Julung kali nya - Pengalaman PKP Kuarantin

Assalamualaikum... Hai Semua...

Dalam sejarah kan, ni kali pertama negara menghadapi wabak besar macam ni sepanjang aku hidup di muka bumi ni...

Covid 19
PKP

Besar perkataan tu..

Semua orang duk sebut.

16.03.2020 = Malam masa tengok berita, dapat tahu PKP bakal dilaksanakan. Suami cakap dia tetap kena kerja sebab di bidang "Telekomunikasi". Aku mungkin boleh kerja dari rumah. Dalam group whatsap dah riuh bos-bos ajak meeting esok untuk bincangkan hal ni.

17.03.2020 = Satu Opis & HQ sibuk masing-masing buat persediaan terakhir dari segi kelengkapan untuk staf mulakan tugas di rumah mulai esok. Laptop & system lengkap disediakan. Mujur aku memang dapat laptop masa start kerja 5 tahun lepas.
Meeting di department aku, nak make sure semua boleh WFH (Work from Home) dengan lengkap. Kemudian, siapkan opis untuk ditinggalkan dalam keadaan elok & selamat. Semua on CCTV kat phone. Pilih orang yang mana dekat dgn opis untuk jadi wakil in case apa-apa jadi di opis sepanjang PKP, dia yang kena datang dulu. IT department start call semua untuk tanyakan hal laptop dan system agar semua boleh WFH dengan selesa.
Bagus company ni sebab mereka betul-betul bersedia sebelum ni untuk sebarang kemungkinan kena PKP dan WFH.

18.03.2020 = Startla WFH aku. Masa tu aku sorang kat rumah. Adik aku di UiTM Dengkil tak dapat balik Terengganu, so aku kena amik dia di Dengkil malam ni lepas suami balik kerja. Dapat arahan student di minta pulang. Aku macam-macam pikir sebab masa tu dah start kes kematian di Malaysia. Masa tu ada satu hari kes kematian lebih dari 5, jadi aku rasa memang kes bertambah teruk. Macam-macam sebab adik aku sorang di UiTM dia. Satu hari tu aku rasa tak tenteram. Jam 8 malam kami ke Dengkil amik adik aku. Tinggal dia je sorang tak sempat balik Terengganu. Yang lain budak bilik dia seramai 5 orang sempat balik kampung masing-masing sebelum managemant buat keputusan kuarantin di Universiti.
Lepas adik aku naik kereta, dapat berita UiTM dah tak benarkan student pulang luar dari Selangor. Tarik balik arahan kosongkan asrama. Student kena kuarantin di Kolej. Ada kenalan dia yang dah beli tiket tapi tak dapat pulang. Mak dan adik beradik lain dah lega sebab adik aku dah tinggal sekali dengan aku. Aku pun dah ringan sedikit kepala sebab dah tak pikirkan adik aku.

Sepanjang PKP = Memang tak keluar langsung. Suami memang kerja setiap hari, kadang sabtu ahad ada jugak dia kena kerja. Suami g beli stok makanan 1 minggu sekali, kalau stok masih ada baru suami keluar 2 minggu sekali. Stok barang masak sini payah nak dapat yang fresh so memang seminggu sekali sesuai untuk topup barangan basah. Aku rasakan masa PKP ni belanja makin bertambah. Hehehe.. Sebab duk rumah, asyik nak masak & cuba menu baru. Kalau dulu masa dan bawak bekal g opis. Jarang buat kuih muih. Alhamdulillah, aku tengok masyarakat kat perumahan aku takde keluar rumah melainkan yang kena kerja (sini banyak kilang, so ada jiran aku yang kerja di kilang minyak). Budak2 sini pun takde yang keluar rumah. Bagus betul.

Aku WFH tapi bukan setiap hari sambung internet buat kerja. Sebab internet slow & data phone limited.

Suami ada la bertukang serba sedikit. Dengan paip sink dapur time PKP ni la nak bocor, nasib baik masa tu Hardware dah start buka. Pergi jugak la hardware sebab paip sink bocor ni aku rasa Urgent Case.
Konon nak rajin kemas & mop lantai setiap hari. Rupanya mula-mula je rajin, selebihnya aku melepek depan TV.
Ada adik aku kat rumah boleh cuba macam-macam menu yang viral kecuali Kopi Dalgona tu sebab aku takde nescafe.

03.05.2020 = Pengumuman kata dah start boleh beroperasi start 04hb. So bincang di whatsap kerja segala langkah-langkah keselamatan dan kebersihan untuk buka semula ofis.

04.05.2020 = Tak jadi masuk bekerja sebab nak office nak buat urusan pembasmi kuman.

05.05.2020 = Start kerja semula. Lain macam rasa keluar tengok keadaan luar lepas lama tak keluar. Time ni naik moto dengan suami sebab nak survey lalulintas jalan samada jem atau tak. Sebab bulan puasa ni kalau jem mesti tak sempat masak kalau jem. Kalau tak jem, esok nak start naik kereta. So far jalan ok, clear. Orang dah start niaga tapi aku tengok area sini masyarakat masih menjaga jarak, semua pakai mask. Nampak la orang start nak mulakan kehidupan harian. Alhamdulillah, office sediakan mask untuk kegunaan ketika dalam opis. Masing-masing jaga jarak dan kerap cuci tangan. Pos barang personal di office di larang agar tak ada kemasukan orang luar yang kerap ke office ni. So far kul 6.00 - 6.15 dah sampai rumah. Sempat la masak.

Korang macamana?
Dah start kerja?

Ok. Bye
TakeCare Semua Ya!!!

4 comments:

  1. wahhh dh start keje.. ptot blog update..
    aku masih melepak kat rumah..
    boss xde ckp sruh dtg keje.. boss snyp aku pon snyp.. haha
    tp ade je sklh boss dorg pksa sruh dtg keje.. huhu
    nsb aku dpt boss ok dan baik sgt..

    ReplyDelete
  2. Dalam PKP pun dah start kerja tapi tak ada masalah sangat sebab Sha memang duduk dalam kawasan pejabat.. sekarang ini dah masuk macam biasa 8-5..

    ReplyDelete
  3. Baguslah pejabat awak.. sediakan kelengkapan untuk staf kerja dari rumah..

    ReplyDelete
  4. eh eh memang betul..sejak pkp rasa belanja dapur banyak sangat sebab semua nak cuba menu baru...huhuhu

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo