Update : Permohonan Anak Pelihara JKM

Assalamualaikum... Hai Semua...



Aku ada dapat Surat dari JKM (March 2020), ia sebenarnya adalah surat yang dihantar ke pengarah JKM Klang dan diCC kan kepada aku untuk makluman aku bahawa mereka telah proses permohonan aku dan di hantar ke pihak pengarah JKM

Sekitar 5 March 2020, aku dapat surat balasan dari JKM yang menyatakan permohanan kami telah diproses dan kami suami isteri telah diletakkan dalam short listed untuk permohonan anak angkat. Surat jugak menyatakan agar kami suami isteri tidak menukar no telepon, email dan alamat surat menyurat. Andai ada pertukaran, kami kena maklumkan kepada pihak JKM.

Kalau korang baca kat website JKM pun , memang keutamaan di berikan kepada pasangan yang lebih 5 tahun tanpa anak. Kalau ada masalah kesihatan menyebabkan payah hamil, tu kira satu alasan kukuh jugak untuk dorang letakkan nama kita di dalam senarai menunggu.


http://anak.jkm.gov.my/paponline/index.php?menu=info


Update Kronologi :

06.08.2019 - Isi borang online. Tapi masih ada dokumen yang kami tak sertakan.

05.12.2019 - Dapat surat dari JKM mintak kami ke JKM untuk serah dokumen tambahan.

18.12.2019 - Pergi JKM untuk serah dokumen yang tak lengkap & jalani interview.

05.03.2020 - Dapat surat yang dihantar ke pengarah JKM Klang dan diCC kan kepada aku untuk makluman aku bahawa mereka telah proses permohonan aku.

Psstt : Doakan yang indah-indah ye!


Ok. Bye
XoXO

7 comments:

  1. moga ada rezeki dan dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan hani dan cepat dapat berita yang indah lepas ni.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Semoga berkat ambil anak angkat akan ada rezeki anak sendiri nanti. amin..

    ReplyDelete
  4. insyaAllah.. semoga dipermudahkan segala urusan..
    ade rezeki nanti..
    aku pon xsabarrrrr! =')

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..
    sha doakan semoga proses permohonan awak dipermudahkan diberikan kebaikan buat awak dan suami serta bakal anak nanti.. Aamiin..

    ReplyDelete
  6. semoga akan ada suara tangisan baby sikit hari lagi kat rumah korang.

    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, permudahkan urusan pasangan ini Ya Allah.

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo