleh tengok kat internet, banyak kedai print yang tawarkan pakei print murah2..

Aku kurang bersetuju kalau beri kad kawen mahal2.. Bukan ada yang simpan pun..Akhirnya ke tong sampah jugak..kan...



Inai

Inai kalau nak jimatkan kos, pakai je inai tumbuk yang amik kat rumah jiran ye..
Tumbuk sendiri, pastu mintak orang tempekkan kat jari..

Kalau nak buat majlis berinai macam retis, memang kena D.U.I.T laa...

Masa aku kawen, aku ingat nak guna inai daun. Tup tup ayah aku bawak balik inai tiub.
Katanya jiran bagi. Tenkiu sangat..Tak payah nak beli inai lagi...suka kan..
Tak payah nak tumbuk-tumbuk inai..

Kalau korang nak buat majlis berinai kecil-kecilan. Boleh gunakan idea buat makan-makan simple, pakai inai dengan member2.. Fun jugak kan... Yang penting, amik gambar kenang-kenangan...


Cincin Kawen/Gelang Kawen

Sapa suka cincin cantekkk??? Bukan Kak Mah je tauuuuu...tehee..

Aku cut cost untuk cincin kawen.. Huhuhu..
Amik yang suasa jer... Tu pun dah RM300++ (sebab tebal)
Kalau amik yang emas sepenuhnya, bergolok gadai la bak kata orang Ganu...

Tapi takpe kalau taknak berjimat pun tang ni sebab emas kan bernilaiiiiiiiiiii..
Syokknya!

Suami punya cincin guna Cincin Perak. Kami banyak jimat kat sini sebab abang aku tukang cincin. so upah buat cincin tak dikenakan. Just bayar harga emas dan permata jer..
Untung!

Untuk batal air sembahyang, suami aku belikan gelang tangan. Abang aku yang tukang cincin banyak kenal orang kat kedai mas, so dia boleh la tawar menawar.


Hantaran

Untuk berjimat, aku DIY dan recycle banyak benda untuk hantaran. Mana yang perlu sahaja aku jadikan hantaran.... Kat sini aku tengok orang berlumba-lumba nak tunjuk hantaran sape yang paling vogueeeee. Ko compare dengan aku, aku compared dengan dia, dia compare dengan mereka-mereka ini.. Sampai mammmmp**** still duk bercerita hal hantaran.

Please....pikirkan pasal kegunaan.. Macam aku, hantaran aku belli ubat gigi dan berus gigi sekali..hahaha..Tapi sebenarnya yang ni penting, sebab suami aku jenis outstation. Compared kalau beli set penjagaan muka satu set, rupanya hanya pakai pencuci muka. Yang lain, tak pakai dan terbiar pastu buang jer..

Aku hanya beli barang hantaran sahaja. Tapi semua hiasan untuk hantaran (renda, riben & bakul) aku recycle yang abang aku dulu jer...Aku just DIY bunga dari fabrik (fabrik flower/bunga yoyo) sebab masa tu tengah trend hantaran bunga yoyo.. huhu)

Elakkan barang mahal jika kekangan duit.. Jauhi budaya berhutang. Jika tak mampu kasut mahal, memadai lah dengan kasut jenama biasa.

Aku pinjam telekung sembahyang dan tuala baru dari mak, Buat2 penuh dulang, pastu pulangkan balik. Tak payah nak pikir beli baru. Sebab kami duduk rumah sewa lepas kawen, memang guna barang sedia ada jer....Kena pandai curi peluang nak minimizekan belanja kawen...

Boleh klik sini untuk lebih lanjut pasal hantaran tak seberapa kami tuh!


Makan beradap

Tips yang boleh diamalkan.. Makan apa yang catering masak, just deko nampak cantek. Gunakan pinggang lawa-lawa sikit. Kalau nak tambah, boleh tambah dalam 1-2 menu tambahan. Biasanya catering akan bagi buah segala, So buah tu  boleh amik, cucuk2 hias jadi cantek.

Deko untuk meja beradap majlis bertandang, deko sendiri. Pastu ada menu tambahan macam udang, siakap, sotong. Kos baru RM200. Semua family aku boleh makan.
Kat Terengganu pun makan beradap habis dalam RM 100 - 200 je anggaran nya..

