Jumaat lepas (19 June) adik lelaki aku datang. UiTM Dengkil keluarkan memo yang semua dah boleh datang clearkan barang, tapi secara berperingkat ikut negeri. Student dari negeri Terengganu kena datang dan clearkan barang pada 20 June 2020 (Sabtu). Nasib baik Sabtu, dah tentu aku tak kerja dan boleh hantar dia ke sana. Nama student pun dia tetapkan setiap jam seramai beberapa orang je. SOP ketat dan staff & polis UiTM handle sangat teliti dan setiap check point ada je orang jaga. Bagus betul.
Malam lepas makan, baru gerak ke PutraJaya rumah abang sulung aku. Tido sana malam tu, esoknya boleh g hostel pagi untuk clearkan barang.
Turn adik aku kena g clearkan barang pukul 9.00 - 9.45 pagi sahaja. Mereka memang mengehadkan kemasukan student.
Sampai di Guard House di Gate Utama, kena check suhu dan check online documentation yang dorang suruh isi siap-siap sebelum sampai sana. Lepas kereta masuk hantar student, kereta kena keluar. Hanya student je dibenarkan keluar dari kereta. Kereta kena tunggu luar dari pagar utama. Lepas settle clear barang, student akan call parent untuk masuk semula untuk amik student termasuk barang sekali.
Nasib baik adik aku dan kemas siap-siap sebelum PKP. So tinggal amik barang dan terus hantar kunci hostel kat kakitangan yang bertugas.
Sambil menunggu adik aku siap clear barang. tak boleh keluar kereta sebab hujan. So duk layan anak sedara nak selfselfie guna kamera. Tapi makcik pakciknya yang over. Ramai parents yang tunggu anak masa ni. Tapi tak crowded.
Terima kasih kat staff yang membantu mengangkat barang, mereka cepat-cepat agar kawasan ni tak crowded. Walaupun time tu cuma kereta aku sebijik je kat situ.
Selamat Tinggal Hostel Tualang 2. Selamat Tinggal tempat setahun adik aku tinggal ni. Beberapa kali jugak la aku g jenguk dia kat sini. Kemudian balik semula ke rumah abang sulung di PutraJaya tu. Mereka baru lepas pindah rumah semula lepas renovate rumah ni siap. So kami bantu-bantu la kerja drill rel langsir, frame, cermin & rak perhiasan kat dinding.
Balik rumah sendiri, ahad tu tunggu suami g jemput MIL FIL plak datang stay dengan kami.
Ok. Bye
waalaikumussalam. semoga dipermudahkan segala urusan. aamiin
ReplyDeleteank ngasuh sofia amek brng2 mggu lps..
ReplyDeletedgn sofia skali ikot.. haha
tp bgos la.. SOP sgt ketat..
Beli langsir kat Nilai 3 eh? hehehe. Ketat juga rupanya SOP untuk student UiTM ambil barang-barang derang :)
ReplyDeleteAim carpet rasanya ni...
ReplyDeleteketat sungguh SOP..huhu..kereta pun tak bagi tunggu dalam..
ReplyDeleteNilai 3 mmg best..dulu pernah beli langsir & tempah jahit sekali..
Baik sekali staff hostelnya siap siaga membantu :).
ReplyDeleteSemoga lancar kesemuanya, ya.
Rata-rata semua SOP ketat kan..
ReplyDeletekena ikut step by step arahan depa..
Alhamdulillah selesai dah semua..ayuh pulang :)
ape eh yang hani nk beli..serius xleh teka ^_^
jemput join segmen shida ye :)
http://www.duniashida.com/2020/06/segmen-bloglist-2020-blog-shida.html
Apa yg Hani nak beli?.
ReplyDeletePokok hiasan rumah kot?. Kan tgh viral.
Ha a sekarang ni mmg musim budak budak U ambik barang.... Anak hakak kebetulan duk rumah sewa, mmg tak payah ambiklah kan... Memang seronok Han gi Nilai 3 kalau ada duitlah hihi.... kalau tak de tak best jugak sebab tak dapat membeli kan....mana aci, org beli kita tengok je
ReplyDeletebgs laa staf tu... single lg ke? eh ehhh hahaha
ReplyDelete