Ayoh Leloh Lagi

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ayoh aku sejak tua ada leloh plok.
Sebetulnya paru-paru rosak, sebab tu tak okey pam oksigen dan terasa leloh. Sedangkan masa muda takde leloh pun. Memang pakai inhaler ubat sedut leloh tu. Memang tukar sokmo di HBKT.

Beberapa hari lepas dalam group whatssap kul 11 malam adik beradik aku angkut ayoh aku bawak g hospital. Kena tahan wad awal pagi tu lepas beberapa jam di Zon Merah.

Terhutang budi kat adik beradik aku yang ada kat rumah. Semuanya yang bujang dan seorang yg dah kawen bulan Feb 2020 hari tu. Adik beradik besar2 semua dah kawen dan duk luar Tganu/ luar daerah K.Tganu.


Masa first pindah ke wad










Bila beransur okay


Aku bagi sumbangan sikit bank in duit kat adik bongsu aku bila doktor syorkan beli AeroChamber untuk lelah ni. Tak besar pun berbanding bakti/peluang adik beradik yang ada kat kampung tu. Boleh topup buat beli ubatan lain/keperluan lain. Alhamdulillah, adik beradik lain pun tak lepas tangan. 

Nasib baik zaman lani ada group whatsap. Boleh tengok perkembangan/sharing dari pihak di kampung.

Sources : Facebook


Alhamdulillah. Boleh balik hari ni
Terima kasih untuk adik beradik yang banyak membantu


Last balik masa September. Pastu bulan 10 dah start PKPB kat Selangor ni. Bulan 11 pun PKPB lagi.
Aku dah simpan cuti siap2 nak balik bulan 12. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

Aku duk Selangor. Suami Kg di Perak. Tapi sekarang mentua memang uzur dan tinggal di rumah kami di Selangor. So kalau ada cuti memang aku balik Tganu je skrg. Kalu dulu gilir2 balik kampung suami dan kg aku. Kg jauh ni kan, kalau cuti memang takde nak berjalan ke lain, memang pikir nak balik kampung je jumpa orangtua/family.

Duduk berjauhan ni. Bila balik kg baru nampak :

"eh, tua sangat doh ayoh aku"
"eh beruban penuh dah mak aku"
"eh koho kurus ayoh aku"
Kalau VideoCall tak nampak jelas semua tu.
Sebab tu saying GoodBye is NOT EASY setiap kali nak balik ke KL semula. Sebab entah bila akan berjumpa/berpeluk lagi antara satu sama lain antara ahli keluarga kita kan..

:(

:(

:`(

Mintak doakan kesihatan kedua orang tua kami. Mintak dipermudahkan segalanya.


Ok. Bye

11 comments:

  1. semoga diberikanNya kesembuhan segera buat ayoh Hani, lega kan bila ada adik beradik duk jaga ayoh di kampung dalam waktu-waktu pkpb ni kita di sekat dari rentas negeri bagai. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh. Sekarang ni tengah musim jerebu, lagi kena ambil langkah berjaga2.

    ReplyDelete
  3. semoga ayoh cepat baik. begitu la kan. bila kita duduk jauh dr org tua, perkara mcm ni mmg mengundang sebak.

    moga baik2 saja untuk orag tua kita. amin

    ReplyDelete
  4. semoga diberi kesembuhan kpd ayoh Hani..amiin..

    Alhamdulillah, adik-beradik membantu dari pelbagai segi..

    ReplyDelete
  5. mesti risau kn dok berjauhan dgn org tua kita... semoga mereka dikurniakan kesihatan yg berpanjangan

    ReplyDelete
  6. Salam kenal hani. Semoga ayah hani diberi kesembuhan dan kesihatan semula ye.
    Kak pun last balik teganung bln 12 tahun lepas, pastu tak lepas2 nak balik, tambah2x dah pkp ni. Rindunya nak balik rumah arwah mak. Rindunya kepok leko, nasi dagang..jalan2x di bdr kola teganung waktu malam..

    ReplyDelete
  7. Semoga mak ayah kita sentiasa sihat di kampung. Aaminn
    Syukur juga ada adik beradik yang masih tinggal dekat dengan mak ayah.

    ReplyDelete
  8. insyallah semua baik2 saja.. pakcik kena rehat banyak tu..
    jangan buat kerja berat2..

    ReplyDelete
  9. Semoga ayah Hani sihat selalu. Aamiin.

    ReplyDelete
  10. ada asma teruk ni kadang2 tak terjangka.. boleh iktiar cari ubat lain selain inhaler tu.

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo