Sebelum ni bila air takde,kami sempat simpan air sebab ada dapat notifikasi di telepon bila terdapat gangguan air, mahupun bila ada penyelenggaraan seperti paip bocor di Klang ni especially di area rumah kami.
Tapi kes air takde akibat pencemaran, memang tak dapat dielakkan, so kami dapat nofikasi agak lewat. Masa tu kat office, tahu air takde. So memang tak sempat langsung nak simpan air kat rumah. Memang berharap kat Tangki atas bilik air rumah aku tu je la. Nasib baik aku masih ada air satu tong kecik yang aku simpan untuk dapur dulu (simpan masa masalah air sebelum PKP dulu).
Bila masalah air sekarang jadi isu besar kat kami sebab :
1. Nak masak untuk MIL FIL (jarang beli kat luar sebab risau dorang sakit perut)
2. Cadar/pakaian kencing FIL
3. Takut tak sempat nak shopping air mineral di pasaraya.
Office aku takde air since Khamis 3 September (around 11pagi macam tu). Aku terus simpan air siap2 untuk aku wuduk selain untuk tujuan "buang hajat". Masa tu terpikir "Alahai, tak sempat nak simpan air untuk rumah nanri sebab aku masih kat opis ni".
Malam tu balik masak sardin, dan telur goreng then habiskan sayur sawi. Simpan stok air minuman siap-siap. Masa tu cadar kencing FIL tengah rendam dalam mesin basuh dari siang time kami g keje, terpaksa kami spin dan biar kering tanpa bilas (nak kosongkan mesin & elak cadar bau masam kalau berendam lama)
Jumaat aku bawak air minuman dari rumah, malas nak berebut beli air mineral kat kawasan opis, atau kalau ada pun air mineral level kayangan yang RM4.50 sebotol. Huhuhu. Alhamdulillah hujan Jumaat tu, cleaner opis tolong tadahkan air. Banyak jugak kami dapat untuk kegunaan flush toilet. Bekas bekal makanan aku memang aku bawak balik rumah tanpa basuh. Berharganya air masa tu. Jumaat aku panaskan sardin dan goreng ayam je. Suami kena g Puchong bawa MIL dressing kencing manis.
Tadah air hujan. kumpul sedikit2..)
Balik keje Jumaat tu, aku tadah la tong besar mana tahu kot-kot hujan malam tu (hehehe). Punyala berharap hujan, sebab aku nak air untuk flush toilet. Risau kalau MIL sakit perut (MIL mudah kena cirit-birit). Alhamdulillah. MIL ok sepanjang isu takde air tu. Takde sakit perut.
Rupanya takde hujan di saat aku memerlukan.. uhukhukk~
Saat ko berharap hujan. gigih ko tadah ye.
Ahad pagi baru ada air kat rumah kapar. Leganya alahai. Terusla mendobi non stop kat rumah sendiri. Aku was-was andai kata pinggan basuh tak bape bersih basuh masa guna air simpanan dalam tong, aku basuh semula sekali lagi time bekalan air dah ada. hehehe! Gigih ko!
Andaikata kalau MIL FIL larat (FIL tak terlantar), memang takde aku nak tunggu takde air ni. Memang aku ajak suami angkut semua g check in hotel jugak la.. Kih kih kih! Kalau ada anak kecik, boleh diangkat bawak ke hotel. Main swimming pool kan. Hehehe..
Baru 3hari takde air, kami dah rasa susah sangat2. Macamana la orang yang lagi lama takde air. pastu yang selalu ada masalah air yang sampai masuk TV isu ni..
Jangan la kerap ada isu air kat Malaysia ni.. Mana yang bersalah cemarkan air tu, kita saman kaw-kaw ye. Sebab menyusahkan semua rakyat.
Pssst : Boleh ke kita call mintak bekalan air datang ke perumahan kita? Ke memang kena tunggu dorang datang je? Lps ni memang kena selalu simpan stok air.
Ok. Bye
Jangan la kerap ada isu air kat Malaysia ni.. Mana yang bersalah cemarkan air tu, kita saman kaw-kaw ye. Sebab menyusahkan semua rakyat.
Pssst : Boleh ke kita call mintak bekalan air datang ke perumahan kita? Ke memang kena tunggu dorang datang je? Lps ni memang kena selalu simpan stok air.
Ok. Bye
semoga masalah air di selangor dapat diselesaikan dengan segera
ReplyDeleteakak selasa baru ada air dik oi... seksa cuma nsbla kedai dobi dekat rumah tu masih buka lagi tak risau la bab baju...
ReplyDeletelainkali boleh panggil lori air tu untuk kegunaan orang di taman tu... selalunya dia akan datang hantar
tapi pengalaman ammi pakai diapers masa operate jantung haritu..macam tak berfungsi je diapers tu. Sekali kencing terus basah lencun hancing. Dahlah tak dibenarkan angkat kaki pun redha jelah. Rasa lagi elok pakai salur kencing yg macam kalau kita czer tu.
ReplyDeleteTabahnya sis.. besar pahala, semoga dipermudahkan urusan2 sis sekeluarga
ReplyDeletesusah kan kalo xde air..
ReplyDeletebyk benda nk buat guna air..
kalo xde letrik ok lg..
Takde air memang seksa. Sedangkan tak ada air sekejap pun seksa inikan berhari hari. Harap selangor dan isu air berakhirlah.
ReplyDeleteOrang kata, biar tak ada letrik, jangan tak ada air... heheeee. Kesian negeri saya ni.
ReplyDelete