Hari tu ada balik kampung masa raya haji.. Balik naik satu kereta dengan abang sulung aku. Dia gilir2 drive dengan suami aku.. Xde la penat sangat drive bergilir2 kan.. Aku park kereta kat opis aku, naik grab g tunggu kat Petronas Gombak sebelum highway tu.. Ayah aku dah keluar wad sebelum raya haji. Alhamdulillah. So tak perlu la ke hospital musim2 covid ni kan..
Tunggu grab. Aku bawak balik sekali barang adik aku yang dia tinggal kat rumah aku masa PKP hari tu
Raya pertama :
Mak aku masak nasi dagang. Takde nak berphoto bagai. Masing2 malas nak iron baju, aku? lagi la malas.. Petang tu bawak anak sedara 3 orang g mandi mandi. Cari port yang tak ramai orang. So takde la campur dengan orang.
Sakan nohhh
Geng g pantai
Keesokkannya :
Konon lepas g makan kat mykori, kami nak g pantai batu buruk. Rupanya cuaca tak mengizinkan, kami masuk KTCC. Ni kali pertama aku jejak kaki ke sini walaupun rumah dekat. Malas sebab new norma ni leceh nak beratur panjang kan.
Adik aku cakap best. Aku try la
Dengan depa yang single je kami selalu habiskan masa. Yang lain semua dah kawen!
Konon nak g pantai, akhirnya tersadai kat dalam mall.
Hari berikutnya :
Suami ajak makan 'celup tepung". Aku iyakan aje. Aku malas sebenarnya sebab takut ramai orang. So,aku plan g awal, sebelum kul6 kena sampai kedai. Naik jambatan gantung, dalam 10minit dah sampai naik moto. Betul!. G sedikit awal, memang beratur tak panjang.
Aku cakap kat suami amik udang dan sotong je. Malam ni ada aktiviti lain kat rumah.
Malamnya buat aktiviti di dapur, Sibuk nak buat corndog la, ada yang nak burger la. Perancangan bukan main banyak nak buat itu ini. Sedangkan kalau balik kampung, mesti banyak je aktiviti.
Aku buat burger. Adik2 buat corndog.
Tengah malam curi-curi makan eskrim dengan adik beradik aku.
Sehari sebelum balik KL.
Abang sulung aku g membeli di Pasar Payang, aku taknak ikut. Tahu sana mesti crowded musim2 raya haji ni kant. Aku duduk rumah buat dumpling/dimsum lagi bagus. Tengok kat FB, terus aku buat dengan adik aku. Gigih cari kulit dia kat pasaraya. Dapat la 23-26 biji, sekali serbu habis. Tak padan dengan penat duk mengentel bentukkan ia. Hahaha
Boleh la.. Janji sedap tekak sendirik!
Petangnya kak ipar ajak survey chalet untuk kami bawak ayah berjalan ke sana kelak. Takde la duduk terperap je kat rumah. Tak jauh pun, kat Marang. hehehehe.. Duk survey tempat, faciliti dan harga bilik. Sini memang berbaloi. Sapa yang nak tidur semalaman sebelum naik ke Pulau Kapas memang sesuai kat sini. Tempat cantek. Bilik pun banyak yang menghadap pantai. Tak banyak aku amik gambar sebab dia ada share gambar kat wassap dia. U google je CHALET SU. Mesti jumpa
Ruang lepak depan bilik
Antara bilik2 dia
Tak melepaskan peluang bergambar kat sini
Berangan konon-konon bercuti di bali. Hahaha..
Hari Balik KL:
Malam sebelum ni aku siap2 packing dah. Tumpang kereta orang kan memang kena limitkan barang. Tu pun aku sembat duk shopping kedai RM2 kat kampung aku. Hahaha.. Kat area rumah aku di Kapar takde kedai Eco RM2. Tu yang aku jakun bila jumpa kedai RM2 Eco. Ni semua dak Ezy punya pasal. Dia tu suka kedai Eco..Semoga jumpa lagi.
The HARDEST part is SAYING GOODBYE
Satu beg barang kedai 2 hinggiiiiitttt..
Dulu plan ada duit nak bercuti ke luar negara. Hakikatnya, ada cuti ke, ada duit ke, aku cuma nak balik kampung habiskan masa dengan keluarga!. Tu je.
OK. Bye
XoXO
Peluang yg ada baik habiskan masa dgn familykan.. skrg nk pi tempat crowded pun takut tp masuk market redho
ReplyDeleteAhh the celup tepung, i is jeles.
ReplyDeletebestnyaaaa kalau balik ke kerteh kadang saja ambil cuti lama sikit boleh ke kuala terngganu suka layan pantai situ... tak pernah jemu
ReplyDeleteuishhh bestnya raya haji mu..
ReplyDeleteraya haji aku sbuk naik houseboat.. haha
xtau la bila nk update psl raya haji ni..
bz bebenor duk sklh baru.. kikiki
kedai eco la kedai febret aku.. haha
Meriahnya! Rasa bahagia sangat bila dapat kumpul bersama. Makanan pula sedap-sedap belaka!
ReplyDeleteSeronoknya dapat pulang ke kampung
ReplyDeletecantik chalet die tu
ReplyDeletecute jer caption posing ala2 kat bali hehhehe
ReplyDeleteBalik kampung sehari tu pun dah banyak aktiviti buat ye, seronok. Best jugak bawak mak ayah jalan-jalan walaupun dalam negeri sendiri, boleh ubah mood sekali sekala..
ReplyDeleteSalam, blogwalking here. Done follow blog ini. Wah, bestnya jalan2x bersama family. rasa bahagia kalau dapat jalan2x bersama keluarga tersayang. :)
ReplyDeleteRindunya celup tepung tu... kpg ganu ke hani?
ReplyDeleteBalik kampung macam-macam aktiviti plan sampai rasa tak cukup masa dan tak puas balik kampung.
ReplyDelete