Event yang dinanti2 pun tiba.
Kalau tahun lepas Family Day ke Deseru, Johor.
Tahun ni ke Maps, Perak.
Sebenarnya company pun dah tak tahu nak buat Family Day ke mana lagi..
Sebab kebiasaanya memang buat family Day kat Theme Park/ tempat tumpuan kanak-kanak.
Kami yang takde anak ni, memang tak kesah mana2 pun.
Janji dapat staycation free. hahaha
Pastu makan malam best..
19 Oct 2019
Plan nak ke naik bas company. tapi pikirkan nanti kelam kabut nak siapkan makan untuk mertua terus kami cancel dan pilih nak naik kereta sendiri je..
Sebab dekat Perak-KL baru 3jam..
Pukul 9 pagi gerak dari Klang lepas siapkan suami masak untuk mertua, dan aku kemas rumah apa yang patut..
Tinggal mertua sebab nanti malam akan ada adik beradik suami yang akan datang temankan mereka sepanjang kami takde 2hari 1malam ni..
Sampai Ipoh pukul 11.30 pagi.
Gigih drive 2 jam setengah pun siap nak berjajan bagai..
Sejenis manusia yang kalau travel je mesti nak siapkan jajan dalam kereta
Collect ticket dan jalan2 kat sana.
Panas sangat cuaca..
Aku bawak payung siap2..
Payung outdoor photoshoot wei.. Tu je yang ada dalam kereta..
Oleh kerana aku sebelum ni selalu pening2, makanya aku takde nak try main mainan yang memeningkan.. Aku try mainan yang cool, tak adventure dan rilek2 je..
Tengah panas-panas pun ada yang main wei benda alah ni..
Baikla aku masuk kat pertunjukan Boboy 3D studio tu..
Nak aircond.. haha
Maps Perak tak besar, pusing sekejap je dah habis.
Pastu habiskan cupon makan RM60 yang company bagi.
Siap shopping air kotak, air tin sebab nak habiskan kupon.
Patu pukul 2 petang dah keluar dari sana, gi Ipoh Perade..
Nak habiskan masa dalam building beraicond musim panas terik gini.
Lepas sana sampai pukul 4 then terus ke hotel Kinta FrontRiver.
Dapat bilik terus pengsan kami..
Takde ikut tema.
Mujur tak pakai baju tidur je g dinner
Lepas magrib dinner company pulak..
Aku dah tentu aim seafood je..hehehe
Btw, salad malam tu sedap..
2x tambah.
Boboy dan Yaya datang bukan main budak2 serbu malam tu.
Seronok sakan dorang!.
Niat nak jalan2 bandar Ipoh tinggal angan-angan..
Suami dah bising nak berehat je kat bilik.
20 OCT 2018
Kul 9 pagi baru breakfast..
Mengalahkan family yang ada anak..
Bukan main payah nak siap g breakfast..
Check Out pukul 12, terus mintak suami bawak g Hokkaido Ice Cream.
Dah bertahun-tahun teringin..
Gigih aku beratur tunggu.
Plan nak makan tempat viral di Ipoh semua tak jadi.
Sebab kekangan masa dan sepanjang family day ni perut asyik full je sebab banyak makan.
Aku order Resberry Ice Cream
Suami plak aku orderkan Mint Coklat Ice Cream.
Datang weekend memang banyak perasa sold out.
Pastu terus balik KL.
Singgah makan di wong solo seksyen 7 sebelum balik Klang.
Habis cerita suam-suam kuku pasal company family day ni.
Harap tahun depan panjang umur boleh pergi lagi..
Psst: Rancang bukan main lagi, nak visit situ, nak travel situ, nak makan situ, nak try sini.. Rupanya lepas penat sekejap terus surrender nak melepek je dalam bilik hotel tgk TV.
Ok. Bye
Tahun nie belum jejak kaki lagi kat Perak😆😆
ReplyDeleteInsyaAllah tahun depan kot... Nak lawat biras bersalin🌹
ReplyDeletebestnye familyday..
ReplyDeletesklh aku ni jarang benor wat familyday sbb ade je ckgu yg xjoin.. huhu