Dulu MIL warded kat Hospital Teluk Intan tahun 2018. So First Appointment selepas keluar wad tahun 2018 tu, doktor Teluk Intan suruh ke Hospital Teluk Intan jugak nak tengok progress kaki dan nak bincang samada nak masukkan ulat (utk makan daging buruk) dalam tu atau tak. Rupanya kami tak jadi pun nak masukkan ubat.
So First Appointment memang kami g Teluk Intan. Dari Selangor kami drive g Teluk Intan. Lepas settle sana, kami terus mintak tukar nak check up di Hospital Shah Alam (HSA). Doktor buatkan surat. So next appointment kami g HSA bawak surat tu walaupun sepatutnya alamat kami memang kena rujuk ke Hospital Klang. Tapi kami insist nak HSA sebab lagi dekat/kurang jem.
Dari Selangor ke Teluk Intan masa appointment doktor tu memang memenatkan. Bawak plak orang tua, lagi la double memenatkan dan kasihan kat mereka. FIL dah bising2 sebab tubuh dia sakit-sakit (masa tu FIL boleh bangun, cuma tak larat nak berjalan, kena berkerusi roda jugak). Masa appointment, FIL hanya tunggu dalam kereta. Kami nak tumpangkan dia di rumah kakak ipar dia taknak.
Lepas tu, bila refer ke HSA, kami takde call dulu. Suami main terjah je naik ke Tingkat 3 Bahagian Ortopedik, rupanya kena turun register kat Ground Floor dulu di Bahagian Pendaftaran untuk fail rekod untuk pesakit. Hehehe. Time tu suami g sorang sebab aku kena kerja. Payah g sorang sebab nak cari parking lama, rugi masa menunggu parking sedangkan kalau ada teman dah boleh proceed tunggu kat pendaftaran dahulu. Tu pun nasib baik ada orang tolong suami & MIL yang menolak wheelchair tengah panas sebab parking jauh. Dia tumpangkan kereta dia dan hantar ke depan pintu masuk.
Kali kedua pergi, aku memang siap-siap ambik cuti kerja. Awal pagi pergi HSA, eh rupanya ada lagi yang paling awal (tidur kat sana agaknya,hehehe) . Suami cari parking, aku pulak terus bawak MIL masuk kat kaunter daftar.
Ni prosesnya SETIAP KALI appointment Ortopedik di HSA (2018 - 2020):
1. G kat Bahagian Pendaftaran - Beratur dan tunjukkan kad temujanji dan Amik no giliran. Dia akan panggil no giliran kemudian berurusan di kaunter dia then mintak kita naik ke Tingkat 3.
2. Naik Tingkat 3 g kaunter bahagian ortopedik - Masukkan kad temujanji dalam bakul, dia akan bagi no giliran lagi.
3. Jumpa doktor lepas no giliran dipanggil.
4. Doktor suruh pegi ke bilik 11 (bilik rawatan) untuk cuci kaki by nurse dan doktor akan datang tengok luka. Kat sini kena letak kad, no akan dipanggil untuk cuci luka (no sama)
5. Masuk bilik doktor semula kalau doktor masih nak bagi consultant/ bagi slip ubat.
6. G kaunter bahagian kaunter ortopedik semula untuk amik tarikh next appointment.
7. Turun Ground Floor untuk amik ubat di kaunter. Siap!
Kalau aku pegi sekali, boleh la speed up the process. Suami cari parking aku dah boleh start amik no giliran kat kaunter pendaftaran. Bythetime nak naik tingkat 3, sementara suami & MIL tunggu lift, aku boleh naik tangga dulu supaya cepat sampai tingkat 3 untuk g kaunter bahagian ortopedik plak. Boleh la pintas beberapa pesakit lain yang tengah tunggu lift tu kan. Bila dah settle jumpa doktor, bythe time suami tunggu di kaunter bahagian ortopedik untuk amik tarikh next appointment, aku terus boleh g amik ubat di farmasi lepas dapat slip ubat dari doktor tadi. Kami sebolehnya bertindak cepat sebab nak jimatkan masa, sebolehnya kami nak settlekan semua dalam setengah hari je, sebab kadang2 petang kami kena masuk kerja.
Fisrt appoiuntment kat HSA dulu kami pergi pukul 9pagi settle jam 4 petang. Second time pegi kami boleh settle jam 1 petang. Makin lama, kami makin cepat settle, ada masa pukul 12 tengahari kami dah settle. So aku boleh amik half day leave instead of whole day. Memang sorak gembira aku time tu tak kematu bontot menunggu.
Setiap kali call, aku bagitahu no ID pesakit. Dah banyak kali call untuk amend appointment date & tanya anything yang aku confuse..
HSA ramai orang yer.. Yela hospital baru kan, lagi pulak kat Shah Alam tu bape ramai penduduk kan. Pastu aku yang alamat Klang duk g Shah Alam sebab lagi dekat dengan rumah aku berbanding Hospital Klang. Proses menunggu setiap tempat tu lama sangat. Ni nasib baik MIL warga emas, keutamaan di beri kepada dia. Kami kalau ke sana awal pagi, memang breakfast dalam hospital bawak bekal siap-siap macam nak piknik. Siap bawak sweater untuk MIL kalau sejuk ekon, berstokin bagai. Bawak jugak gula gula incase MIL hypo bila gula terlalu rendah andai kata lepas insulin tapi MIL makan tak banyak. (Giler banyak persiapan aku, orang laki tahu lengang-lengang je g hospital)
Kami sebolehnya jimatkan cuti sebab ada banyak appointment HSA (Ortopedik) & appointment Klinik Kesihatan Kapar (Diabetic, Darah Tinggi & Kolestrol) untuk MIL. Ni pun dah kira ok, sebab takde appointment FIL sebab FIL sejenis taknak terlibat dengan hospital. Kalau dia sakit kami panggil doktor swasta je datang rumah (Haaa.. lagak macam orang kaya dalam TV, sakit je panggil doktor datang rumah..hahahah!)
And aku jugak simpan cuti untuk aku balik Terengganu jenguk orang tua aku, ayah aku pun dah uzur jugak. Mak aku dengan sakit lulut dia. Bila duk jauh aku memang selalu simpan cuti untuk balik kampung aku. Sebab tu kadang-kadang aku balik Terengganu lama bila aku banyak cuti. (Untung sapa yang dekat dgn parents, sobbbb.. sobbbss.. sedih ai)
Kenangan : Masa MIL warded di Hospital Teluk Intan, raya puasa 2018
Pstt : Please keep asking nurse/doktor/staff if ada anything to clarify about appointment/process/etc. (Nak tukar appointment ke, nak tangguh ke, nak buat appointment baru sebab terlepas appointment ke, just call them) Masa kat HSA memang jumpa ramai yang terlibat dengan bahagian tulang, pesakit luka kencing manis pun dia refer ke bahagian Ortopedik, so kita akan jumpa banyak ragam pesakit, banyak jenis luka kencing manis, banyak jugak boleh berbual soal rawatan yang masing-masing ambik untuk sembuhkan luka. Rupanya kita bukan yang paling susah, ada yang lagi susah dari kita.
Semoga boleh jadi panduan untuk semua yang mana baru-baru nak buat rawatan check up di HSA especially Ortopedik (ikut kategori sakit jugak kot,kan!!)
Ok. Bye
XoXO
moga dipermudahkan urusannya...kalau pergi sorang ke hospital pakar macam ni memang penat, kalau ada teman boleh percepatkan prosesnya..saya sendiri rasa as pesakit yang kena pergi appointment, kalau pergi berdua, mudah sikit bila ada driver..
ReplyDeletememang kena banyak bersabar bab bab appointment ni. semoga mudah semua urusan ya..
