Baru teringat nak up kesah ni as kronologi kami dalam urusan anak pelihara JKM.
29.09.2020
Suami dapat call dari staff JKM dan dia mintak email address untuk forwardkan surat jemputan. Masa tu masih ada isu covid dalam Malaysia. So kami tak sure majlis ni akan cancel atau boleh diteruskan. Rupanya masa tu covid masih terkawal dan aktiviti berjalan macam biasa. Jemputan dalam 80 orang, yang hadir dalam 80-90%.
Surat Jemputan
06.10.2020
Kami join seminar dari jam 8.30 pagi - 1 petang di dewan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di PutraJaya. Minggu tu suami kerap cuti sebab urusan dressing kaki MIL di Klinik area Puchong. Tapi mujur suami masih boleh join seminar ni. Aku cuti separuh hari je untuk hari seminar ni.
Alhamdulillah. JKM lakukan segala SOP yang perlu sepanjang majlis ni. Tapi musim2 virus ni kan, kita duduk berjauh-jauhan dan kurang bersembang dengan semua pemohon anak pelihara (peserta). Kami bersembang dengan peserta yang duduk satu meja mulat (besar) masa makan lunch tu pun duduk jarak2. Macam2 kesah/macam2 perjalanan orang lain dalam TTC.
Suami isteri pun duduk berjauhan ikut SOP
Kalau orang tanya isu apa disembangkan dalam seminar ni?
Ala.. isu family la. Isu anak, cabaran menjaga anak, pemakanan anak, emosi anak, kawalan anak, tanggungjawab ibu bapa angkat, dan sebagainya isu berkaitan. Ianya lebih kepada cara membesarkan anak & memberi persediaan untuk para ibu bapa angkat incase dapat anak kelak.
Sepanjang seminar
Masa penutup seminar akan ada ucapan penutup la dari pihak2 atasan JKM. So banyak nasihat/semangat mereka bagi untuk semua yang hadir.
Mungkin ada orang tanya soalan ni:
Dah dapat anak angkat ke masa join seminar ni?
Jawapan : Belum dapat lagi anak. Anak angkat pun takde JKM nak bagi masa ni. Tak tahu bila giliran. Ni cuma persiapan awal JKM buat untuk pemohon yang terpilih masuk dalam waiting list/keutamaan.
Ada yang dah dapat anak angkat masa join ni?
Jawapan : Ada. Ada pemohon yang dapat anak angkat (anak angkat bukan JKM bagi, tapi anak angkat dapat dari pihak lain tapi proses melalui JKM untuk urusan rasmi anak angkat). So JKM panggil untuk join seminar sekali. (Means kau dapat anak angkat direct cari mak budak tu,bukan dari JKM, tapi kena berurusan dengan JKM untuk documentation sahaja, tapi still kena join seminar ni)
Tu sahaja.
Ok. Bye. XoXO