Alhamdulillah.. Dah habis bayar PTPTN..

Assalamualaikum... Hai Semua...


PTPTN Part 1
PTPTN Part 2

Aku habis belajar hujung tahun 2009 (diploma + degree)
2010 konvo dan kerja kat kampung...
2011 baru gi KL untuk kerja...
Aku start bayar PTPTN tahun 2015 bulan Dec.. (lambat kan? hehehe)
Feb 2017 habis bayar semuanya...

Jumlah asal sekitar RM37 ribu..
Lepas dapat pengecualian bayaran RM7 ribu, makanya RM30 ribu habis bayar dalam masa 2 tahun sahaja...
Since 2011 hingga 2015 sepanjang tempoh yang aku tak bayar PTPTN tu, sebenarnya aku kumpul duit,
Duit kumpul tu jugak buat kawen, beli rumah, beli keta..



Kami start bayar RM500 selama 4 bulan (setiap seorang - aku dan suami)
Kemudian Dec 2015 kami buat Ujrah dan bayar lagi RM1000 seorang (sebagai pembayaran 3 bulan in advance).
Jan 2016 - Dec 2016 aku bayar RM350 selama setahun melalui CIMB JomPay
(Company aku takde buat penolakan gaji untuk PTPTN).
September 2016 aku bayar RM10,000 melalui duit saving untuk proceed pengecualian kelas pertama sebab kes aku ada pertindihan antara biasiswa JPA dan PTPTN.. (tengok entry PTPTN Part 2)...

Jan 2017 buat pembayaran penuh melalui KWSP.
Feb 2017 KWSP luluskan. Oleh kerana KWSP Account 2 aku ada duit sikit berbanding hutang PTPTN, so aku kena tambah cash almost RM2000.





March 2017 dapat surat pelepasan hutang PTPTN dan dapat rebat 15%.
Negetif RM1470.30 tu merupakan duit yang aku terlebih bayar PTPTN sebab dapat rebat 15%.
17 March aku buat permohanan untuk dapatkan semula duit lebihan bayaran tu.
13 April , bila akan check baki akhir dah jadi RM0.00.
14 April duit lebihan dah masuk akaun.
Yeay.. makcik kayooo..
Eh.. sebut Alhamdulillah..

Suami pulak bayar PTPTN dia RM260 melalui potongan gaji selama10 tahun..InsyaAllah...





So sekarang aku dah BEBAS dari belenggu PTPTN...

Terima kasih la wahai PTPTN sebab bagi pinjam dulu...
Sorry lambat bayar..

Psst : Dalam 9 beradik, So far 5 orang amik PTPTN. 3 orang tak sambung study. 1 orang lagi masih sekolah.
Dalam 5 beradik yang amik PTPTN, 3 orang dah habis bayar, 1 orang buat penolakan gaji, 1 orang masih belajar diploma..
Kalau takde PTPTN, aku tak rasa aku akan sambung belajar.

Ok. Bye
XoXO

1 comment:

  1. Tahniah.. buat sy semangat lagi nak habiskan bayar ptptn walaupun kerja sebagai fulltime blogger je..

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo