Assalamualaikum...
Hai Semua...
Bulan February 2018 aku jalani pembedahan laparoscopy..
Doktor bagi 1 cycle untuk makan pil clomid.
Dan doktor suruh try secara natural selama setahun incase kalau nak tunggu naturally pregnant..
Oleh kerana start June 2018, kami suami isteri busy uruskan rawatan cuci kaki kencing manis/appointment pakar/appointment kencing manis untuk MotherInLaw (MIL), maka aku hold rawatan TTC aku dan try secara natural je.
Sehinggalah Ogos 2019, baru aku start g jumpa doktor Hamid semula..
Ogos/September amik 1 cycle clomid..
Andai tak berjaya conceive, aku dah setuju nak buat first IUI
Cost IUI dengan doktor hamid sekitar RM1000/siap semua.
Cuma kalau ada jumpa doktor untuk susulan maybe kos lain la..
Incase fail walaupun lepas amik clomid..
Aku mungkin buat IUI bulan 11 atau bulan 12 tahun 2019 ni (paling awal)..
Sebab bulan 10 ada banyak appointment doktor untuk kencing manis MIL..
Dah tak mampu nak amik cuti lagi...
Paling lewat awal tahun 2020 la kami plan nak buat IUI..
Kalau IVF plak kos sekitar RM12 ribu kata doktor.
Wish us luck!
Semoga dipermudahkan..
Nanti mintak suami g cangkul gunung duit belakang rumah..
Psst : Teringin coolblog.. Gigih google mana lokasi paling dekat dengan rumah
Ok. Bye
XoXO
semoga dipermudahkan segala urusan awk n suami.. =)
ReplyDeleteSemoga di permudahkan...insyaallah pahit akan manis akhirnya...
ReplyDelete