Adalah menjadi satu bonus kalau ada yang sudi sponsorkan makan beradap...

Bilik Pengantin

Sebab majlis kami kat dewan, bilik tidur pun hias sederhana je..

Kalau buat kat rumah, untuk jimatkan kos boleh DIY jer hias bilik pengantin. Beli kain murah-murah 5 meter buat tirai, scallop.. Baru RM20 ringgit kan. Add on bunga sikit dah okey..

Bilik pengantin aku hias biasa-biasa jer..Gantungkan langsir mak, pastu ada on pomander ball & baby lantern lamp...Bilik sempit nak deko lebih-lebih pun alahaiiiii..kesian tengok..

Contoh bantal Mr. & MRS yang DIY wording tu..

Pomander ball.
Sekarang Pomander Ball ni dah jahanam di buat main oleh anak buah haku..


Props & Photobooth

Tang ni aku banyak jimat sebab semuanya DIY... Eksaited sangat duk DIY benda ni sebab ni first majlis yang ada props bagai ni (dalam majlis family aku)..

Sibuk la semua nak bergambar... huhuhu... nasib baik guna catering, boleh la korang nak bergambar cantek3, sebab tak payah nak kena angkat lauk bagai..

Kalau booking orang buatkan props & photobooth mesti makan 2-3ratus jugak depends pada hiasan kan..Tapi kalau nak jimat tapi takde masa nak DIY sendiri, korang boleh sewa dari vendor.. Murah sikit.. Korang sewa dan hias sendiri..


Guestbook

Bercerita pasal GuestBook. Tak perlu keluarkan modal banyak incase korang takde idea nak DIY sendiri. Cukuplah beli Set Drawing Size A3/A4, beli pen warna warni kat Mr. DIY pun baru RM4.00. Less than RM20 dah boleh wujudkan GuestBook.

Kalau order memangla hasilnya cantek, tapi Harga pun cantek jugak la...

Aku DIY guna A4 paper, dan letak la bunga hiasan sikit (Guna lebihan yang buat hantaran)...Isi buku dia aku print sendiri... Boleh la setakat nak jadikan kenangan...

Aku guna Instant Camera yang keluarkan gambar terus tu. Bajet aku RM300 (untuk 2 majlis) tampal dekat guestbook gambar tu..


Candy Booth

Aku takde candy booth yang betul2 "candy booth". Kami just beli biskut 2 tin letak kat tempat tumpuan orang, jadikan ala2 macam booth biskut je la.. Sape nak boleh makan. Boleh amik..
Gula2 lolipop, mak aku bagi kat kanak-kanak masa bersalam kat pintu keluar.

Photograhper & Videographer

Yang ni memang kami hire photographer. Sebab takde orang yang okey nak amik gambar.
Kat Terengganu RM700, Perak RM500. Takde video bagai...Kami just amik basic pakej...

Alhamdulillah, Gambar semua okey, puas hati sangat walaupun tak amik photographer yang beribu. Kami memang cari duit nak hire jurugambar sebab nak hasil yang okey, sebagai kenang-kenangan kan..

Kalau tak mampu, cukup la mintak kawan-kawan amikkan gambar..Bagi la lauk kenduri, bunga telur lebih sikit untuk dia bawak balik...


Location photoshoot

Ni pilihan masing-masing.
Kalau nak jimat kos, pilih tempat yang dekat dan tak dikenakan bayaran kalau guna tempat tu.
Sebab ada sesetengah tempat kena bayar kalau masuk. Contohnya : taman tamadun islam terengganu aku rasa ada bayaran kalau masuk kat replika masjid bagai tu..

Kat Terengganu, aku ingatkan photographer nak amik gambar kat Pantai. Rupanya pilihan dia ialah di tempat macam taman awam dan di masjid. Oh..rupanya pilihan dia okey jugak..

Kat Perak bergambar kat tali air je..Masa tu dah suntuk sangat. Dah pukul 6 agaknya..
Semua photographer memang on time dan sangat membantu...


Doorgift

Untuk tetamu dari pihak lelaki, kak ipar ada sponsor sikit la.. Benda alah yang macam koko krunch warna warni tu...Door gift kami bagi tuala muka dan gula-gula/ Sumi & jajan jer..Elakkan beli jajan yang cepat rosak..

