Ini Keluarga Kartun Saya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ini keluarga kartun aku..


Ini Keluarga abang sulung aku..
Tanggungjawab menjaga orangtua kami bukan pada dia hanya kerana dia anak sulung.
Tanggungjawab berbakti kepada orangtua adalah tanggungjawab semua adik beradik.

Ini Keluarga abang ngah aku..
Tanggungjawab menjaga orangtua kami bukan pada dia hanya kerana dia memiliki ekonomi yang stabil.
Tanggungjawab berbakti kepada orangtua adalah tanggungjawab semua adik beradik.




Ini Keluarga abang teh aku yang single sibuk berjogging selalu..
Tanggungjawab menjaga orangtua kami bukan pada dia hanya kerana dia bujang.
Tanggungjawab berbakti kepada orangtua adalah tanggungjawab semua adik beradik.


Ini Keluarga kami yang childless and masih TTC..
Tanggungjawab menjaga orangtua kami bukan pada kami hanya kerana kami tiada anak dan punyai banyak masa.
Tanggungjawab berbakti kepada orangtua adalah tanggungjawab semua adik beradik.


Ini Keluarga Alang iaitu adik aku ..
Tanggungjawab menjaga orangtua kami bukan pada dia hanya kerana dia kakitangan kerajaan.
Tanggungjawab berbakti kepada orangtua adalah tanggungjawab semua adik beradik.




Ini Keluarga Uda iaitu adik aku ....
Tanggungjawab menjaga orangtua kami bukan pada dia hanya kerana dia mempunyai isteri cantek yang menjadi surirumahtangga.
Tanggungjawab berbakti kepada orangtua adalah tanggungjawab semua adik beradik.








Ini Keluarga Suami Achik dan Achik  iaitu adik aku ....
Tanggungjawab menjaga orangtua kami bukan pada dia hanya kerana dia bekerja menjahit di rumah.
Tanggungjawab berbakti kepada orangtua adalah tanggungjawab semua adik beradik.



Ini Andak iaitu adik aku ....
Tanggungjawab menjaga orangtua kami bukan pada dia hanya kerana dia bujang dan masih belajar
Tanggungjawab berbakti kepada orangtua adalah tanggungjawab semua adik beradik.

Ini Usu iaitu adik bongsu aku ....
Tanggungjawab menjaga orangtua kami bukan pada dia hanya kerana dia bujang dan adik bongsu.
Tanggungjawab berbakti kepada orangtua adalah tanggungjawab semua adik beradik.

Tanggungjawab berbakti kepada orangtua adalah tanggungjawab kita semua sebagai adik beradik.
Adik beradik aku jugak haruslah membantu pasangan masing-masing untuk berbakti kepada orangtuanya.
Maksudnya di sini kami adik beradik kena berbakti kepada orangtua sendiri dan ibubapa mentua.
Jangan hanya kerana adik beradik aku lelaki, dia boleh sewenangnya suruh isteri menjaga orangtua kami.
Jangan kerana kami perempuan, kami boleh lepas tangan menjaga orangtua selepas telah berkahwen dan melepaskan tanggungjawab itu kepada adik beradik lelaki sahaja.
Tanggungjawab berbakti kepada orangtua bukan hanya duit,tapi masa,tolak ansur, komitmen, kudrat & pengorbanan.


Psst : Sekian iklan daripada Kementerian pembangunan wanita dan keluarga. Hehehe!
Iklan ini akan bersambung lagi kelak jika ada kesempatan/permintaan penonton lagi.

Ok. Bye

5 comments:

  1. Semua kita ada tanggungjawab kan.Seboleh dan semampunya lunaskan kerana Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. Semakin ramai anak2 yang lupakan tanggungjawab mereka kepada kedua ibu bapa yang sudah tua.

    ReplyDelete
  3. menjaga mak ayah kita ada lah tanggungjawab semua anak-anaknya... seronok tengok keluarga han yang adik 9 beradik nih... meriah

    ReplyDelete
  4. kena plop tu cari gmbr kartun ngn family mu.. haha

    ReplyDelete
  5. Betul tu.. Tanggungjawab menjaga mak ayah adalah tanggugjawab bersama..

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo