Selepas 2 tahun setengah di rumah kami sejak dorang uzur, kali ni FIL masuk wad buat kali pertama. Kesahnya bermula selasa (29.12.2020) lepas, MIL call suami petang tu bagitahu FIL tak bangun, kurang makan, kurang minum. Macam tido, panggil pun tak bersahut.. MIL dah call semua anak-anak suruh datang tapi takde yang datang sebab masing2 kerja. Suami jemput aku dari opis di PJ dan kami sampai rumah agak lewat sebab suami kerja jauh sekarang di Kajang hampir 80km dari rumah. Aku tunggu dia jemput aku sebab kereta dia guna. Tu pun suami pecut kereta bukan main laju lagi.
Sampai rumah, kami kejutkan bapak. Bapak macam tido. Aku suruh suami call je doktor swasta datang check. Tapi suami suruh tunggu dulu sebab nak tengok progress pagi esok sebab so far FIL bernapas elok, sesekali nafasnya laju dan berbunyi. Bila kita luruskan kaki dia, dia macam tersentak seolah dia rasa sakit. Bila lap tubuh-kejutkan FIL, dia celik mata sekejap. So, kami ingat semua akan ok sebab FIL masih sedar dan buka mata bila kami uruskan lap2 tubuh dia.
Suami kata nak monitor dulu. Aku suruh suami tido di bilik MIL dan FIL malam tu. Kalau jadi apa2 malam tu, atleast suami sedar dan ada kat situ. Entah macamana suami terlelap tak jadi g bentang tilam tido bilik MIL FIL lepas aku bangun tido pagi tu dia ada kat sebelah. (aku tahu dia penat ulang alik keje Kapar-KajangSemenyih almost 77km sehala). Pagi2 tu bila tengok progress FIL sama, aku terus desak suami untuk call ambulans/atau kita angkat bawak g klinik/panggil je doktor swasta check.
Takkan nak biar je. Kita tak tahu apa2.
6.30am aku start masak untuk MIL.
6.45am suami call ambulans. Suami sempat tukarkan pampers dan cadar FIL. Lap2 tubuh mandikan bapak
7.30 am -Salah sorang abang ipar aku ada datang untuk bawak MIL cuci kaki di Klinik Walia Puchong sebab hari tu kami mintak tolong dia untuk bawak MIL g klinik, sebab kami nak urus FIL. Dia sempat tengok bapak sekejap saja, pastu terus gerak gi klinik. Kiranya MIL tak sempat tunggu ambulans sampai bawak bapak.
Sekitar 7.40 am macam tu Ambulans sampai. Adik beradik yang lain takde datang lagi masa ni. Jiran2 india semua dah datang tengok bapak bila tahu ambulans datang. Jiran2 sini memang dah sedia maklum memang kami ada menjaga MIL FIL uzur.. Jiran India sebelah rumah ni (yang rapat dengan kami) bising kat kami sebab tak bagitahu dia awal pasal keadaan FIL. Selama ni dia memang byk menolong. Entahla.. kami bingung time tu campur plak balik keje penat malam tu. Bila pagi nak g bagitahu dia pasal FIL, rumah dia berkunci lagi. Kakak india tu peluk aku suruh aku sabar, siap pesan suruh call dia kalau ada apa2 sbb dia nak g keje. "call saya kalau ada apa2, call saya kalau nak mintak tolong, saya akan balik dari kilang saya". Dia keep call suami aku tanya perkembangan FIL bila FIL dah dibawak ke wad.
Masuk rumah, pembantu pengawai perubatan (lelaki) buat pemeriksaan.
Tekanan Darah - tinggi 141
Kencing Manis - 14
Jantung laju
Amik sample darah
Dorang Bawak masuk FIL ke ambulans. Suami naik ambulans ikut ke hospital. Masa FIL dah dalam ambulans, baru ada sorang lagi abang ipar dan kakak ipar baru sampai. Mereka dapat jenguk FIL dari luar ambulans saja. Pastu dorang naik kereta ikut ambulans.
Suami suruh aku g keje sebab aku dah banyak cuti sebelum ni. Jangan cuti lagi. Sebab suami aku tahu aku kumpul cuti aku jugak untuk aku balik jenguk orang tua aku di Tganu (ayoh aku leloh teruk dan lagi kerap keluar masuk hospital)
4.00 petang baru FIL register masuk wad. Doktor benarkan Suami tunggu di kecemasan sekejap sebab nak tanya sejarah kesihatan FIL dan doktor bg suami tgk FIL sekejap pastu dah kena tunggu kat luar sehingga FIL masuk wad. Tak leh teman. Tak leh tunggu di musim covid ni. Lepas FIL masuk wad, baru suami aku balik.
Urmmmm..
Aku rasa aku patut luahkan kekesalan aku kat sini :
Ada yang berkata kenapa bawak orangtua ke hospital musim covid ni???
Nanti xleh teman kalau kena warded
Nanti kat dalam tak tahu doktor cucuk itu ini kat orangtua tu. Kesian
Nanti kita tak tahu apa jadi dalam wad tu sebab tak leh masuk tengok.
Takleh datang menjaga kat wad. Kena tinggal sorang2..
Urmmmmm.. Sebenarnya tak tahu nak komen apa..
Sebab takkan nak biar FIL macam tu je kat rumah?
Kami suami isteri ni bodoh. Tak tahu hal perubatan.
Kami kejut2kan je, bagi air dalam mulut,kejutkan lagi. check demam ke tak.
Sebab tu kami call ambulans..
Sebab kami ni bodoh xtahu nak buat apa bila FIL dah tak berapa sedar/separa sedar/tak sedar langsung time tu.. Nak check nadi seminit berapa pun kami tak tahu, nak check kencing manis kebetulan hari ni kertas strip tu habis. Rasa dahi je panas ke tak. Ada kuman ke dalam tubuh FIL, kami tak tahu. FIL terbahak/terbatuk lepas suami suapkan air guna sudu, kami takut sangat. Kejut2 goncangkan tubuh pun FIL dah tak bukak mata pagi tu. Kami berdua bingung nak buat apa..
Dalam rumah tu hanya kami berdua suami isteri, pastu ada FIL yang tak sedarkan diri atas katil, dan pastu ada MIL yang uzur berbalut kaki kena dressing cuci kaki setiap hari tu.. Yang lain belum datang since malam hingga pagi tu. Kami memang tak tahu nak buat apa selain ke hospital...
Takkan nak biar je FIL macam tu tak sedarkan diri.. Macam biarkan aje tanpa cari doktor.
Memang selama ni dia menjerit2 taknak g hospital. Ni dia dalam keadaan tak sedar, angkat masuk ambulans je la.. Kalau dah sihat, amik saja bawak dalam ke rumah. Tu aje yang aku pikir.
SUMPAH. Kalau nk cakap, banyak benda aku nak cakap. Tapi aku usahakan untuk diam.
Sapa yang jaga je tahu. Jaga sehari tak sama macam jaga seminggu. Jaga seminggu tak sama macam jaga sebulan. Jaga sebulan tak sama mcm jaga setahun. Setahun belum tentu sama macam orang yang kena jaga selamanya.
Family aku di Terengganu tu sakit sikit terus g spital. anak deman terus g spital. anak demam xnak makan taknak minum, memang kami bawak g spital. masuk air, atleast tubuh tak kering. Ni kalau duk biar je orangtua tu xg spital, aku pikir tubuh pun takde air nanti.. Ayoh aku di kg tu berkali2 masuk wad musimm covid ni sebab leloh. Sape suka-suka nak g hospital kan kalau bukan kecemasan. Kan..?
Semalam nurse call suruh bawak pampers & wet tissue..
Pagi ni kami call hospital.
Walaupun berjam-jam baru call dijawab, kami tetap tunggu. Sebab tu je peluang nak tahu keadaan FIL dalam wad sebab takleh datang melawat kan.
Updated: Dis hospital FIL makan minum guna wayar dalam wad, pakai wayar kencing, pampers pun pakai untuk berak, on antobiotik.
Kencing manis tinggi
Tekanan darah tinggi
Buah pinggang sudah rosak (tapi tak teruk sangat hingga kena cuci/dialisis)
FIL dah sedar. Panggil nama dah menyahut, doktor suruh angkat tangan dia angkat (dengar arahan doktor), masa kat zon merah semalam suami jumpa bapak dia, bapak kenal dan masih cam dia.
Psst : Mohon doakan semoga permudahkan segala urusan kami especially semoga semangat suami aku kuat. Alhamdulillah, kami terima banyak support dari family aku dan kawan2. Siap ada yang g jenguk suami kat luar area kecemasan hospital buat peneman semangat, pastu hantar suami balik. Tak lupa jugak jiran di taman perumahan kami.
Ok. Bye
Semoga dipermudahkan urusan perawatannya.
ReplyDeleteMudah2an cepat sembuh.
Shafahullah...
ReplyDeleteSemoga ayah mertua cepat sembuh dan sihat kembali... amiin
ReplyDeleteHi, salam kenal.. Jemput ke blog saya, esp yang nak menambah pendapatan dengan Jamu Tun Teja.
https://241107hh.blogspot.com/2021/01/slip-gaji-yang-sah.html
Sabar dan kuat Hani.
ReplyDeleteFaham sangat betapa letihnya perasaan berdepan dengan orang2 yang pandai bercakap, pandai mengata sedangkan kita yang hadap benda ni. Awak dah buat keputusan yang bijak, hantar FIL ke hospital. Biar doktor yang decide apa terbaik sebab mereka lebih tahu. Nanti kalau awak tak hantar ke hospital dan keadaan jadi teruk, awak juga dipersalahkan.
Take care.
semoga dipermudahkan urusan FIL dan ayoh sis.
ReplyDeleteAllahu, terus terbayang muka parents d kampung 😠Moga dipermudahkan urusan sis sekeluarga & dilimpahkan rezeki kesihatan
ReplyDeleteUsah dengar kata kata orang. Yang penting, kita dah buat yang terbaik. Saya pun gelabah kalau situasi macam ni. Mana boleh biar je dan tak bertindak apa apa. Semoga segala urusan dipermudahkan dan ayah mentua kembali sembuh. Aaminn
ReplyDeleteAllahuakbar...sayu baca & leh imagine macam mana situasi tu. peduli kan org nak ckp apa, diaorang takde kat tempat you all... moga ur FIL cepat2 sihat & leh discharge... in sya Allah.
ReplyDelete