Assalamualaikum...
Hai Semua...
Apa yang korang pernah hilang masa tinggal kat hostel?
Apa yang korang rasa?
Aku pernah hilang tudung putih.
Masa tu hostel degree di Universiti.
Aku tak banyak barang pun masa kat U
Takde baju berlambak.
Takde buku rujukan berlambak.
Takde patung2 comey berlambak (yang biasa gadis-gadis ada, hehehe).
So, aku akan ingat setiap item yang aku ada bila aku jemur, aku pinjamkan kat orang, barang yang tengah tunggu turn nak basuh kat bilik membasuh.
Masa tu minggu-minggu akhir peperiksaan..
Kat hostel dah tak ramai student..
Ada yang dah habis exam..
Ada yang balik kampung..
Ada yang keluar dating..
Ada yang masih termenung project Architecture kena re-submit..
Ada yang masih pikir nak balik kampung nak bas lompat ke bila tiket habis..
Ada yang masih sibuk packing barang nak check out hostel.
Bila dah tak ramai student di hostel, makanya ruang menjemur baju banyak la 'space' yang aku bebas menjemur..
Kalau banyak baju yang dibasuh, aku jemur di ampaian bawah..
Kalau sikit setakat sehelai dua aku jemur di ruang ampaian tepi bilik air.
Oleh kerana time tu aku cuma basuh tudung sehelai, makanya aku jemur di ruang ampaian tepi bilik air.
Cantek tudung aku.
Warna putih.
Sulam pink.
Tudung bawal (RM30 masa tu mahal sebab lembut dan ada sulam/batu)
Cantek aku jemur..
Letak hanger.
Pastu sepitkan dengan 2 penyepit di kanan kiri hanger.
Berlalu la aku dengan hati riang ke bilik exam petang tu.
Tu paper last untuk semester tu..
Pasni dah nak balik kampung..
Nak balik kampung..
Nak balik kampung..
Bila settle hari tu, bukan main aku terkedek-kedek nak g ambil tudung di tempat ampaian.
Nan Ado wei..
Yillek..
Kosong..
Kosong..
Ada hanger & penyepit 2 ketui elok kat ampaian tu.
Mana tudung aku..
Mana...
Sedih.
Masa tu rasa macam tak percaya macamana tudung boleh hilang.
Takkan jatuh terbang sebab hanger dan penyepit elok je terkontang kanting kat tali ampaian tu..
Masa tu rasa macam tak percaya ada barang boleh hilang di hostel perempuan.
Pikir perempuan tak mencuri,
Pempuan baik.
Takpela.. Mungkin hantu yang curi.
Kenapa sedih?
Sedih sebab tudung ni beli sepasang dengan mak aku.
Mak hijau lumut.
Aku putih.
Tapi aku punya hilang..
Takpe. sedih sekejap.
Pastu dah elok makan McD sebelum naik bas balik kampung.
Psst: Zaman tu bawal tengah top.
Ok. Bye
kat hostel xprnh hilang brng.
ReplyDeletekat kuarters prnh hilang selipar..
arini beli esok hilang..
2x plak tu.. saspek utama bdk2 asrama.. haha
kat hostel tak pernah hilang...mungkin barang pun spesis beli bundle takde sapa heboh nak curi.
ReplyDeleteyang selalu hilang masa duduk menyewa bilik. masa ni dah start kerja. asal basuh baju jemur kat ampai je, balik kerja mesti ada yg missing. Masalahnya tak pernah pulak nampak budak-budak rumah pakai. Orang lain yang lalu kat balcony tu mungkin. Hmmmm..
Sudahnya kalau basuh malam..gantung je baju tu dalam bilik air dulu biar air dia kering. Sok pagi atau malam sebelum tido jemur dalam bilik bawah kipas. Selamat baju.