Seingat aku, kami takde bagi telur (kenduri belah isteri). Dalam bunga telur letak 2 ketui sumi jer..
Untuk majlis bertandang, doorgift pun sama + ada telur la.. Bekas doorgift guna plastik je (jimat kos), paper bag ada pun, member adik aku sponsor...

Doorgift kami habis dalam RM400 - RM450 (share dengan adik) kot kalau campur dua majlis. Tu pun banyak lebih..



Catering

Kami tak boleh berjimat tang ni sebab kami guna Catering. Memandangkan family aku memang nak guna katering, bajet kami catering RM8000 sahaja,.Aku boleh jimat kat sini, sebab share dengan adik aku. Sorang bayar RM4000.. Tips, sediakan tupperware in case lauk tak habis, boleh balik bahagikan kat jiran-jiran...

Korang untuk berjimat better gotong royong la kan.... Betul tak?...

Nak kurangkan penat, better amik katering jer. Mak aku takde nak pikir pasal masak kenduri lagi... Kesian orang tua kita sebab penat nak pikir pasal masak kenduri ni kalau kaki tangan tak ramai...


Homestay untuk family

Kalau jodoh dengan orang dekat memang jimat la sikit bajet sebab tak perlu nak bayar homestay. Kalau berjodoh dengan orang daerah, negeri lain, memang kena booking homestay la untuk mereka.
Kat Terengganu Homestay habis RM500 untuk 2 malam...
Kat Perak habis RM230 untuk 1 malam.


Saguhati untuk kakitangan yang menolong.

Walaupun amik katering, tapi majlis aku masih ada jiran yang tolong. So keluarkan sikit bajet untuk beli hadiah untuk mereka.
Kami beli tuala mandi, kain batik, kain pelekat, sejadah macam tu je la...


POST WEDDING

Post Wedding Photo

Sepatutnya aku takde post wedding photoshoot, memang takde booking/plan nak amik untuk post wedding..Tapi oleh kerana masa majlis bertandang, gambar sikit je, makanya photographer willing nak amik gambar post wedding tanpa kenakan bayaran, agar album kami penuh la gambar nanti..

So ada la kenangan gambar post wedding. Meriah sikit gambar album kawen...Ni nasib baik la photographer ni baik dengan suami...Kami ke Bukit Cherakah jer.. Bayar RM3.00 seorang untuk masuk dalam.


Kediaman Untuk Kehidupan Lepas Kawen.

Duit banyak nak guna untuk kehidupan lepas kawen..
Duit untuk rumah sewa & duit perabot... Tapi tak semua kena beli baru... Boleh guna barang hantaran kawen, hadiah kawen dan barang second hand..
So, kami takde guna banyak duit untuk kelengkapan rumah...Just guna duit banyak masa bayar deposit rumah sewa je..

Settlekan Hutang Majlis Kawen yang tertinggal.

Bayarkan hutang mana-mana yang tertinggal masa kenduri,. Macam duit last minit tambah lauk, duit pelamin ke, duit beli buah ke..Bayar balik kalau-kalau terpakai duit adik beradik, mana tahu tengah kalut kenduri termintak adik gunakan duit dia dulu dengan beli itu ini.. Ni selalu jadi ni..

Okey... Itu sahaja yang aku rasa okey untuk share...
Mana yang tertinggal/termiss, mintak hamppunnn yer.. Makcik dah tua..hehehe =)
Boleh baca details entry pasal wedding makcik ni ye...Klik je kat bar sebelah kanan ni...(Eh, tu pun kalau sudi)..

Tak sedar macamana mampu sediakan duit, sedangkan keputusan nak kawen pun last minit (sebab nak sekali kan dengan majlis adik aku).Alhamdulillah...

psst : semoga adik comey/mana2 bakal pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga, semoga dipermudahkan segalanya..

Ok. Bye!
XoXO

1 comment:

  1. Klau lya baca sblm kawin ari tu memg sgt2 brmanfaat hihi..
    Mjls kawin lya alhamdulillah jimat kos juga x da pmbaziran sbb byk yg lya diy sndiri

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo