SEBELUM KENDURI
Majlis Resepsi 22hb February (Sabtu).
So lepas solat jumaat, adik beradik aku g la mengemas dewan. Pelamin dah pasang hari khamis tu.
Aku suami isteri + 2 adik beradik lelaki aku menolong kemas dewan.
Mak aku tolong lap2 kerusi je.
Settle semua pukul 6.30pm.
Settle semua kemas dewan, pasang banner, cucuk bunga manggar, naikkan pelamin/photo backdrop kat bawah stage & cuci tandas dewan.
Malam tu urusan cucuk bunga telur pulak.
Dan ada yang ke dewan untuk perkemas lagi persiapan untuk majlis esoknya.
Encik Suami & Encik catering tolong2 angkat set catering untuk kenduri hari esok.
Kemas dewan dengan adik beradik yang ada kat rumah masa tu
Dalam proses susun kerusi meja
Naikkan banner di depan dewan & jugak penunjuk arah di sekitar kampung.
SELEPAS KENDURI
Majlis tutup pukul 5.00 petang. Terus kemas dewan sampai pukul 7.30 malam.
Beberapa orang kemas dewan.
Catering baik sangat. Siap bungkus-bungkus lauk untuk bagi kat mak aku untuk bagi kat jiran.
Mak & suami aku tolong pek2 mana-mana lauk yang lebih untuk bagi kat jiran sekeliling rumah.
Pastu packing sekali untuk kawan2 adik aku yang jadi bridesmaid & untuk photographer jugak.
Staff Catering bantu bungkus nasi untuk jiran
Kerusi susun setempat letak asing mana kerusi yang dewan punya & mana kerusi yang kita sewa.
Kemas dewan. Penat ke bang???
Pack barang untuk bawak balik rumah
Just tinggal pelamin atas stage yang owner dia akan datang amik esok & pelamin/photo backdrop yang bawah stage tu BFF adik aku akan datang collect esok.
Semua doofgift yang lebih aku pack2 masukkan dalam plastik beg nasi untuk bagi kat jiran2, bridemaids & photographer.
Lauk takde la banyak balance. Alhamdulillah cukup-cukup untuk bagi kat jiran2 tepi rumah.
Abg aku tolong pindahkan hadiah2 kawen, hantaran semua bawak balik rumah, humban semua kat rumah.
Selesai jugak. Alhamdulillah. Seronok giler rasa sebab boleh balik rumah berehat
Malamnya sessi buka hadiah. Tapi buka 2-3 hadiah je dulu
Hadiah dari caterer.
Hadiah dari Jiran
Encik Suami sambung tulis dalam GuestBook sebab masa kat dewan tak sempat nak tulis
Cukup pantang ayah aku kalau orang habis buat kenduri tak pergi tanggalkan banner tu semua.
Aku kemas & organize balik semua hadiah2 kawen adik aku letak setempat, pastu hantaran yang disewa cepat2 aku mintak mereka pulangkan sebab nak clearkan rumah.
Antara hadiah yang diterima
Encik Suami bantu tanggalkan banner depan dewan
Seketul mahkluk yang berehat seolah2 lega semuanya telah selesai
Beberapa hari lepas kenduri, bawak ayah gi hospital sebab keuzurannya.
Selesai sudah majlis resepsi adik aku..
Semua lancar alhamdulillah.. Mak la paling lega.. Perempuan kan orang yang paling bizi kalau ada majlis.
Review Catering:
Caterer yang sangat baik. Masak pun best. Ada la aku dengar orang puji dan tanya2 harga.
Suruh bungkus nasi masa kenduri untuk kirim kat mak2 sedara/sepupu, dengan rajinnya staff caterer tu buatkan. Takde la dorang nak buat2 muka. Sebab dulu dengan caterer lain, pernah bila kita suruh bungkus nasi, dorang buat muka seolah2 macam kita menyusahkan.
Sepanjang majlis pun, selalu staff caterer tu lap kan meja/lap makanan tumpah kat meja buffet. Bersih je kerjanya.
Ok. Bye
XoXO
seronok baca korang punya gotong royong kerjakan dewan tu, siap cuci toilet apa semua memang terbaiklah. Tetamu yang datang pun selesa kan.
ReplyDeleteBagus betul caterer ringan tulang membantu kemas dewan, dan sangat bersih menjaga majlis tu, puas hati dan tak segan nak kenalkan dekat orang lain kan.
Kerja kenduri mmg amat2 memenatkan..tp seronok..
ReplyDeleteterasa penat lps majlis..
ReplyDeleteterasa lega gop bila selesai sebabak.. haha
alhamdulillah..
semuanya berjalan lancar.. =)
Anak saya kecil lagi la pulak. Kalau tak boleh guna khidmat caterer ni :P
ReplyDeleteNurzarini
bila selesai kenduri, rasa lega sangat
ReplyDeleteSeharian kenduri tu bergotong royong ye.. Best bila buat ramai-ramai macam ini.. cepat je selesainya..
ReplyDeleteDapat caterer yang bagus pun Alhamdulillah.. semoga murah rezeki caterer tu..
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. kalau sebelah perempuan ni agak penat sikit kan. Mujur ramai yang membantu. Tahniah pengantin.
ReplyDeleteBila.ada wedding mcm.ni mmg penat Kan tapi seronok.
ReplyDelete