ReplyDeletekita memang kene banyak tanya pada pihak hospital atau pada orang lain yang ada pengalaman di rawat di situ, lagilah kalau bawak org tua kita memang tak nak berlama-lama, apa pun hani dan suami memang anak menantu yang sabar
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan Han.. Sis dah rasa dah feel tu sebab ada hantar Emak juga ulang alik ke hospital untuk rawatan cancer tu...memang kena alert dan banyak bertanya den gan Doktor, kalau tak menyusahkan kita..
ReplyDeleteSA doakan semuanya akan menjadi lebih baik..semoga allah permudahkan buat semua ye
ReplyDeleteTerima kasih untuk tips diberikan, dan semoga orang tua kita semua sihat sentiasa :)
ReplyDeletehospital kerajaan ni bab menunggu yg paling tak larat, satu lg bab cari parking..Alhamdulillah, ada strategi, mempercepatkan proses...
ReplyDeletesuka tengok FIL genggam tangan MIL..saling bg semangat..
semoga cepat sembuh
ReplyDeletei trauma apa2 hal yg melibatkan masuk wad..sbb my late father..sblm meninggal memang masuk wad (GH) and got some bad experience...:(
ReplyDeleteRomantiknya FIL pegang tangan MIL tu. Kasih sayang juga ubat.
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan urusan Hanni dan suami menjaga orang tua. Bukan sesuatu yang mudah.
Moga dipermudahkan urusan selalu dan ditinggikan darjat menjaga orang tua, 2 orang sekali bukan tugas yang senang... akak dah rasa menjaga arwah ayah yang strok dulu, sedih sangat jika dikenang.... Harap awak dan suami selalu diberi kesabaran...amin.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan dan kesihatan MIL diberi kesembuhan oleh Allah. Scary dengar nak bagi ulat makan daging buruk tu..ya Allah, tak boleh bayang..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan mak mertua Tu ye
ReplyDeleteMasukkan ulat?? Tak sanggup lah.. semoga kita dipermudahkan allah dlm urusan menjaga kebajikan ibu bapa
ReplyDeleteboley ka kalau nak tukar tarikh appoiment
ReplyDeletesis, mcam mana prosedur tukar appointment ke hospital lain? boleh cerita lebih detail tak? saya dalam proses nak tukar mak ke hosp yg dekat dengan saya. tq..
ReplyDeleteIzny : Sy dah reply kt blog u. sy reply sini jugak ye.
ReplyDeleteMIL sy msuk Hospital Teluk Intan. Lps kluar kami nk bwk dan jaga dia di Selangor.
Kami mintak Dr buatkan surat yang mengatakn kami nak folow up ke Hospital lain plak.
Dr buat surat.
Kami bwk surat tu ke H.ShahAlam HSA . Kami g tanya kaunter bawah kat HSA psl ni. Staff HSA buatkan file untuk MIL kes baru dan boleh follow up mcm biasa..
Untuk g KK, kami bwk surat cuci kaki. Pastu register mcm biasa, pastu staff buatkan kad appointment KK untuk follow up amik drh. ke KK setiap 3bulan gitu amik drh dan follow up.
Ke HSA setahun sekali je.
Unknown : Blh tkr, call je hospital bahagian tu. Ni kalau HSA la. Sbb sy prnh call tkr appointment masa MIL masuk wad terlepas appointment HSA. Baca no rujukan pesakit nnt mintak tarikh baru. Tp ni lama dulu before covid.
ReplyDeleteKalau appointment KK, bila sy call dia suruh sy dtg amik ubat dan bg tarikh baru. Kena dtg amik ubat jgk. sbb appointment akan skip lama sementara nk dpt date baru. so ubat akan habis, so dorg suruh amik ubat. date baru ialah 1-2bulan slps tu.bknnya minggu ni nk ubah date. dpt date lain sesuka hati. ni KK Kapar. Dorang ada kuota sehari bape patient utk 1 doktor. Katanya la.. hehe..