Sempena ulang tahun ke6 tahun 2019( feb) ni, kami suami isteri ada beli rumah kedua di Kota Damansara.
Apartment Tanpa Lift.
Nama je Apartment tapi boleh dikategorikan macam "Flat Medium Cost"
Rumah ni apartment tanpa lift ketinggian 4-5 tingkat je.. So takdela crowded sangat untuk setiap block.
Oleh kerana kami dah ada rumah pertama, maka second house kami kena beli rumah medium cost.
Kami beli rumah ni sebab memang nak cari yang tanpa lift dan nak rumah tingkat 1 sahaja..
So takdela tinggi sangat nk menapak tangga..
Kelebihan rumah kali ni:
1. Rumah hujung dan dekat tangga.
2. Lebih privacy sebab takde orang lalu lalang depan ruang tamu dan kita tak perlu lalu dpn rumah orang untuk turun tangga..
3. Rumah di tingkat 1 sahaja
4. Rumah ni hujung so ada balconi kecik di ruang tamu
5. Rumah dah ada penyewa, so tinggal continue sewakan sahaja.
6. Dekat sikit dengan opis (15km) berbanding rumah sekarang di Klang (40km)
7. Rumah dekat dengan fasiliti macam sekolah, kedai makan, surau, fastfood delivery outlet)
8. Toilet dan bilik mandi berasingan.
9. Rumah tanpa lift so maintenance fee agak murah
Kekurangan rumah kali ini :
1. Rumah bertangga bukan teres. Susah untuk orangtua menaiki tangga
2. Rumah agak sempit (750 Sqft) katanya, berbanding rumah sedia ada. Siling rendah.
3. Susunatur Floor plan rumah tak bape cun.
4. Bilik utama takde bilik air.
5. Parking open dan takde bumbung
6. Ruang dapur sangat sempit
7. Matahari petang menghadap ruang tamu dan bilik.
8. Balkoni ruang tamu menghadapi ruang tamu bangunan lain tapi tak terlalu dekat.
9. Rumah perlukan banyak modal kalau nk ownstay, macam ekon, kabinet dapur, tambah baik bilik air & toilet
Sekitar Feb - March uruskan pembelian rumah ni. Tapi makan masa sekitar 6 bulan jugak untuk setel semua..
Aku cadang nak pindah sini sebab dekat dengan opis..
Tapi keadaan tak mengizinkan memandangkan kami masih menjaga orangtua (berkerusi roda).
Bagi semua settle dulu, baru pikirkan balik.
Jarak rumah-opis skrg sekitar 40km. Rumah kedua ke opis hanya kurang daripada 15km..
Alahaii... Tak sanggup rasanya nak makan jammed setiap hari g keje..
Sebab tu kena pilih tumpang naik motor suami g keje.. Bayangkan dari Klang ke Petaling Jaya dekat 2jam kalau nak kereta..
Dah berapa lagu aku nyanyi atas motor.. Mau nya satu album habis putar baru sampai opis..
Yang paling bimbang, keselamatan sebab naik moto..
Motor atas highway entah orang nampak ke tidak la..
Semoga semua selamat!
Cadangnya tahun 2020 nak pindah kalau keadaan mengizinkan.
Doa-doakan..
Kronologi meminang rumah kedua
11.01.2019 - Aku whatssap owner untuk tanya hal rumah.
12.01.2019 - Pukul 3 petang kami pergi view rumah (rumah ada penyewa). Kami bincang harga rumah/nego bagai. Pastu kami inform lawyer kami deal dengan owner siap2.
13.01.2019 - Owner dah emailkan document yang diperlukan untuk urusan beli rumah. Kami bayar RM500 untuk lock rumah sebab kami belum bayar 3% deposit.
27.02.2019 - Start urusan try buat loan rumah.
08.07.2019 - Buat arrange dgn penyewa pasal nk bwk surveyor check rumah
13.07.2019 - Buat condition survey
16.08.2019 - G Syabas tukar nama bil api
21.06.2019 - Dapat repot condition survey rumah kami.
01.08.2019 - Rumah dah jadi milik kami (Eh, bukan.. Milik bank, kami bayar kat bank.hehehe)
Pssst : Rumah ada penyewa so kami masuk cuma sekejap je.. Segan!
Ok. Bai..
Tata
insya allah aminnn
ReplyDeletetahniah awkkkkkk dh ade aset kedua..
ReplyDeleteaku ni xde aset pon lg.. menumpang aset org je.. ahaha
semoga dipermudahkan segala urusan awk.. =')
Wahhh... Best nyer👍
ReplyDeletebila ada org tua dirumah mmg payahlah kalau duduk rumah tak berlif. Ammi duduk tingkat 8 ada lif..tp ada sekali tu kebetulan masa buat makan-makan raya...time tu pulak lif buat hal. Kesian sungguh kat tetamu. Rasa bersalah pulak
ReplyDeletealhamdulillah dh ada aset kedua . Bukan senang nak settle hal pembelian rumah . Makan masa dan kos . Takpa , kekurangan tu boleh di baiki slow-slow . kalau nak buat sekali gus mau botak kepala .
ReplyDeleteAlhamdulillah ada aset lebih. semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDelete